Yearly Archives: 2013

Demam Oh Demam

Agaknya musim demam kot. Afriena dah start demam hari Jumaat masa amik dia balik sekolah. Dia cakap

Mama..I rasa I demam lah (Afriena memang cakap I you dgn mama dia, Dia cakap melayu dah kira bagus dah)

Oh ye ke, takpe balik nanti makan ubat ubat. Ok dah settle bab dia, tapi on Sunday , dia cirit birit plak. I know ubat punya effect. Dari kecik lagi kalau lepas demam and dia makan ubat klinik mesti cirit birit. So to be safe , hari Isnin Ashraff n Afriena tak pergi sekolah for the first time sbb on Sunday Ashraff plak demam. Actually boleh je nak pi sekolah sbb sekolah dorang dalam building and ada tempat rehat, tapi takpelah taknak susahkan cikgu-cikgu. So dua-dua kena rest kat rumah.

rayyandemam2

waktu pagi, badan masih panas tapi tetap ceria. Mama dia yang ngantuk

Rayyan plak since last week dah demam tapi dah sembuh tetiba petang semalam badan panas bila dia bangun dari afternoon nap. Dah makan nasi yang tak berapa nak lalu dan makan ubat, dia tido awal. tido sendiri … tapi I kat sebelah la. Badan pun dah tak panas masa tu tapi tup tup pukul 5 pagi, I rasa badan dia panas sangat. check temp, 39.2 gitu. Panas ni tak leh jadi. kejutkan dia makan ubat, nasib baik senang makan ubat, then dia mintak nak mandi. Lepas mandi apa lagi segar bugar lah dia, siap mintak makan hotdog. Anak punya pasal..hotdog pun hotdog la. 5 lebih dok rebus hotdog. Pastu dia mintak air sirap plak… mak aih mana nak cari sirap Rayyan, dah lama kat rumah ni ak minum sirap. tak bagus untuk kesihatan gitu. meraunglah pagi hari…pujuk tak makan, I biar je papa dia pujuk sebab I nak mandi dulu kasi segar badan sbb tido sebelah orang demam, kita boleh rasa heat dia.

Bila dah mandi…terus dia ok..dia cakap mama nak air kosong..air sirap tak sedap hahahah pandai dia pujuk hati sendiri. Sampai sekarang badan dah kurang panas, kejap-kejap dia mintak mandi. Makan ubat pun senang. I pegang tangan dia suruh sentuh dahi…cakap kat dia panas kena makan ubat. Kat rumah ada dua option, tak nak makan ubat I kasi madu.

rayyandemam1

Kena beriba, sambil siapkan kerja-kerja blogging. 

Tapi biasalah budak demam, makannya tak berapa lalu asyik mintak KFC je sbb tengok iklan mamat yang macam nak nangis tengok KFC hahah tah apa apa iklan tu. Sampaikan Ashraff tanya ” mama kenapa, lelaki tu nampak macam bodoh sangat??” (anak saya sangat terbuka memberi pendapat, perkataan bodoh jarang dia guna, tak tahulah maksud bodoh tu apa, mungkin dia direct translate dari perkataan english atau chinese) Kan iklan tu macam melampau je… budak kecik pun macam hairan kenapa macam tu sekali. FYI, walau dah masuk setahun tak sekolah cina, tapi Ashraff masih lagi dibelenggu bahasa cina. Kadang dengar dia mengira bahasa cina dan kalau dalam kelas ada special treatment. Cikgu kena explain math dalam bahasa cina kat dia baru paham. Nasib baik cikgu pandai bahasa cina you… Takpe slowly, ingat nanti dah besar n dorang dah rajin sikit, hantar belajar bahasa cina balik.

Susah nak berblog bila

1235

Bila baby busyuk cayang mama yang sibuk nak guna PC. Pandai ON sendiri, pandai OFF sendiri. sekarang dok balajar main mouse, tekan play and all. Tukang ngajo? abang n kakak dia. Sebab musabab guna PC sebab dia nak tengok  youtube padahal boleh je buat kat ipad.

4565

Pastu bila orang cakap nak guna dia gelak-gelak… kalau pi toilet, keluar toilet, tak pakai seluar dah berkejar pergi kat PC sbb nak duduk kat kerusi, tak nak orang lain duduk. Pastu cakap..yess I win!!!

Cendol Bakar, Ais Krim Goreng Dan Popiah Durian

CB1

Ni semua sbb hasutan geng – geng Wish la ni cakap, cendol bakar, candol bakar tapi hari tu lalu dah nak gelap. Tak kuasa layan cendol dah..perut mintak  real food for dinner. So ahad lepas, lepas bebudak habis kelas kungfu eh taekwon do, lunch kat rumah baru keluar.
CB2

Gigihnyalah kan nak pi makan cendol Bakar ni. Sebenarnya ada lagi hajat lain, jap I cerita kat bawah ye.. Inilah rupa cendol Bakar. Cendol Bakar ni bukan maksudnya cendol ini dibakar tapi nama tuan punya adalah Bakar. Sampai je…perghh penuh parking, berderet kereta kat drive – thru. sempoi betul. Pendapat saya pasal cendol kat sini? ok ok je, kalau orang ajak I pergi ke Cendol Bakar nun jauh di sana, I cakap aku dah rasa, malas dah nak pi sbb cendol yang ter best adalah cendol SS15 yang ada rojak tuh.Yang ni kiterang amik cendol durian n cendol tapai pulut.

CB3

Selain cendol, order jugak popiah durian.

CB4

Ha ni rupa popiah durian. sedap gak rasa dia. Kiterang jelah makan, bebudak tak, sbb dorang kata smelly. Yang Rayyan plak nangis tak nak duduk sbb dia nampak ada lalat. Rayyan memang penggeli , pembersih orangnye. kalau meja tu melekit kea ada kuah tumpah ke, mula eeee dirty, suruh mama dia lap.

CB10

aiskrim goreng untuk bebudak.  Bebudak suka lah..CB11

Senang je buat, cuma kena rajin. hahahaha
CB12

Haaaa… ni rupa dia. Walau dah selalu makan, tapi yang nilah bebudak suka. Makan di hari panas. Order gak coconut shake untuk bebudak.  Rasa coconut shake dia, ok ok la..Tapi bebudak still prefer yang Klebang punya. Dorang cakap I like kat Melaka punya  mama…..

Ok lepas makan cendol dan yang seangkatannya, kami ke Pasir Penambang nak beli ikan. kononnya kata fresh dan murah. Tapi sampai sana, mahalnya ikan, udang ketam and segala jenis binatang laut kat sana. Memang fresh tapi harga tak masuk akal. Terubuk sekilo RM35 !, Ikan Merah RM26 sekilo, whila dekat pasar borong semalam kiterang pi cuma RM23. Ketam kat sana RM26 sekilo kat pasar borong RM17. Yang peliknya, masa I sampai ketam sekilo RM17, pusing balik dah RM26. Sotong kat penambang RM18 sekilo while kat Pasar borong RM10- RM14 ikut size. Kheirul , being a cerewet man…memang dia tak beli. Dia kata melampau mahal. So..tak beli lah lauk semua tu…kita singgah ke Pantai Remis, harga ikan kat sana murah RM1 tapi tak beli pun sbb melencong ke Klang for Seafood.

In next entry yah…sbb Rayyan nak masuk toilet. dia kata shee shee nak tumpah…better get going :)