Muzium Kapal Selam, Melaka

Kuat betul jerebu kat Melaka semalam. Semalam dan Sabtu kiterang pi Melaka konvoi geng Toyota Wish. Tujuan nye makan ikan bakar, tapi rasa macam banyak plak makan. Coconut Shake Klebang, Kuih Keria Lumbongan, sempat plak merasa naik kapal selam, naik river cruise. Bebudak la yang sangat excited. Meh kite layan gambar

Tengok lah jerebu yang teruk semalam, memang pakai mask je lah. Memang dasar pentingkan diri sendiri indon ni, bakar hutan . Kalau yang tak tahu..ada ayat yang menyatakan Larangan melakukan kerosakan di muka bumi.

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi  sesudah (Allah) menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan bedoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak  di terima) danjuga perasaan terlalu mengharapkan  (supaya dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang  yang memperbaiki amalanya. Ayat 56, Surah Al -A’raf

Islam bukan setakat solat dan menutup aurat tapi merangkumi cara hidup, akhlak kita. Sekian ceramah saya. Sekadar nak mengingatkan. Kesian kat bebudak bila batuk-batuk, pedih mata. Orang tua pun merasa gak tau.

Oklah back to kapal selam…Tak tau plak ada kapal selam atas darat ni  hahaha..dapat lah masuk dalam tu

Ni rupa kapal selam ye

Kat bawah – information centre

Kena naik tangga

Bilik kawalan

Ingat orang betul dah tadi

Dalam kapal selam – sempit je kan

Bilik tidur

katil untuk tidur, sempit kalau ngigau ni kena beringat takut terhantuk kepala

Lagi tempat tidur

Dapur yang sempit, apa lah yang boleh dimasak. tengok dapur je seram teringat Foodie Face off AFC nanti

Afriena je nak bergambar. Tengok Rayyan mana baju and mask dia?? Rayyan tu dari melaka sampai pagi ni tak berbaju dia. safe duit beli baju kat US . Tak yah beli untuk dia, beli untuk Afriena yang suka tukar baju. Best masuk kapal selam nak nak udara dalam kapal selam tu sangat segar.tu jelah gambar yang mampu sbb nak pegang beg, nak pegang camera, nak pegang walkie talkie lagi..rakit 1 kepada rakit 2 hahaha . Itulah adat orang konvoi.Nasib baik Afriena tolong pegang kasut sbb nak masuk dalam kena bukak kasut. Ha harga tiket ialah RM1 sorang tapi kiterang free :)

Nak cek

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA

boleh click sini http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx

2 thoughts on “Muzium Kapal Selam, Melaka

  1. Ibu Zaid

    Rupa rupanya muzium kapal selam ni dah lama buka. Menarik tu. Kami sekeluarga pun baru belajar jalan jalan di Melaka & tinggal di home stay sekitar melaka. Sebab banyak tempat menarik di Melaka kan.

    Pilih je nak pergi mana sebab semuanya dekat antara satu sama lain

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.