Tajuk nak bunyi mat salleh je kan. heheheh Sabtu lepas la ni, kiterang keluar pi breakfast. Dah lama tak sarapan kat luar. Selalu breakfast kat rumah je. Buat 2 – 3 macam hidangan dah boleh kenyang sampai ke petang. Tapi Sabtu lepas kena breakfast kat luar sebab nak service kereta. Service kereta sekali service dah 600 . Dulu zaman I pakai kelisa, sekali service paling mahal baru 200. Hahaha ada ke patut banding kereta Kelisa dangan kereta sekarang. Macam tu lah …kita takleh nak banding harga minyak kita dengan Singapore. Banding harga minyak tapi tak plak bandingkan gaji nye (siap darabkan dgn currency sekarang) dan juga harga sebotol Nutella. Apa melalut ni…heheh sebenarnya kita rindu nak ke SIngapore. Rindu nak shopping kat sana. Tapi Kheirul cakap kalau setakat nak pi makan tulang merah boleh lah. Shopping no no no. Shopping online je ok.
ok ok lah….kita cerita pasal sarapan. Kiterang sarapan kat restoran berhampiran tempat service kereta. Afriena lah apa ke mimpi dia nak makan nasi lemak. Punyalah lama menungggu orang kedai nak masak nasi lemak.
Muka menunggu untuk makan. Ashraff makan popiah je. minum air barli suam. Rayyan muka macam tu sbb dia nak duduk dengan mama dia tapi I malas riba sebab dia berat.
Lempeng kelapa tu untuk Rayyan. Sedap je lempeng kelapa tu. Nanti kalau terjumpa kelapa parut naklah buat. cicah sambal ikan bilis. Kat restoran ni, sambal dia..manis. Semua sambal rasa manis. Kuat makan gula dorang ni. Air dia pun manis. Kheirul cakap..mungkin bagi dorang tak manis, tapi bagi lidah kiterang tersangat manis sbb kiterang jarang makan atau minum manis. Tapikan sambal tumis kalau manis sangat memang tak sedap. Sambal kalau nak sedap kena rasa masamnya sikit, pedas sikit dan manis sikit. preferably guna gula perang atau gula melaka.
I makan lontong. Kuah lodeh dia ok not bad tapi lontong dia keras and sambal dia manis. Rindu nak makan breakfast kat Santai, Taman Tun . Ha bawah tu nasi lemak Afriena. dia tak makan pun sambal tu. Dia rasa sikit je. Yang dia makan nasi lemak, ikan bilis , telur dan hotdog sikit. Kheirul nya makanan tak yah tunjuk sbb dia pun makan nasi lemak. Lepas makan balik ke bengkel tunggu kereta siap. Nasib baik bengkel tu ada TV, ada aircond dan yang penting ada wifi.
So apa you all breakfast Sabtu lepas?
lama gila tak makan lempeng kelapa tu..
itulah kalau dok bandar ni nak dapat kelapa muda susah…