Yearly Archives: 2013

We had fun in Singapore

Bila tanya Ashraff and Afriena, Do you have fun in Singapore? Yes mama…we had fun. Can we have train ride again? Agaknya itu yang best kot. Bukan tak pernah dorang naik train, banyak kali tapi masa dorang kecik dulu, jadi tak berapa ingat. And for me? Sangatlah happy bila dapat jumpa sedara-mara, sepupu semua. Rasa macam balik kampung beraya. Kan best kalau duduk sana.,,,Bila tanya Kheirul, best Singapore? best lahh…shopping, makan sedap and off course lah driving yang bat dia best. Tanya Rayyan…. dia best sbb dok tembak orang.

Anyway, nantilah I update cerita ye sebab gambar masih dalam camera, kita amik dulu dalam facebook.

kahwinInilah tujuan sebenar pergi Singapore, sepupu kita kahwin. Nama dia Nana .  Dulu kecik-kecik ingat lagi dia suka lompat-lompat atas kerusi. ANW, selamat pengantin baru you all…Semoga bahagia hingga ke syurga. Lawakan pengantin. Bagaikan pinang dibelah dua.

gambar 1Ni minah 2 orang ni harus kena bergambar…. mana lagi gambar? me n kak Eda?

Tea time : Bubur Kacang Hijau

Tengok gambar je ye. Baru siap masak. Kat rumah takde peminat bubur kacang, tapi memandangkan ada balance kacang hijau yang dibeli untuk projek sains Afriena, maka kita buat bubur. Nak tanam jadi taugeh malas sbb, nak travel kan. inilah hasilnya, bubur kacau hijau campur sagu dan candil. Suap kat Rayyan tetiba dia cakap tak nak…tak suka lah tu.  tengok my sis datang ke tak kalau datang dia boleh tolong makan.

image

Video Kes Buli, 3 lawan 1

Dari semalam lah… heboh pasal budak sekolah, katanya Ketua Tingkatan kena belasah dalam kelas dengan 3 budak budak kelas.  Panas siott tengok. Penyebaran video tersebut harapnya dapatlah pihak polis dan pihak sekolah membuat penyisatan. Kesian tengok budak yang kena belasah, tapi dia pandai, dia cover bahagian sensitif, cover kepala. Pastu malaun 3 orang tu, banyak tengok belasah beg je. Semalam sembang ngan Kheirul, dia cakap buat penat je, pukul macam tu.

Bagus budak ni sabar je, tapi janganlah takut dek, lawan balik kalau tak nanti orang akan buli awak sokmo sokmo. Tak dapat pukul ketiga-tiga tarik sorang pastu bantai.Budak mangkuk 3 orang tu bukan nye berani, penakut semua tuh. Kalau lawan man to man, sure kecut .I tunjuk video tu kat Ashraff dan Afriena,cakap kat dorang, kalau ada orang buat macam ni kat sekolah, lawan balik jangan senyap pastu cakap kat mama dan papa. Tapi harap-harap kat sekolah dorang takdelah perangai macam ni.

Apa masalah budak bertiga ni? Salah mak bapak kah? salah cara pendidikan di sekolah kah? atau salah memilih kawan kah? Atau faktor  media? Mungkin semua faktor terlibat. Mungkin kurang kasih sayang kat rumah, semua mak bapak kerja atau mungkin mak bapak suka membebel, takde menerapkan displin kat rumah atau mungkin suasana  rumah sangat membuosankan? Kat sekolah pula, mungkin sistem pendidikan kurang berkesan kepada anak-anak kita? Kurang menerapkan budaya yang baik? Kurang menerapkan sifat saling menhormati? Atau fator kawan? Dapat kawan gangster je rasa macam bagus kot. Tapi apa pun saya banyak nampak macam banyak bermula dari rumah. Memanglah susah nak didik anak lebih-lebih lagi semasa remaja. Dorang ni kena banyak difahami isi hati dan perlu diberi guidelines yang betul. Itu pendapat saya je lah..saya bukan ada pengalaman anak remaja pun lagi . Mak bapak kena kawal anak -anak, dengan sapa dorang berkawan mana dorang pergi yang penting solatkah mereka? Lepas tu filem-filem  ganster tak payah lah nak tayang sangat. macam dah takde idea, takde guidelines. Asal bukak tv, mesti ada cerita  pasal ganster lah..takde penerapan nilai positif. Budak-budak umur macam ni senang terpengaruh.  Kat rumah kiterang memang jarang on TV malam-malam kecuali homework siap sebelum 9.30 , itu pun lepas revision dan reading. Cerita yang dapat tengok channel DXD. Ashraff dan Afriena memang tak tengok cerita melayu, pastu kalau ada cerita yang gaduh-gaduh memang tak kasi tengok. Hari tu nak tengok cerita Juvana pun tengok time dorang tido.

Pikir ni semua risau plak sebab anak-anak dah mula nak meningkat remaja kan… Semoga sentiasa dipermudahkan.

Haa bagi yang tak tengok lagi video, click kat SINI.

Ada satu blog buat khas pasal info dorang. Budak penang nih. Diharap pihak polis, Jabatan Pendidikan, Pihak Sekolah  dan ibu bapa supaya amik tindakan secepat mungkin. Kesian budak tu. Kang gangguan emosi plak.

Sekian