Alkisah cerita selepas melawat kawasan 1U, Kami pergi makan kat Bucida Court. Inilah Kheirul yang cakap, Dia bilang, kawan dia bilang, makan situ sedap. Makan Maggi Kari Ketam. Maka kami peminta ketam pergilah makan kat situ. Dekat je dari 1U. Nama gerai yang jual Segala jenis masakan ketam ni ialah Miss Pah Hot Pot’s. Kami sampai masa tu dah pukul 6. Ada lebih kurang 10 gerai kat situ. Tapi Miss Pah je yang nampak mula ambil order. Yang lain, bila nak order semua tak de dalam menu lagi, belum masak lagi, belum bukak lagi. Aiyo…too bad lah peniaga, It’s weekend, bukalah awal sikit, Nanti senang nak order. Budak-budak ni kan suka makan western, tapi semua yang dorang nak takde, terpaksa order mee hot plate kat Miss Pah. Nasib baik dorang makan. Next time kalau nak datang sini, we will come a bit later after Maghrib.
Ini lah rupa menu yang saya order. Saya request ketam bunga, sebab kalau ketam nipah masak dalam kari, saya tak berapa nak “in”, Ketam nipah.. saya cuma suka kalau buat chili crab, black pepper, or any dry dish. Tapi nxt time kalau datang, mesti mau order 2 ekor ketam. Talak cukup la seekor. Rasa dia???? Kuah kari dia pekat lemak berkrim…Kena plak dengan jus dari ketam kan. Jus ketam bunga rasa dia lagi tajam penuh perasa memang sesuai untuk kuah kari. Memang makan pun senyap je sedap. Ketam plak di masak dengan sempurna. Tak overcook tak pulak undercook. Memang sedaplah…
Yang ni ketam nipah. Buat masak sweet sour. Ni Kheirul punya. Dia makan dengan nasi. Saya kalau ketam macam ni suka makan kat rumah. Kalau makan kat kedai, mesti orang tengok tak nak buat besan. Bersememeh nanti. Rasa dia, Ketam tu je pun sedap. Rasa yang fresh, mana tak fresh…pilih masa dok merangkak dalam kotak lagi. Kena dengan sos masam manis… hehehe dapat lah jugak merasa kaki dia satu tu sebab Kheirul kedekut taknak share.
Tengok licin mangkuk saya. Punya sedap. Miss Pah mesti happy tengok pelanggan makan licin. Sampai kulit ketam pun takde.
Haaa nilah kedai Miss Pah Hot Pot’s. Sapa yang datang sini, jangan risau ada surau kat depan parking tu, ada toilet yang bersih kat belakang. Masa pergi toilet tu bersih dan mendapat kelulusan dari Rayyan, Ashraff dan Afriena. Sebab kalau toilet kotor berlendir , hampeh dorang tak nak masuk.
Macam mana nak pergi sana?
Ini ada peta lokasi Bucida Court
Alamat Bucida Court
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala, KL
GPS Coordinate
3.159550, 101.615959
Sekian….
I pun peminat ketam. Kalau suruh makan ketam aje tanpa yang lain-lain I sanggup. Rugilah sapa tak mahu berbesan dengan I. Hari-hari anak dia dapat makan ketam :)
Ni kira betul-betul sedap ke you? Licin lincau mangkuk maggi kari ketam yang you order tu…
Bagi sedap lah… Sbb kari dia masuk dgn rasa lemak, berkrim dia tu. Kena ngan ketam bunga punya juice. Licin memang licin…. Hahaha tu lah…. Peminat ketam ye.
ni kedai kawan kpd kawan saya..eceh..nk jugak bitau..mmg dh lama mmbr rekemen suh g mkn kt sini..cuma tak berkesempatan…dia ckp..mmg best sgt kt sini..hehe..insya allah..nt cuba
salam…
terima kasih di ucapkan sebab sudi review makanan di miss pah hot pots. Nak minta izin nak link kan review ni di fan page Miss Pah Hot Pots
boleh je Miss Pah.