Monthly Archives: February 2014

Mental Issue

Alhamdulillah…kaki yang bengkak dah ok dah. Itulah sapa suruh mental ingat masih muda lagi ke? Sekarang kelas taekwodo untuk senior dah diasingkan dari junior, maka tahap kekejaman dia jugak bertambah. Minggu sebelum ni kicking techinic, minggu lepas light free sparing.  15 tahun tak sparring rasa macam muda balik. Saya lupa saya dah 35 tahun, dah anak 3 , ada sakit belakang. So dalam kelincahan sparring, kaki licin lalu terjatuh. Masa terjatuh, kaki kiri terlipat, Masa jatuh tak sakit, siap gelak-gelak lagi. Lepas tu sambung sparring ngan budak-budak plak. Sparring ngan bebudak ni menakutkan tau, sbb dorang takleh control kick, samada kuat atau slow, kena block lah, dan yang paling takut kalau saya ter pukul kuat anak orang hahaha… ..So masa sparring ada sorang tepijak kaki saya plak..double sakit laa. Masa tu tak sakit lagi, bila balik rumah pakai platform tu yang sakit tu. Ngadu kat suami tak di layan, lagi dia gelak sbb dia cakap…tu lah gelak lagi kat abang smalam. Ye lah semalam dia balik training, sakit kaki..I gelak. Serious , saya lupa bila saya gelak..mungkinkah semasa tido???

Hari ni…dah ok, tak terhencot-hencot dah …Alhamdulillah Allah beri kesembuhan. Saya bungkus kaki ketat-ketat dengan ais…2 kali sehari.  Oh ya hasil pergi kelas taekwando, badan rasa ringan tapi taklah kurus macam dulu. Cuma rasa kuat, takde rasa penat bila bangun tido, kurang rasa lapar, tapi kalau orang hidang  makan jugak kan???? Itu semua mental management ….

Cerita pasal mental, semalam yang keluar berita pasal maid yang kelar 2 budak. Ya Allah ..apa lah yang difikirkan masa tu kan? Tak de ke rasa sedikit, sayang ,kasihan, takut tuhan masa tu? Mungkin maid ni ada masalah mental kot.  PIhak berkuasa nampaknya tak leh amik ringan pasal kesihatan mental pembantu rumah. Dulu saya pun ada maid, baik ok dengan budak, kalau ada yang sakit hati, I just closed one eye..ye lah dah masuk tahun ke-4 dia, mana dengan malas dia, dengan asyik cuti, dengan asyik bergayut… tapi dia pun manusia biasa gak. Masa tu tak ditetapkan maid bercuti tapi kiterang kasi cuti  1 hari sebulan. Ala sebenarnya tak cuti pun dia macam bercuti gak, selalu lepak ngan maid-maid kat area rumah … So every year, maid akan pergi pemeriksaan kesihatan, agent yang uruskan, know what… kita dah bayar untuk medical check up kan… memang after a day, balik from agent, dapat surat klinik kata check up ok semua, tapi bila kita sembang ngan maid, tanya ada amik darah jumpa doktor ke, pergi klinik ke, dia kata takde pun….huh gotcha, memang agent tak guna lah… duit amik tapi buat fake report. Kena hati-hati dengan agent ni semua. Kalau physical medical check up dorang boleh main-main, ini kan pula mental ?

ANW, takziah untuk famili yang kehilangan anak… Sedih bila dengar dan baca berita. Sedih bila bayangkan kesakitan dan penderitaan anak-anak kecil.  It always remid me.. It’s good to be a full time mom. Stay at home, jaga anak je.

Rayyan si budak ceria

Rayyan dah nak masuk 4 tahun. Bulan depan 4 tahun, tapi cakap masih pelat. Pelat sesangat.dia tak boleh sebut “L”. Contoh…blue-byue, yellow -yeyow, alamak-ayamak,look -yook.banyak lagi words yang  dia sebut rasa nak trrbelak mendengarnya. Takpelah nanti lama- lama dia ok lah tu. Dia sekarang dah boleh cakap ompiteh sesikit. Hehehe sebab kat rumah memang cakap melayu je ngan dia. Tapi dia ada gak cakap omputeh sesikit, mungkin pengaruh Tv kot. boleh lah nak bersosial ngan dia. well… Dia ramai Peminta ok… Kalau dia ikut saya ke kelas taekwondo semua dok kerumun dia.sebab dia main ipad, show off la. Bila dia tak datang, mesti budak -budak tanya, mana adik kecik tu tak datang ke? Heyyyy leceh sikit bawak dia, sebab dia  buat budak lain tak leh concenrate. Nanti budak-budak dok pandang dia nak join sekali.. So kalau nak pi training, memang kena bangun senyap- senyap…takut dia nak ikut.

Dia sekarang dah pandai mengira, kat ipad ada game mengira, dia kira, pastu dia pick right nombor. Kalau bab plus..tu dah boleh dah yang simple mcm 1+1,2+3, mengeja yg 3 letter pun dah boleh. Kalau bab cari video kat you tube, tak payah risau dia boleh type sendiri and search.

This is him

image

masih lagi suka pakai kasut yang dah ketat. Tak nak pakai kasut baru. Adeiiii nanti nak sembunyi sandal ni.

image

yang ni konon, nak sembunyi la ni