Rayyan puasa tak? Hehehe iyolah tu puasa. Bangun pagi je cakap nak makan…nak cereal dgn susu. Lepak sejam dua dah mintak nasi. Nasi kicap telur. Kalau tak nasi..nak roti, cheese, telur. Itulah Rayyan. Lepas makan, makan. Air nak sirap je. Air kosong kurang. Jadi terpaksa buat sirap cair asal nampak kaler. Kalau nak dia minum air kosong kena kasi air zam zam. Jangan tipu te sebab dia tau kalau tu bukan air zam zam.
selalu time buka, dia dah standby kat meja. Dia dah start makan dah Walaupun org belum buka. i bajet, nanti senang nak makan kalau dia dah kenyang, rupanya tidak. Orang dah habis makan dia dok makan lagi. Potion nasi dia , adalah sebanyak 3 senduk nasi bersamaan potion papa dia. Kalau ikan keli goreng, separuh tu dia punya.makan banyak, tapi badan dia steady je, takde gemuk maybe sbb dia aktif macam gambar kat bawah ni kot. Ni lepas makan …kenyang dia cakap nak tidur kat atas tu.
cute lah tu konon
Afriena dan Ashraff plak, puasa dorang nampak berjalan lancar. Ashraff ada cakap lah haus, tapi I suruh tahan. Biasalah kalau balik sekolahkan. Dia dah 9tahun, kenalah tahan. Ashraff dgn Afriena beza sikit. Ashraff balik sekolah terus buat homework sbb dia nak pergi Terawih. Afriena tak sebab dia akan buat homework malam. Lepas terawih, dorang tido. TV dapat sejam je, petang tu pun kalau tak berebut dengan Rayyan. Bab sahur plak sgt senang kejut compare dgn papa dia. Tu memang biasa. 3 hari sahur, 3 hari dorang makan cheese sandwich, cereal dgn susu. Nasib baik anak anak adalah sgt senang. Tak payah masak nasi lauk bagai.
To do list Ashraff. Sekolah yang sediakan.
anyway, hari ni hari jumaat, maka hari ni Insya’ Allah dapatlah join Terawih.Oh ya nanti I akan pos resepi mana tahu boleh memberi idea atau ilham memasak you all untuk berbuka. Konsep menu tahun ni mestilah healthy. Kata nak kuruskan!
Sebiji macam Adam..makan tak hengat tapi badan tak naik sebab dia aktif.
semalam lunch saja dia makan 6 biji pisang. terkedu aku. sampai abang dia sound jangan habiskan pisang nak makan untuk berbuka