Monthly Archives: April 2014

Dari Madinah ke Mekah

Tiba hari terakhir di Madinah… Kami di sana selama 4 hari 3 malam. Best . Kalau boleh tak nak tinggalkan Madinah. Tapi kami akan ke tempat yang lagi istimewa. So lepas Zuhur dalam pukul 3 jugak kami bertolak. Jadi masa pi zuhur tu , kena lah buat solat sunat umrah, solat zuhur jamak ngan asar (qasar) . It’s good to have MIL around sebab banyak yang dia tunjuk ajar.Habis solat, balik ke bilik sendiri dengan kids sbb Khwirul pergi ziarah wida’ ke maqam Rasul. I kena uruskan anak-anak. Semua nak balik bilik nak pi toilet and dorang tak nak makan nasi . Dorang nak makan sandwich. So turun balik pi kedai kedai beli sandwich.  Yang best kat Madinah is, rasa comfortable nak berjalan dgn bebudak heret sana-sini sbb tak sesak ngan orang sangat.

last moment kat Masjid Nabawi

Dah beli sandwich, balik ke bilik makan , pastu Kheirul naik bawak nasik plak. Terpaksa gak makan sikit. Dah lah makan sandwich , makan nasi lagi huhuhu takpe rezeki di tanah haram. Settle dengan makan, now angkat beg turun ke bawah, lepas tu siap-siap lah. Yang laki kena pakai pakaian ihram lah. Ashraff senang lah, tapi rayyan??? dia ingat kain ihram dia tu towel, dia bukak baju,, nak pi mandi plak. adehhh letih anak aku sorang ni. Takpe kasi dia mandi. Nanti kat Bir Ali kalau dia nak tukar kita tukar kalau tak nak takpe lah . Tak payah paksa pun dia. Dia pun bukan wajib umrah lagi.

Naik bas, macam biasa ..kena menunggu jemaah lain. Ada yang dah kemana-mana, ada yang belum turun bilik, ada yang dok isap rokok..haihhh ni semua Allah nak uji sabar kita ni. Tapi itulah manusia ni susah betul nak tepati masa. Kalau dah duduk dalam bas tu, 2-3 orang jugak naik mintak sedekah. Kadang yang naik tu orang sama yang naik mintak sedekah. Sapa nak kasi, kasi, sapa taknak diam je jangan cakap apa. Kadang kita tak tau sapa yang mintak sedekah.

bye bye Madinah

Akhirnya…. bas berjalan jugak. Rayyan dok sebelah mama dia lah. Dia memang excited naik bas. kejap nak duduk ngan mama, kejap ngan kakak. Sampai Bir Ali sejam lah jugak. fuhh ramainya orang dan banyaknya bas. FYI, Bir Ali ni terletak lebih kurang 9km dari kota Madinah. Kat sini lah kita niat umrah. Bila dah niat tu, haruslah menjaga 13 belas larangan ihram. Nampak senang tapi sebenarnya berat. Since kiterang dah solat sunat umrah masa kat Madinah, so I berniat atas bas je. Boys turun lah dorang pi masjid solat kot. Pastu tetiba dalam bas Rayyan nak berak. Bawak toilet dalam bas, takde air, So kena tunggu dia rescue. I takut nak pi sorang sbb ramai sangat orang dan boleh sesat. Hishhh Rayyan ni memang lah suka  sangat nak berak time-time gini. So sejam lebih gak kat situ sebab nak kena tunggu Rayyan dulu. Lepas settle tersengih-sengih dia senyum. Lega. Next time kena bawak nappy lah kot kot ada emergency lagi.

Masjid Bir Ali

Ashraff dalam ihram dah….

Lepas tu bergerak lah kita orang… Dari Madinah ke Mekah cuma ambil masa 7-8 jam . Tengoklah keadaan trafik dan juga kelajuan bas. Sepanjang jalan ke Mekah..jalan dia best, takde tol yang pastinya. Oh saja nak tambah, petrol kat sana satu liter cuma 0.50 rial. Lama jugak rasanya duduk dalam bas. Lagi 2 jam nak sampai Mekah, kiterang berhenti kat RnR. Sapa nak solat jamak maghrib Isyak boleh lah masa tu tapi jemaah semua decide nak solat kat Mekah sebab semua nak cepat sampai. Jadi kiterang berhenti untuk 45 minit je. Makan ayam goreng , sandwich dan minum. At first ingat nak masuk toilet tapi memandangkan toilet dia kalau masuk boleh mengundang rasa was-was, maka kiterang tahan je. Bebudak ni pun tahan je. Cuma Rayyan yang tak tahan, So I tadah ngan cawan and cuci je. Tak sanggup masuk toilet. dari luar dah bau.

Lepas makan, naik bas balik, 2 masuk Kota Mekah, ada buat pemeriksaan kat sana, itu biasalah. Memang strict tapi jemaah tak payah turun. Bila dah masuk kota Mekah, driver bus sesat plak. Jadi sejam lebih gak dia pusing-pusing cari hotel. Rupanya hotel dia kat back alley. Tapi dekat sangat untuk ke Masjid. Bila masuk ke Mekah, perasaan yang tak tergambar. Allahu Akbar..Alhamdulillah… I ‘m here. Tengok lampu masjid pun dah rasa something, apa lah nanti perasaan dalam masjid, perasaan masa tawaf. 

Ok dah sampai hotel, tunggu bilik, angkut beg, buang apa yang patut dan terus ke Masjid. Afriena and Ashraff sangat excited . Dorang cakap…best lah kita tak tido satu hari. Sampai masjid, solat jamak dan terus selesaikan umrah.

Akan bersambung.

Tempat Ziarah di Madinah

Semasa di Madinah , ada beberapa tempat yang kami ziarah. Antaranya

Bukit Uhud

Di sinilah bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal. tahun ke 3 hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Perang Uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini  berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Gunung Uhud. Haa sapa belum baca kena baca. Masa perang Uhuhd lah Saidina Hamzah terkorban, lepas tu Hindun, belah dada amik hati dia kunyah. Masa datang sini, cuaca panas terik tapi sejuk. Tak lama kiterang kat dalam ni sebab Ashraff darurat. Nak toilet.

budak comel

 

Masjid Quba

Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam islam. Ia dibina sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w tiba dari Mekah ketika berhijrah bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar.Sampai masjid ni, ambil peluang untuk solat dua rakaat. Nak solat hajat pun sempatlah, sebab tourist guide kasi masa 45 minit. Kiterang ikut MIL je senang.  Wuduk siap siap ambil kat hotel lah.. kalau tak standby dengan wuduk spray kot kot terkentut ke apa ke kan. Kat sinni memang sentiasa sesak ngan orang. Lepas solat balik ke bas, tak payahlah nak bershopping bagai. Tapi mata geram nengokkan buah tomato, buah timun yang di jual. Nasib baik tak masak kalau tak dah rembat.

Masjid Quba

 

Kilang Al Quran

Sempat pergi ke sini tapi Ashraff and Kheirul je masuk. Sbb diorang masuk ke kilang. Kejap je. Habis melawat, dapat Alquran sorang satu. Alhamdulillah.

Dalam kilang Quran

 

Bukit Magnet

Alhamdulillah dapat juga ke sini. Bukit Magnet. khabarnya kawasan ni medan magnet terbesar. entahlah. Tapi sesuatu yang menakjubkan bila bas semasa menurun bukit terasa sangat berat. Tapi masa naik bukit melaju dia .walhal pemandu bas tak tekan minyak cuma free gear. Sampai selaju 130km/j dia pun cakap, Ini perlu ditekan brek. Hahahaha. Itulah kuasa Allah. Baru sikit tu. Lepas tu ketua jemaah ada jugak turun buat eksperimen, curah air atas jalan. Kalau ikut logik air tu kena mengalir turun sbb jalan bukit kan, tapi yang ni tak, air tu mengalir melintang. Allahuakbar

Kat Bukit Magnet, makan ais krim

 

Ladang Kurma

Dapat singgah di sini, tapi tak beli pun. Buah kurma pun takde atas pokok sebab bukan musim dia. Ni mungkin kalau pergi tengah musim bunga. Selalu bulan puasa ada lah buah atas pokok. Kat sini, harga kurma mahal kalau nak bandingkan kat Madinah. Mahal banyak lah. Macam coklat, kat Madinah jual 20-23 rial sekilo sini jual 40 rial sekilo.  Tak beli . Kiterang walk walk see see

bergambar kat dalam kedai Ladang Kurma. Afriena takde . Dia ngan MIL. Dia kan pantang lepa …tidurr jer

 

Selain dari tu, tempat ziarah lain Perkuburan Baqi. Tak berhenti cuma lalu sebab dah lambat. Tapi sempatlah untuk memberi salam. Masjid 2 Kiblat pun tak singgah, sebab nak kejar waktu Zuhur kat Masjid Nabawi. Tapi apa- apa pun sesuatu yang menarik untuk kami semua. Semasa di Madinah, kami juga ada pergi ke klinik sebab nak follow up kepala Rayyan. Nak buang benang tu. Murah je caj rawatan . Cuma 10rial. Lepas klinik, kiterang makan-makan sambil jalan untuk terus ke masjid. Kami juga jalan-jalan area bandar, tengok-tengok barang. Rasanya cuma beli coklat dan kopiah sebab coklat tu Ashraff kata nak kasi kawan dia. Madinah yang best makan lah. Sandwich / kebab dia sedap. Air mangga pehhh pekat likat tapi manis sangat untuk lidah kiterang lah. Bebudak ni kalau tak nak makan nasi mesti mintak makan sandwich.

 

Sandwich yang sedap di Madinah

Note: Harap jangan di salah anggap dengan posting kami. Kami cuma berkongsi. Semoga kita semua dijemput Allah untuk ke sana (lagi)

Raudhah di Pagi yang Sejuk

Esoknya……

macam biasa pukul 3.30 semua dah siap. Senang semua bangun tidur. I macam biasalah kalau sejuk sejuk macam ni, hidung dok berdarah je. Ada kawan yang duduk Qatar cakap.. Try minum Laban. Dia macam minuman yogurt tapi dia punya pekat perghhh bukan setakat menyejukkan badan, tapi melancarkan proses pencernaan  Hahaha sedap. Ada perisa mango, ada perisa strawberi ada takde perisa. Tu belum lagi pekena jus mangga. Memang real jus lah

ok…meh citer bangun pagi. bangun pagi kat sini senang sangat. Cuma yang paling susah nak bangunalah Afriena lah. Tapi kalau kejut bangun gak. Dia tu kan, pantang lepa tidur jela. Sambil berjalan pun boleh tidur.jadi pagi tu pergi ke masjid ngan MIL and cik we ye…. Kiterang tunjuk pintu terdekat untuk ke Raudah. pintu 25. Nanti masuk pintu tu jalan lurus je. Kalau kat dalam masjid tu insya allah tak sesat sebab, setiap pintu ada nombor, setiap blok parking ada nombor. Masuk pintu 25, cari port nak solat subuh. Sampai situ buatlah apa yang patut ya. Dah habis subuh, cakap kat mak mertua, I balik dulu lah nanti masuk Raudhah sendiri sebab Afriena lapar . Jadi lepas subuh, singgah kedai beli yogurt, balik hotel makan dulu pastu dalam 7.30 setelah selesai uruskan anak-anak baru ke sana.

I masuk pintu sama, tapi ikut group orang arab. Kali ni takde plak mak guard suruh masuk group Melayu, mungkin sbb berpakaian serba hitam kot. Jadi bila masuk group arab ni, lajulah sikit langkah dia. Alhamdulillah rezeki dan aturan Allah. Dalam group arab ada juga orang Malaysia menyelit, dan ada juga indonseian 2-3 orang. Adalah boleh buat teman. Bila dah beratur, bukan beratur sebenarnya bertolak berasak, tapi semangat dia macam nak pergi perang.Rasanya kalau berperang macam ni lari musUh. Dalam dok berasak ada sorang perempuan tengah dok meraung-raung panggil ya Rasulullah. Dah berapa kali Mak guard pesan jangan buat macam tu. Tak di layan nya. Biarlah dia….. Yang kelakar bila berasak, mak guard cakap…

Hajah, hajah, sobar sobar….

pastu tolak lagi…ya hajah hajah sobar…Innallah ma’assobirin

lailahaillallah… Pastu bersahutan…muhammaddarasululah…

nak tergelak dengan perangai orang arab ni. Heee memang terjal dorang…degil pun ye kalau kena orang tua memang takleh lah berasak. Macam kita muda belia boleh lah nak berasak. Dari 7.45….8.15 I dah sampai lagi sepuluh langkah nak masuk Raudhah. Fuhhhh… Boleh nampak dah tiang…karpet hijau tak nampaklah sbb penuh umat. Takpe sabar, Bila lepas je dapat masuk terus berlari kedepan…dapat pijak karpet hijau…ohhh sebaknya…I terus lagi ke depan, dapatlah bahagian tengah. Dapat je port baik solat lah kat situ. Solat tahiyatul masjid.  Hajat di hati nak ke depan tapi tak kesampaian. Takpelah… dah dapat masuk ke sini pun dah Alhamdulillah.

Apa yang saya perhatikan, masuk dalam Raudhah, you angkat je takbir, secara automatik, jemaah wanita dalam tu buat pagar. Tujuan nya adalah untuk melindungi kita dari di tolak di asak. Insya Allah boleh solat dengan tenang. Itu semua kuasa Allah. Dan bila dah habis salam je..khuruj khuruj lah..suruh keluar. Dalam perjalanan nak keluar tu, ada orang angkat takbir, secara automatik, kita (saya lah) tangan dipegang dan bagai disuruh untuk buat pagar kecil untuk jaga orang tengah solat. Masya’ Allah..sesuatu yang tak pernah terlintas untuk difikirkan, macam mana jemaah yang berjalan tak tengok kiri kanan,tiba-tiba tangan berpegangan buat pagar. Habis solat dengan sendiri pagar “roboh”. Kuasa Allah

Dalam Raudhah, Bahagian Lelaki

So habis kat Raudhah, saya terus balik bilik je lah. Ingatkan MIL dah habis…belum rupanya. Kesian dia tak breakafast sbb I tengok ada lagi mihun goreng atas meja bilik kiterang. Dia cakap dia dapat masuk pukul 10. Ye lah…dia masuk laluan orang Malaysia. Takpe better that way.

Dah balik…petang tu lepas asar , giliran Kheirul plak. Orang laki senang je. Dia pergi ngan Ashraff.  So dorang lepak sana sampai Maghrib. Kiterang jumpa sana masa Maghrib, solat kat luar sebelah-belah saf rasanya. Lepas solat, kiterang keliling masjid pergi makam lagi, sebab malam tu kira malam last kat Madinah. Sedih rasa hati, Rindu plak …teringat dengan keramahan jemaah, Kesibukan penjual. Best duduk Madinah. Cakap kat Ashraff nanti, nak hantar dia belajar kat sini. Dia diam je. Takpe banyak masa lagi. Dia pun ada cita-cita dia sendiri. Biar dia pilih.