Monthly Archives: August 2013

Tutup Aurat – Kisah yang sungguh terkesan dihati

Kisah ini dikongsi oleh salah sorang parent kat whatsapps sekolah anak I. Maaf I  tak dapat berkongsi nama sekolah anak di sini.
Sayu hati…

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah “pergi buat selamanya”.

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. 

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya….Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab…dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini…semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota… 

“Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut…tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu…along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua… Sayang Ibu, ALONG”…

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka…takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Kisah ni sangat terkesan di hati I. Ye I sudah berhijab, dah 6 tahun, dari tak berapa lengkap, nampak tengkuk, tudung singkat tak tutup dada dan sekarang cuba untuk melengkapkan nya. I teringat dulu, masa baru berhijab, kawan office sokong sangat, SIL and MIL bagi hadiah tudung, tapi tak kurang jugak kawan yang bertudung tak sempurna bagi I, siap gelakkan I , macam penghijrahan I ni sangat kelakar. Dia tanya… Habis baju seksi kau, kau letak mana? Sedih plak… Baju seksi semua dah buang dah..ada buat charity. Ada yang di pakai je kat rumah. Macam-macam pesen baju yang ada. bareback, skirt, short dress. Tapi yang paling memberi sokongan adalah suami.

Cerita dia bermula begini…. Perkara yang membuat I untuk berhijrah adalah ada sesuatu yang memukul jiwa. Masa dekat pasar, ada 2 orang budak yang nak mintak derma. Dia datang kat tempat I berdiri, dia confused mungkin sbb warna kulit agak cerah dan berseluar pendek kot. Dia tanya ” Are you muslim?” Terkesima kejap…tak tau nak jawab apa…diam je. Dan budak tu berlalu macam tu je.Entahlah mana dia pergi.

Balik rumah asyik fikir je… apa beza saya dengan non muslim. Sama je pada pandangan orang lain. 2-3 minggu ke berbulan jugak cuba membiasakan diri untuk berubah. Tanya sepupu yang baru berhijrah, dia cakap kalau nak buat , buat betul-betul, buat kerana Allah bukan sebab nak berfesyen and no turning back. Ok start hari tu, told my husband untuk berhijrah.. bermula dengan pakai pakaian yang sopan,  lengkapkan solat 5 waktu, slowly tutup rambut dan seterusnya. Mungkin bagi orang lain senang tapi susah bagi I untuk membiasakan diri. Tapi sekarang Alhamdulillah…dah berhijab dan cuba untuk melengkapkan nya dengan tudung yang lebih labuh, berstokin dan berbaju longgar. Semoga dipermudahkan .. Insya’ Allah

Begitu juga kisah ini, I saja nak panjangkan cerita ni supaya boleh buka hati wanita-wanita kesayangan diluar sana. I know susah nak suruh orang berhijrah  bila cakap secara “direct” sebab mungkin boleh buat orang marah atau terasa hati.  Maka kisah sebeginilah yang boleh saya kongsi.Kalau yang belum bertudung, mulakan langkah, kalau dah bertudung, labuhkan ke dada,longgarkan baju(I know part ni susah sikit), kalau belum berstokin (macam I.. kejap buat, kejap tak buat) konsistenlah – pesanan untuk diri sendiri dan yang penting hijab untuk hati kita (yang ni paling susah – kena jaga akhlak, kena jaga hati, jaga lidah dan tangan). Love your husband and you father sbb apa yang kita buat di dunia ni ada kaitan dengan mereka di dunia “sana”

Sekian. kot ada yang nak berkongsi kisah penghijran boleh jugak …

 

Rumah Terbuka

Hari Sabtu lepas rasanya hari yang sangat penat. Schedule penuh dari pagi sampai ke malam. Paginya, bangun tido lepas Subuh terus bersipa nak pi jogging. Punyalah semangat nak jogging satu family ni kan. So kiterang bangun pagi, siap baju sukan dangan kasut sukan. Pergi ke kereta, start kereta sekali takmo hidup. Alamak bateri kereta habis liao. Adehhhh… baru berapa hari tak bawak dia jalan dah merajuk. Sedang berusaha start kereta, sorang jiran cina datang tolong. lama juga tolong buat jump start. Tapi tak boleh sbb bateri nye special sangat kan. Dah lah dok parking dalam building maka, call je auto assist. 2 jam gak tunggu nak dapat bateri baru. So instead of jogging, kiterang lepak mamak makan roti canai. hahahaha see!!!

Lepas mamak, kerah budak mandi sebab ada appointment dengan dentist. Dentist nya kat Bukit Antarabangsa. Lepas Dentist, terus ke Klang untuk rumah terbuka kawan Kheirul.Kawan Kheirul dan juga cikgu taekwon-do saya la… Garng tu ..itu dulu lah. Demi memikirkan ada lagi 2 rumah terbuka. Makan pun tak banyak sangat. Lepas Klang terus ke Bukit Jalil.

Haa ni plak rumah kawan Kheirul jugak. Dia buat aqiqah sekali. Open house kali ni special sikit. Sbb dia  tokey burger maka, one of the menu ada burger. Ni homemade burger. sat sat… nama kedai burger dia Papamalloy Burger. Dah berapa kali dah makan burger dia ni. Sbb I kan pecinta burger – bukan I je satu family, so I boleh cakap sdap burger dia. Very special. err boss kasi promote  aaaa. Nak tau mana lokasi dia, click je kat link FB dia tu.

IMG_0123

Selain tu, yang buat specialnya, ada candy buffet. Ashraff and Afriena tak nampak benda lain dah, dorang nampak yang ni je. Dorang ni memang. Maklumlah candy, sweet, chocolate adalah sesuatu yang sukar untuk dimakan sbb mak dorang sangat strict pasal benda manis. Cute kan semua sweet thing kat atas tu. Tetiba je dapat idea untuk buat candy bufet for majlis kawen adik. Oh ya sapa nak contact Candy Buffet tu click kat sini – Little Butterfly

IMG_0129

Tak yah tanya berapa kali dorang ulang pi meja candy tu. Sebab tak terkira banyak kali. Pastu mama dorang pun kirim suruh amik itulah inilah. Ingatlkan balik cepat sekali Kheirul nak tunggu member lain sampai, pastu Ashraff plak nak tunggu burger. Adeiii..tunggulah burger. pastu kambing golek plak. Hey dorang nikan.. Habis makan, salam-salam, balik rumah mandi, solat and lepas maghrib ke rumah BIL plak. Closed open house stricly for family hahaha. Ni saja get together je. Ada Nasi arab dari Ar-Rawsa. adehh kambing plak..Bebudak suka lah dapat lepak dengan sepupu dorang dan sepupu kepada sepupu dorang. Ingat nak lepak lama, tapi perut I dah start meragam. Tak tau kenapa mungkin sbb terlampau makan banyak bermacam jenis atau mungkin sbb yogurt arab. Mungkin Lactose Intolerance kot. Anyway, Sabtu adalah hari sangat kenyang dan Ahad adalah hari keluar masuk toilet. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua yang jemput kami ke open house :)