Macam biasa, hari Sabtu hari bersenam sekeluarga. Mesti pergi jogging. Sekarang tempat pilihan adalah Tasik Perdana. Bersih tempat tu takde monyet yang pastinya dan paling penting anak-anak suka sebab ada banyak playground. Pukul 8.30 jogging sampai pukul 10. gilir-gilir jogging sebab nak jaga bebudak main playground.
best je..pagi-pagi sejuk nampak air
kuat merengek..suruh orang lari slowly
pagi sampai taknak jalan,nak duduk stroller
dah start panjat dah,,
Bukan boleh percaya budak bertiga tu, panjat sana-panjat sini, buai laju-laju tinggi- tinggi. Aktiviti macam ni kena buat by weekly lah nampaknya sebab semua suka dan tak payah bayar apa-apa. Tempat parkng pun senang kat sini. Sementara, bebudak ni main kat playground, Kheirul jogging round tasik and I pulak buat senaman setempat. Buatlah apa sampai badan lencun. Baru puas hati. Dah habis turn Kheirul I buat satu pusingan je.
dah nampak playground terus taknak stroller
cheeky face
Saja nak tunjuk ketiak lah tu
Pastukan nak balik satu kerja plak nak memujuk Rayyan. Dia dah tangkap cintun dengan buaian. Bila ajak balik, dia cakap taknak…pastu I pujuk lah dia,
ok mama push 10 only ok
dia cakap ok, bila dah 10 kali push dia cakap tak nak
dia cakap taknak.. dia boleh suruh push 12… main tawar menawar plak
Dah habis 12 push taknak turun dia up kan lagi… dia suruh 20 push.
Habis 20 push taknak balik, dia up lagi 20 20 20
argghhh banyak lah dia. main up up macam tu. letih tau, matahari dah meninggi, last I tanya Baby nak orange tak, terus nak turun. Siap jogging berlari balik ke parking. Jogging ala terkedek-kedek sampai semua orang tengok dia senyum. Ashraff dgn Afriena pun tak larat nak kejar. Nak air orange punya pasal. Last Afriena duduk dalam stroller Ashraff tolak. hahahaha
Dah lama tak ke Tasik Perdana. Nampak macam clean aje. Rajin you berjogging ngan anak-anak. Kalau my husband and I, dia aje jogging lelebih dan makan lelebih lepas jogging, I tugasnya tukang ikut untuk jaga dua anak yang nak ke hulu satu, ke hilir satu. Penat. Berpeluh juga tu…
x pernah ke tasik perdana ni, nmpak kwsn mcm x crowded sgt..tp best la…sbb klau kat titiwangsa or tasik permaisuri, crowded sgt…kat tasik permaisuri kotor sikit mcm x terjg sgt…
a’ah tasik lain yg I pergi kotor sikit. sini bersih. betul betul erjaga. syabas DBKL