Jangan salah faham, ini untuk maklumat bersama.
2 malam lepas, I tolong Ashraff dan Afriena buat homework. Pasal feqah. Jadinya dalam homework Afriena, ada belajar mengenai hadas.
Apa maksud hadas?
Hadas ialah kekotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci iaitu solat, tawaf dan sebagainya. Orang berhadas, tidak bersih di sisi Allah sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Kerana itu, orang yang berhadas wajib menyucikan dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum mengadap Allah melalui ibadah-ibadah tadi.
Berapa jenis hadas?
Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar
Apa cara menyucikannya?
Cara menyucikan hadas kecil ialah dengan mengambil wudhuk. Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan mandi. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan kerana sakit, ketiadaan air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum. Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga, iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar
3. Tayammum; gantian kepada wudhuk atau mandi.
Pasal Hadas kecil, takde masalah untu menerangkan. Apa yang menyebak hadas kecil semua pun tahu kan. Tapi bab hadas besar. Perkara yang menyebabkan hadas besar ialah haid, nifas, wiladah, mati dan keluar air mani. Saya dapat terangkan dengan jelas semua tu kecuali keluar air mani. Sesuatu yang sukar untukk menerangkan nya. Serba salah..nak terangkan rasa macam eh dorang kecik lagi ni…tapi kalau tak terangkan nanti dorang keep asking. Kalau tanya kat rumah takpelah, tapi kalau tanya depan orang? mampus…. mesti orang pikir lain kan. Lalu saya pun membuat pertanyaan kat laman facebook page “Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa”
Soalan Saya berbunyi begini
Assalamualaikum… Saya ingin bertanya pendapat ibubapa yg senior. Semalam, saya tolong anak buat ulangkaji dan kerja sekolah. Subjek perbincangan adalah fiqah. Ia mengenai hadas besar. Antara perkara yg sbbkan hadas besar ialah haid, nifas, wiladah, mati dan keluar mani. Saya takde masalah terangkan semuanya tapi ingin minta tolong atau pendapat bagaimana untuk terangkan mengenai mani. Anak anak saya tanya apa itu air mani? Fyi mereka baru berumur 8 dan 9. Jawapan saya cuma, you all kena tanya ustaz tomorrow. Help me please
Rupanya ramai juga yang ada masalah sama. Dan ada jugak beberapa orang yang memberi pendapat. Antaranya
- Anak saya 9thun..sya pun x tau samada dia btul2 fham o idak..sbb sya tnya dia,air mani tu apa erk?dia kata air yg kluo dr ‘ni'(dia tunjuk la yg ‘tu’)..saya kta air kencing dia kta bkn laa..dia explain gak la tp smada dia fham x tau la
- sy biasa akn trangkn mcm biasa makna tu cuma x detail sgt,,,biar dia tau jer…somedy br kita detailkn bila dia dh ‘bsedia’
- Saya belum ada pengalaman mcm ni sbb anak saya kecik lagi. Tp saya nak cuba beri jwpn kalau2 ia dpt membantu puan. Cadangan saya, sebagai langkah pertama… puan boleh ckp pada anak “mari kita lihat apa Quran kata tentang air mani”. (Tujuan adlh utk didik anak, supaya apa2 kita refer Quran dulu). Dlm Al Quran ada byk ayat yg menyebut tentang air mani. Lebih mudah jika puan memiliki ensiklopaedia atau index rujukan perkataan dari Al Quran utk memudahkn carian. Kemudian puan boleh terangkn yg air mani ni adalah air istimewa yg dicipta oleh Allah yg terdapat dlm tubuh lelaki & perempuan. Drp air mani terjadinya manusia… terjadinya ibu, abah & adik (sebut nama anak) dan smua manusia dlm dunia ni. Mgkin anak akn tanya pulak “mcm mana boleh jadi mcm tu?”. Erkk… Alamak… Kena la guna perkataan “istimewa” & “ciptaan Allah” byk2 nampaknya. Air yg istimewa ni dtgnya dari tempat istimewa dlm tubuh lelaki & dari tempat istimewa dlm tubuh perempuan. Ianya juga bercantum di tempat yg istimewa dlm rahim ibu. Dari situlah Allah bentukkan menjadi darah, daging, etc (explain mcm yg Quran bgtau). Hrp ia dpt membantu serba sedikit, InshaaAllah
- Just tell them mani hanya ada pada lelaki dewasa selepas dia baligh will do (itu yg saya beritahu anak2 saya waktu umur yg sama)
- ckp jewlah..mani tu adalah air yg keluar dr zakar lelaki bila baligh…kata lae..dr air manilah bule jadikan manusia…kita kene bg explaination yg terus terang..biar dia x salah tanyer…
- Sy bgtahu anak lelaki sy air mani ni keluar klu dh baligh… Bila dh ikhtilam pg2 basah yg keluar tu la mani bukan air kencing… Klu perempuan x tau lg camne nak ckp… Sebab yg sulong boy… Tunggu yg girl nanti tnye br cari idea…
- Seelok2nye perlu diterangkan dgn ringkas dan padat,agar ank2 mudah faham dr kita explain panjang lebar tp 1 ape pun ank tak faham..lg bertambah blurr diorg cuba nk faham,pastu pg pulak tanya org Lain..bkn ape takot jd salah pemahaman aje.
Saya percaya, mesti ada ibu bapa kat sini yang mengalami perkara yang sama. Apa yang saya faham dari pembacaan buku Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina, kita perlu menjelaskan dengan perkataan yang ringkas dan senang. Biar mereka faham. Tak boleh berdolak-dalih macam nanti tanya cikgu ye. Kita kena jelaskan perbezaan anatomi tubuh lelaki dan tubuh wanita.Kena jelaskan proses hamil dan melahirkan dengan perkataan yang sederhana.Soal menstruasi bagi anak perempuan dan mimpi basah anak lelaki, perlu dijelaskan sebelum mereka mengalaminya.fuhh susah jugak nak didik anak yang nak meningkat remaja kan? Kalau mengenai menstruasi, rasanya saya dah jelaskan malah dah tunjuk macam mana, tapi yang mimpi basah tu rasanya..golongan bapalah kena cerita.
Agaknnya… inilah perlunye ada asas pendidikan seks kat sekolah kot. Jangan salah faham ye! Pendidikan seks bukanlah bermaksud pendidikan yang mengajar bagaimana untuk melakukan seks atau sebagainya sebab itu semua akan datang secara semula jadi sebab lembu pun takde pendidikan seks tapi tahu gak dia buat, tapi pendidikan seks yang sepatutnya diajar dengan cara perspektif anutan agama masing-masing. Macam islam, caranya ia perlu bermula dengan akhlak yang baik, perlu menenam rasa malu apabila aurat dilihat orang lain atau sebaliknya dan perlu tahu menutup segala kemungkinan ke arah seksual yang terlarang aka zina, perlu ada rasa hormat pada privasi masing-masing. So complicated!
Jadi mulakan dirumah..mulakan dengan pengasing tempat tidur anak lelaki dan perempuan bila berumur 10 tahun, Didik supaya meminta izin untuk memasuki bilik tidur kita ibubapa terutama sebelum solat Subuh, Zuhur dan selepas Isyak. Yang ni ada diterangkan dalam ayat Surah An-Nuur: 58-59.
Ok lah harap ini akan membantu.. kalau kawan-kawan atau senior-senior yang ada pendapat untuk dikongsi silakan.