Yearly Archives: 2013

Selamba je dia

CIMG0937

 

Ini RAyyan…saja nak tunjuk dia pakai selipar baru. Selipar jepun je pun sampai ke Pavillion dia pakai. Finally dia nak pakai selipar baru selepas I sorokkan selipar lama. itulah perangai dia, Suka pakai kasut  taknak tukar kasut lain. Sekarang kena pujuk pakai kasut jalan plak. Sekarang ni selipar jepun ni dah jadi kasut jalan, selipar swimming, selipar jamban ..segala jenis selipar dah. All in one.

Adakah anak anda sebegini perangainye?

Haleeva Sunshine, Krabi

Hotel yang kiterang duduk ni dekat dengan masjid. Boleh je dengar azan. Oleh kerana dekat dengan masjid, senang je nak cari makanan halal.Cuma makanan kat Krabi tak sesedap kat Phuket mahupun Bangkok. Tapi takpelah boleh buat alas perut. Yang best 7-11 dekat. Rayyan nampak je 7-11 ajak nak pi sana sbb nak beli milo kotak. Milo kotak dia rasa lagi creamy and milky. sebelah 7-11 pun ada gerai jual makanan halal. Sebelah hotel Haleeva ada tempat mengurut nama Daraa.

Btw, kiterang booking hotel nirasanya 2 minggu sebelum nak pi. Lepas dah meet up dengan Puan Ros n family. Now they became our travel buddy. Senang travel sama :) kan Ros. Lepas dah bincang masing-masing setuju Haleeva. Harga untuk 2 malam ialah RM175. Sbb I amik 2 bilik (sbb my sis , Ashraff n Afriena dok another room) jadi rega nya RM350. Oklah sangat jimat sbb selalu cari hotel RM200 semalam kan. Bilik dia tak sempit tak luas, bilik yang ada tingkap dari bilik yang boleh main bukak je :) dan ada free wifi. Parking kereta pun depan hotel cuma kereta kiterang ni nak keluar parking terhegeh sikit..ater kereta rendah sangat, tu pun kira nasib baik dah angkat sikit hari tu.

depan hotel

Parking keter


Ini bilik kami

nampak tu palang? haaa yang tu tingkap ke bilik air. Boleh je bukak kalau nak menonton orang mandi. Ha yang ni time my sis nak mandi, I kena angkut bebudak masuk bilik. My sis tak yakin takut kena bukak tingkap :)

toilet bersih..tu yang penting

Lobi

nak sewa motor atau basikal pun boleh

itu je citer pasal hotel ni. Bab makan saya tak masuk campur hahahah tak halal lah. Kiterang cari tempat tido je. Banyak lagi hotel murah tapi kiterang cari yang elok sikit lah untuk bebudak kan…

Island Hoping In Krabi

Kali ni kiterang amik Island Hoping -Phi Phi Island . Pergi ke 8 buah pulau. 2 kali snorkeling kat open sea.  Dulu amik pakej 4 pulau je, kali ni 8 pulau.

Ingat naik bas rupanya, tuk -tuk ni. Rayyan tak nak naik. nangis dia

nangis sambil cakap tak nak

List pulau yang dilawati

Bam Boo Island , jernih giler air. Memang boleh nampak anak ikan dalam tu. Kat sini air dia cetek sikit. sesuai untuk bebudak. Kami kat sini selam 45 mins

masa ni Rayyan tak nak pijak pasir. Dia kata dirty. So mengada. Tengoklah punya jernih air.

Best sangat. Rayyan pun join snorkeling kat open sea. Gila berani budak kecik tu.Siap meraung tak nak naik. Ashraff dan Afriena pun sama, orang turun dalam laut ikut tangga, dorang takde, dorang terjun dari boat yang tinggi tu dalam laut.

Ni snorkeling kat pulau apa tah.. Rugi takde camera dalam air.. kalau ada kan best. Nampak macam daratan dekat je, padahal jauh tu. Ashraff ada hati nak berenang ke pulau. 

I yang kena terjun first siap pekik dulu hahaha. Air sedalam berpuluh kaki kot. Memang clear air.  Boleh nampak ikan. Ikan-ikan dalam air semua manja-manja gigit-gigit perut kiterang. Tetiba Afriena pekik..mama sharkkkk

Boleh  pekik ada  jerung dalam laut??? mau tak gabra. Sebenarnya bukan jerung la..ikan dok main gigit-gigit perut , kaki-kaki dia. hahahah.

ni Viking Island ke? haih lupa lah nak hafal.  Kat sini takde orang terjun pun. just tengok view, bergambar pastu Rayyan buat….

siram air lah hahahha.. dia nak terkencing. Mamat boat tu dah pegangkan dok kat tangga dia tak nak . Nak mama jugak. mamat tour guide siap jerit don’ t  look :)

Tak tahu ni apa nama pulau tapi Subhanallah sangat cantik. tenang je

time nak bergambar

Kat Maya Bay.. ni tempat shoooting cite The Beach. Yang tak tahan tu, tour guide cakap dia ada berlakun dalam citer tu

Still kat Maya Bay, I pegang camera sbb Kheirul tak nak berjalan ke kawasan  dalam. Dia penat dukung Rayyan jalan atas pasir

Our tour island guide ni sangat baik dan funny. Ada je joke dia buat.Suka betul kacau perempuan dalam boat.Tapi bukan yang ada laki la..yang single-single especially those from China.

The tour guide yang tengah posing dgn buah. Buah ni dihidangkan atas boat. Masa ni dia tak kasi orang makan lagi dia suruh orang tengok je. Manis nenas dia. Selain buah ada cake dan oreo jugak. Berbaloi lah bayar mahal sikit. Ni lepas Lunch ni and second snorkeling rasanya.Yang  dok tengok buah tu Ros n her daughter. Our travel buddy :). Yang kat belakang tu yang join satu boat. tengah honeymoon kot .Letih mendengar TG cakap English.Sangat ontime sbb dia cakap dia ikut Europe time, bukan American time, bukan Asian time. So kalau orang tak naik boat dia , dia kira je sapa lambat tinggal. hahaha nasib baik takde yang kena tinggal. Sapa lambat balik snorkeling dia pekik ada jerung. Shark! shark! shark! hurry up on the boat

Lunch time kat Phi Phi. Lepas lunch bebudak boleh pi swimming.  Halal Food, kot ada yang bertanya halal ke. Most of the dish adalah sayur. Lauk ayam goreng. Habis je dia tambah. Our boat, selain dari Malaysia ada from China, Finland and US.

Harga Pakej : RM110 (adult) RM80 (kids)

Boat : Speed Boat

Food : Buffet spread at Phi Phi Don and it’s halal, Fruits n cakes  on the boat, Oreo for kids on the boat, Coke and drink sesuka hati banyak mana nak minum

And  a pick up from hotel by tuk tuk

Ok tak? banyak lagi gambar. Kalau you all nak tengok gambar boleh visit Krabi The Return. Next trip Koh Samui. Ada sapa nak join road trip?