Dah lama tak sarapan satu famili kat rumah hari Ahad. Saya tak pergi kelas Taekwon-do hari tu, biasalah… tengah heavy flow kang ada yang pitam kat kelas. Dah tak pergi kelas, jadi saya buat sarapan. Kheirul masak sausage, saya plak buat scramble egg. Lepas tu panaskan baked bean dan makanlah . Ada muffin, tambah muffin.
Boleh lah buat alas perut sampai ke tengahari sebab tengah hari ada kenduri kahwin kat rumah mak saudara Kheirul yang kami panggil mama je. Kenduri kahwin lain dari lain. Sebab ada ayam penyet. Sedap plak tu Ayam penet. Ayam penyet, sambal dia, ada tauhu tempe dan pucuk ibu. Memang lain dari yang lain dan menyelerakan. Siap goreng ayam kat situ lagi.Selain dari tu ada pulut kuning dan rendang. Afriena makan pulut kuning lah dia. Rayyan macam biasa nasi, nasi nasi dan Ashraff pulak makan ayam dengan keropok. Lepas makan ada pencuci mulut Jeli kelapa. Best sangat. Lain dari yang lain dan sempoi.
Cuma takde buku muslim princess je. Jenuh nak belek sesatu. Bulu fairytale tak beli. Tak bagus sebenarnya untuk anak-anak
Sikecik yang suka buku
Kami tak lama kat situ sebab Kheirul nak pergi jumpa kawan dia lepas tu nak pergi ke Big Bad Wolf. Kan Ahad lepas adalah hari terakhir. Maka kena pergi cari buku bacaan anak-anak.Duduk dalam tu tak lama, beli pun tak banyak, Orang yang paling happy pergi beli buku adalah Afriena dan Rayyan. Rayyan memang menunjukkan ciri-ciri suka baca buku. Walaupun dia tak pandai baca lagi tapi dia akan ambik buku lepas tu tanya ni apa, ni apa. So ada lah buku untuk dia jugak. Siap bawak sendiri.
Kalau boleh semua nak
Lepas habis beli pergi surau. sebab dah maghrib, alang-alang solat terus nanti taklah kelam kabut. Nasib baik Afriena bertudung siap berstoking senanglah dia solat tak payah berebut telekung. Cuma kena menunggu sebatang paip denganberpuluh orang yang nak amik wuduk je. Lepas tu pergi dinner dan balik rumah. Penuh aktiviti hari Ahad dengan makan je kan.
Antara yang dibeli. I am princess bukan fairytale. Dia cerita pasal imaginasi kanak-kanak. buku 3D . Buku pasal Bugs untuk tambah koleksi ensiklopedia.
Kalau weekend tu memang makan di luar ajelah kalau dah keluar. Kalau tidak, memang dok memasak di rumah. I tak pergi BBW ni tapi kirim kat kawan. Tak larat nak mencelah orang ramai. Apalagi dengan anak-anak. Tapi sampai la ni buku hasil pembelian belum sampai ke tangan I lagi nih.
I pergi last…. kurang sikit orang. kids suka pilih buku, tapi bacanya tak sesuka pilih buku