Hari kedua bebudak tak sekolah. Semalam pukul 10, Cikgu Besar whatsapps tanya setuju tak kalau sekolah tutup? So parents semua setuju maka 2 hari tutup dan exam ditunda. Pagi tadi baru cakap kat bebudak ni, sambung tido la dorang. Sepatutnya kementerian buat pengumuman, sekolah tutup tak payah nak tunggu pukul berapa. 2-3 hari tak sekolah tak rugi mana pun , tapi amat susah kalau anak sakit 2-3 minggu sebab jerebu.
BTW, meh nak cerita pasal river sruise kat Melaka. Mula-mula macam tak nak lah nak river cruise ni, tapi bebudak nak sangat. So kiterang buat syarat, kena siapkan homework. Tak siap homework no rivercruise. Makanya kat rumah my adik, samapi je, main-main kat luar dgn sepupu,tengok kucing , makan nasi terus buat homework. Sepupu dorang , Airin namanya pun sibuk homework walaupun takde homework. Lepas buat homework baru sambung main. Semangat tu nak naik river cruise. So lepas makan ikan bakar, terus ke river cruise. Dapat diskaun lagi tuh :)
dalam boat dah. Rayyan taknak dok tengah dia nak dok tepi. Dia kan taiko…
Cantikkan pemandangan dia. Kedalaman air adalah 14 meter. Sapa berani berenang ke seberang boleh. Tapi air dia busuk.
lawa lampu-lampu dia
lagi gambar
Bebudak cakap nak naik ni… malas lah nak beratur. Hari dah malam, jerebu makin tebal, mata makin ngantuk
Apalah yang I terpegun tukan? Rayyan tu bukan ngantuk, dia tgh sakit perut nak melabur hahahah
Kafe Batu Keras…ohh tepi sungai rupanya
Ni kat hujung, boat nak pusing balik
Lawakan…
Harga tiket rasanya RM10 dewasa, RM5 budak. You all cek lah ye. Lama gak dalam tu dalam 30 min kot. Sempatlah Rayyan bisik..mama bb terak (read: Mama, baby berak) . sorrylah diakan pelat. hahaha. Nasib baik tak bau sangat sbb bau air sungai lagi kuat. Nasib lagi baik bila pi toilet, toilet dia bersih. Ashraff dgn Afriena puas hatilah dapat pergi naik ni.Sapa nak pergi cruising, sila pergi malam lawa boleh tengok lampu. Haih teringat masa kat Utrecht :)