Bantuan Mangsa Banjir

Dua tiga hari ni, bila tengok berita je mesti keluar berita psal banjir. Simpati sangat dengan mangsa banjir. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, ibu-ibu dan orang tua. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan kita ni perempuan, mangsa banjir dan sedang datang bulan. Subhanallah…bayangkan macam mana rasa tak selesanya. Bayangkan ibu-ibu yang mengandung yang mesti asyik nak pergi toilet, anak kecil yang masih berlampin, Yang tak tahu apa-apa lagi. Mana nak cari makan. Bayangkan orang tua yang lapar yang sejuk. Sedih plak fikir pasal diorang.  Bayangkan lah juga keaddan tempat pemindahan yang mungkin tak selesa, tak bertutup . Kasihan kepada perempuan sebab takde privacy. Nak tidur susah, nak menyusu susah.Ya Allah peliharalah maruah mereka. Semoga kesihatan dan keselamtan anak-anak kecil terjaga.

Ramai kawan saya yang bertanya, kat mana nak hantar sumbangan. Saya bukanlah ahli sukarelawan, tapi boleh lah tolong cari maklumat.Ok, dibawah saya lampirkan maklumat. banjir1

banjir2

banjir3

Buat masa ni je yang saya ada.Harap ini dapat membantu anda sekalian mencari maklumat.

Dulu masa kecik dulu, pernah berlaku banjir kat kampung. Masa tu darjah 3 kot. Rumah yang tepi sungai semua dah naik air.Ada jugak jiran yang menumpang kat rumah. Best masa tu, masak ramai-ramai, makan ramai-ramai. Dan yang paling best bila kat tepi parit tepi jalan boleh jumpa ikan dan tunggu orang bawak naik pukat. Dapat banyak ikan. Itu banjir kampung saya lah. Biasalah air naik. Rumah dekat dengan Sungai Kelantan.

Apa-apa pun marilah kita berdoa untuk keselamatan mangsa banjir. Semoga bantuan selamat tiba.Ameen

One thought on “Bantuan Mangsa Banjir

  1. mummydearie

    Semoga keadaan akan menjadi bertambah baik. Kesian tengok mereka yang mengalaminya. Saya tak pernah pulak ada pengalaman begini. Setakat rumah naik air pasang paras buku lali tu biasalah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.