Kisah ini dikongsi oleh salah sorang parent kat whatsapps sekolah anak I. Maaf I tak dapat berkongsi nama sekolah anak di sini.
Sayu hati…
Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.
Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah “pergi buat selamanya”.
Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.
Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya….Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?
Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab…dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini…semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota…
“Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut…tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu…along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua… Sayang Ibu, ALONG”…
Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka…takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.
Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor
Kisah ni sangat terkesan di hati I. Ye I sudah berhijab, dah 6 tahun, dari tak berapa lengkap, nampak tengkuk, tudung singkat tak tutup dada dan sekarang cuba untuk melengkapkan nya. I teringat dulu, masa baru berhijab, kawan office sokong sangat, SIL and MIL bagi hadiah tudung, tapi tak kurang jugak kawan yang bertudung tak sempurna bagi I, siap gelakkan I , macam penghijrahan I ni sangat kelakar. Dia tanya… Habis baju seksi kau, kau letak mana? Sedih plak… Baju seksi semua dah buang dah..ada buat charity. Ada yang di pakai je kat rumah. Macam-macam pesen baju yang ada. bareback, skirt, short dress. Tapi yang paling memberi sokongan adalah suami.
Cerita dia bermula begini…. Perkara yang membuat I untuk berhijrah adalah ada sesuatu yang memukul jiwa. Masa dekat pasar, ada 2 orang budak yang nak mintak derma. Dia datang kat tempat I berdiri, dia confused mungkin sbb warna kulit agak cerah dan berseluar pendek kot. Dia tanya ” Are you muslim?” Terkesima kejap…tak tau nak jawab apa…diam je. Dan budak tu berlalu macam tu je.Entahlah mana dia pergi.
Balik rumah asyik fikir je… apa beza saya dengan non muslim. Sama je pada pandangan orang lain. 2-3 minggu ke berbulan jugak cuba membiasakan diri untuk berubah. Tanya sepupu yang baru berhijrah, dia cakap kalau nak buat , buat betul-betul, buat kerana Allah bukan sebab nak berfesyen and no turning back. Ok start hari tu, told my husband untuk berhijrah.. bermula dengan pakai pakaian yang sopan, lengkapkan solat 5 waktu, slowly tutup rambut dan seterusnya. Mungkin bagi orang lain senang tapi susah bagi I untuk membiasakan diri. Tapi sekarang Alhamdulillah…dah berhijab dan cuba untuk melengkapkan nya dengan tudung yang lebih labuh, berstokin dan berbaju longgar. Semoga dipermudahkan .. Insya’ Allah
Begitu juga kisah ini, I saja nak panjangkan cerita ni supaya boleh buka hati wanita-wanita kesayangan diluar sana. I know susah nak suruh orang berhijrah bila cakap secara “direct” sebab mungkin boleh buat orang marah atau terasa hati. Maka kisah sebeginilah yang boleh saya kongsi.Kalau yang belum bertudung, mulakan langkah, kalau dah bertudung, labuhkan ke dada,longgarkan baju(I know part ni susah sikit), kalau belum berstokin (macam I.. kejap buat, kejap tak buat) konsistenlah – pesanan untuk diri sendiri dan yang penting hijab untuk hati kita (yang ni paling susah – kena jaga akhlak, kena jaga hati, jaga lidah dan tangan). Love your husband and you father sbb apa yang kita buat di dunia ni ada kaitan dengan mereka di dunia “sana”
Sekian. kot ada yang nak berkongsi kisah penghijran boleh jugak …
Salam Akak…. Sedihnya…. bijak budak tu sebab tu ALLAH ambil dia sebelum baligh…. harap ibu dia berubah la kan akak….ameen….
Al-fatihah buat adik Muhammad Fiqry
Ameen
Assalamualaikum akak. nanie da terSUKA blog ini. Pasal cerita ini memang buat nanie sedar – tak semestinya kita menutup aurat tu sempurna kan?
sama2 kita muhasabah diri utk menutup aurat mengikut syariat Islam.
Allahuakbar.
sama-sama lah kita saling ingat mengingati… niat kerana allah
Nicely said. Gives me the encouragement to be a better muslimah. Insyallah
Insya’ Allah
Assalamualaikum…
Suatu kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama… semoga menjadi pedoman dan hidayah untuk orang lain juga…
Waalaikumsalam…. insya’allah…
sedih nya bc kisah adik ni….
kak, i pun hari tu ada bgtau husband, nak pakai sarung kaki…tp i ni kejap pakai, kejap x pakai…haish…bila la nak betul2 konsisten ni…malu plak kat husband…huhuhu
akak pun tak konsisten kadang pakai kadang tak. tapi cuba untuk pakai asyik terlupa je….
o.tak sangka akak baru berhijab..alhamdulillah..semoga kita semua sntiasa istiqamah
ye dulu..akak ni degil sangat tuhan je tau. tapi terbukak jugak hati . Alhamdulillah.