Budak bertiga ni, kalau tengok jadual ada swimming memang sangat menepati masa. Cuba kalau suruh study? Kejap kejap, Macam biasa pukul 5.30 bawak dorang pergi swimming sementara cuaca panas elok macam ni kan. Berlari-lari nak pergi swimming pool dorang ni. Sampai je terus terjun. Tak kira yang kecil ke yang besar. Rayyan ni tak padan kecil, Terjun selamba je. Dah terjun dia menyelam plak. Lama plak tu.
Masing-masing dengan cara tersendiri. Afriena tak berapa pandai berenang sangat, boleh gitu-gitu je. Dia kan semua benda penakut. Kalau Ashraff tak kisah. Dia boleh berenang dah. Tak bawak pergi kelas pun, Saya ajar sendiri je. Cuma Afriena je yang susah nak ajar. sikit-sikit takut,pastu panik, pastu nangis. Tunggulah berani dulu. Ashraff walaupun pandai berenang, kena perhatikan jugak, sebab dia suka pergi ke adult pool. Rayyan plak? berapa kali terjun tiruk dah. Nasib baik mama tak join kalau tak dia mesti masuk adult pool. Nanti kena ajar Rayyan berenang sebab dia dah pandai selam.
Teringat masa kecil dulu, Takde kolam renang pun untuk belajar berenang. Kami adik beradik pergi main kat sungai. Belajar berenang kat situ. Belajar kat air cetek. Dulu sungai tak macam sekarang. Dulu sungai air jernih sekarang air mengalahkan teh susu. Kat sungai jugaklah, kami adik beradik pergi berkelah, setiap petang tolong mak siram pokok sayur kat kebun yang tepi sungai. Dah abis siram, pergi cari etak kat sungai. Kalau lapar cabut ubi kayu lepas tu bakar. Cuba bayangkan…. memang best pengalaman macam tu. Kira macam back tu basic. Dah petang macam tu baru balik rumah, mandi makan nasi lepas tu pergi mengaji. Macam tu lah hari-hari. Bangun pagi pergi sekolah, balik sekolah, tolong mak, makan, buat homework, lepas asar pergi kebun, balik tolong mak, makan, pergi mengaji, malam balik sambung homework lepas tu tidur. TV tengok gitu-gitu je mana ada cerita sangat. masa tu channel ada 3 je.
Tu belum lagi cerita pasal tanam padi. Ni pun best jugak. Jaga padi tak nak kasi burung makan padi muda, tahan pukat burung, mancing, Yang paling best bila dapat banyak burung yang ditangkap guna jaring. Lepas tu dapat plak ikan haruan sebesar lengan. Rindu plak dengan bauan sawah padi. Bau tanah liat.
Saya sendiri tak pandai berenang tetapi teringin juga nak belajar. Masalahnya takda siapa dah sudi nak ajar :) Seronokkan zaman kita kecil-kecil. Lebih indah untuk diingati berbanding budak-budak sekarang ni. Limited sungguh memori mereka nih…
kecik-kecik dulu kita suka explore, suka cuba itu ini…budak zaman sekarang lebih kepada gadjet.