Monthly Archives: February 2014

Gulai Ayam Raja Berangkat

Lama tak update blog kan. Sekarang ni Rayyan bangun pagi, jadi dia sibuk nak guna komputer. Jumaat lepas , saya masak nasi dagang. Selalu kalau nasi dagang, saya buat gulai ikan tongkol, tapi kali ni buat gulai ayam. Masakan ni mak mertua yang ajar. Masak macam ni, tak sangka Ashraff n Afriena suka. Dorang lap licin kuah kari. Siap suruh buat lagi esoknya, buat makan dengan roti jala.

image

Resepi ni panggil raja berangkat sebab dia tak ditumis macam biasa, just masukkan semua dalam ayam dengan sikit air, pastu masak sampai ayam empuk.Asal usul nama raja berangkat tak pulak saya tau.

Resepi dia kat bawah.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam boleh campur hati dan pedal
  • 1 paket serbuk kari babas (kalau ada serbuk kari kelantan tu lagi sedap)
  • 1 sudu serbuk kerutuk kelantan mari
  • 7 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inc halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji ubi kentang
  • 1/2 cawan santan – nak guna lebih takpe lagi sedap
  • 2 sudu kerisik
  • 2 sudu air asam jawa pekat
  • garam dan nnise (gula melaka) secukup rasa

Cara-cara

  • Mesin semua bawang, halia, lengkuas bersama serbuk kari dan kerutuk
  • masukkan ayam dan bahan mesin dalam periuk dan biarkan sampai ayam empuk
  • bila ayam empuk masukkan ubi kentang
  • bila dah empuk, masukkan kerisik, santan, rasakan asam, garam dan gula
  • masakkan dengan api kecil sampai pecah minyak

Driver’s Kental : Road Trip Hatyai – Krabi-Phuket

Hi you all…… rasa macam mala nak update blog plak, sbb asala duduk depan komputer je, Rayyan datang cakap nak komputer. Dia kan pandaisekarang. Pandai nak click you tuve pastu search  fav cartoon dia. Dah pandai taip plak tu.Ok ok ni nak share atau mungkin nak ajak sesapa yang nak join roadtrip hujung bulan 5 nanti.

Details untuk project ni boleh di dapati di page Driver’s Kental

 

Roadtrip travelling macam satu ketagihan untuk kami sekeluarga. Jadi kepada sesiap yang nak join bolek click gambar untuk maklumat lanjut.

 

Time Baik…

budak

Ni time budak berdua baik… memanglah bonding sesangat. Dalam kereta lepas makan. Dia pangku adik tido. Kalau time gaduh???? MEmang kena amik rotan. Macam tu lah adik beradik.

 

cry

Ni plak masa Afriena amik darah hari tu. Hahaha satu floor kot boleh dengar. Tiga orang kena pegang. Actually saya pun takut amik darah tapi sbb dah selalu, jadi perkara biasa dah