Sarapan Best @ Kelate Corner

Dah dua har dok makan makan nasi pepagi ni… haih makin naiklah badan ni. Semalam I makan nasi dagang, hari ni plak nasi kerabu. Kheirul plak, Nasi lemak. Dia cakap lagi sedap dari tempat biasa makan. Selama ni I dok hantar anak pergi sekolah selalu on the balik mesti nampak kereta banyak berhenti beli breakfast. Semalam lah terbuka pintu hati untuk beli breakfast kat situ. Sekali singgah walawei…banyaknye makanan..dan semuanye kelate mari. Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, laksam, nasi lemak, kuih muih kelate. Haih telan air tengok dengan bau dia yang menyelerakan. Semalam masa pergi cakap orang KL, tapi rasa macam tak mesra terus tukar lidah kecek kelate… terus layanan vip. Automatically… terus mesra. Biasalah orang kelate… kalau jumpa kat mana-mana memang akan jadi mesra.

240520131373

Inilah gerai Kelate Corner tu. Location dia kat Kg Dato’ Abu Bakar Baginda. Tepi jalan je… kalau dari bandar baru bangi nak ke Silk Highway mesti nampak.

240520131376

Ni antara kuih yang dijual. macam-macam akok pun ada tapi sebab ni kuih Rayyan yang suka, kena beli. Nampak tak kuih yang warna perang dan putih tu? Itulah Pulut Sekaya Telor. Dia macam Seri Muka tapi atas dia adalah dari telur semata-mata. Selalu kalau beli kat pasar malam ke, orang banyak guna telur ayam, tapi yang ni telur itik. Itu yang buat special. Kalau pakai telur itik tekstur kaya dia kenyal sikit.Kena plak manis nnisey (gula melaka/gula kabung what ever you call). Harga dia RM2 satu. Memang acceptable harga dia sbb telur itik mahal

240520131378

Ni gulai ayam. Kheirul cakap sedap giler. Gulai Ayam kelate style memang cair sikit tapi memang sedap. cukup rempah. Ni kalau lauk ni boleh dipadankan dgn nasi dagang, nasi belauk, nasi lemak… you name it !


240520131380

 

Kheirul memang takleh lari nasi lemak. Bila nak start kurus bang oi!!!. Set ni harga dia RM4.50. Ada tengkuk ayam, kepak dan kaki. Cakap je nok kopeh aye…Tengok cara dorang bungkuks, memang bukan jenis kedekut

240520131379Ni nasi kerabu. Ada kuah tumis, budu, sambal , sambal nyo (kelapa) telur masin , lada solok dan kerabu yang banyak. Alhamdulillah kenyang. Rasanya sampai ke petang dah ni. Penuh bekas. Harga dia RM4. For me , murah lah harga dia. Lada solok tu kalau guna cili yang biasa kat kelantan.. lada albino tu lagi sedap. Ni nak kena belajar buat solok lada dari Mak atau MIL ni. I memang, kalau nampak nasi dagang, nasi kerabu memang nak kena beli.  hehehe. Semalam nasi dagang dia sedap kena plak dengan gulai ikan tongkol perghhhhh terangkat babe.

Location Kelate Corner

kelate corner

 

6 thoughts on “Sarapan Best @ Kelate Corner

  1. asmah

    mmg slalu bli bekfes situ..hehe..sebab dkt umah adik…tp kitorg slalu bli gulai serati je..sedapppp..

    dpn tu sket..dkt ngan skolah..ade jual nasik dagang n nasik kerabu..sedappp…kedai kak mah pintu no 1…(pintu 1 putrajaya)…mmg beratur la pagi2)

    Reply
    1. Yatie Post author

      ada gulai serati ke? tak tahu pun besok nak tanya lah… ha yang kat sekolah tu memang beratur..hari-hari lalu tgk tapi tak pernah singgah

      Reply
  2. Ieykqa

    Timo kasih byk kak….saya empunya kedai kelate corner…
    Disini saya ingin mjemput akak dan keluarga untuk ke majlis pembukaan cawangan kelate corner di presint 15 pada 1hb julai pukul 8 mlm.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.