Bestnya balik kampung. Walaupun sekejap tapi penuh dgn pengisian. Pengisian apa? pengisian perutlah. Ada tomyam, ada kerabu pucuk paku, ada nasi dagang, ada nasi kerabu ada nasi Mandy, adaSiput Sedur, Ada maggi Ketam… Macam mana tak penuh perut?
Tapi yang paling best balik kampung selain jumpa parents adalah kerana suhu kat kampung yang sangat sejuk. Pagi-pagi tak payah nak berangan nak mandi. Pijak lantai pun dah tak sanggup. Bukak tingkap pagi-pagi adalah tidak dibenarkan sebab sejuk sangat kat luar. Suhu kat sana ada dalam 18-19 darjah celcius. Mau tak sejuk. Nak mandi tengah hari pun terpekik-pekik dalam bilik air. Malam kipas pun tak payah bukak. Jangan mengekuh dan saya bukan mengekuh, saja nak berkongsi kenikmatan. Bestlah sejuk macam ni, feeling kat kampung dah macam kat Cameron Highland. Kami sekeluarga sampai kampung saya pukul dah nak pukul 3 pagi. masa tu suhu 19 darjah celcius je. Wow. berasap mulut heheheh.
Dah sampai pagi, tidur kejap lepas tu breakfast nasi bungkus. Dah breakfast, baru keluar dating kejap. Dah lama tak keluar berdua,merasa lah berdating sbb Rayyan taknak ikut. Bila ajak dia keluar dia cakap takna ikut, mama go…bye bye. Nasib baik tak cakap bye bye see you tomorrow sebab dia suka cakap camtu sekarang.
Pergi pasar tani kat Machang yang memang sangat dah lamatak pergi ada lebih 10 tahun mungkin sejak sekolah dulu kot. Wow macam-macam ada. Banyak berubah. Sejak muda lagi, hati memang suka dengan Pasar tani, semua benda ada. Cari sayur, carilauk cari amcam-macam beli kuih, Masa kat Pasar Tani pun ramai pengunjung masih mengenakan baju sejuk sebab memang sejuk lah.Pergi Pasar Tani tak lama ada dalam sejam lebih je sbb nak kena cepat balik nak masak lunch and bebudak pun nak breakfast.
Singgit 4
Mata dah rambang kalau masuk sini. Tak keruan hati nak amik gambar pun lupa
Yang ni kena try… sedap
Geram nak membeli tapi mana mau letak
Cuma beli lauk untuk masak hari tu je. Tapi ada lauk yang menarik iaitu, siput sedut. Ni siput sungat, besar dan panjang sikit.Lupa nak amik gambar tapi memang sedaplah sebab isi dia kenyal. Mak saya buat masak lemak. Memula dia nak letak daun kaduk, takjumpa plak, Yang dia jumpa dia tak konpem tu daun kaduk ke tak, kang mabuk plak katanya…dan saya [ulak masak tomyam campur, lepas tu ada ayam goreng , sambal tempoyak, ulam….
biasa kalau kat kg saya sebut…
4 seriyal…hehehe… :)
Dah terbiasa ….singgit hehehehe