To Krabi Again :)

Budak-budak bila cakap nak pergi Krabi happy je. Dah terdengar dah apa dorang nak buat. Did they say fishing? Mana ada fishing… kita pergi snorkel je. Inilah plan papanya masa cuti sekolah next month. I ikut je mana orang bawak. Macam biasa road trip, naik kereta dari KL to Krabi. Tak sabar rasanya nak makan pulut mangga, pulut ayam, tomyam and segala makanan. Ingat makan je kan. Pasal makan bukan masalah pun dekat Krabi sebab ramai muslim. Kadang-kadang kat hotel , ada je staff tegur and cakap I’m muslim. Pastu kasi guide mana nak cari makanan halal. Ingat kali ni, nak lepak hotel yang owned by muslim. Ni tengah survey lagi ni. Pastu bebudak ni cakap.. best naik boat. Kheirul cakap kita naik boat besarla kali tak payah speed boat. heheheh see first la. Kalau ramai join ok lah.

Ini yang buat bebudak teruja sangat ni…. pantai yang bersih

pastu dapat plak makan tepi ombak cam gini… nasi sepinggan tu tak cukup tu. Kali ni pergi kena bawak bekal gak lah. Sebab lapar walau dah makan nasi

Tengok… ni konon lah ni….memang mata takleh lepa… dah sampai ketengah

lawakan… kan. Mungkin disebabkan gambar begini my sis cakap.. dia nak ikut.  Boleh je

Pastukan lepas penat-penat mandi manda, harus mencari makanan kat tepi jalan. Street food kat Krabi banyak yang halal. Tomyam tu sedap, pedas gila. Nsi goreng, ayam goreng.Ni mesti cari hotel betul-betul depan gerai ni senang nak cari makan.

Ada sapa- sapa nak ikut tak?? kalau nak ikut jom, tapi drive sendiri ye hehehehe

 

8 thoughts on “To Krabi Again :)

    1. Kheirul Mohamed

      Nih kira lebih kurang BELANJA HANGUS:

      *Anggaran Belanja Hangus
      Hotel kat Hatyai = Rm100-150
      Hotel kat Krabi = RM150x2 = RM300 (or dlm RM250max for bigger rooom)
      Island Hopping = RM80/pax (lebih kurang, nego kaw kaw ngan tokey boat)
      Petrol = RM300-rm400 lebih ada.. kurang takde…. +petrol kat siam mahal oooo
      tol = RM100 KL-BKT-KL lebih kurang la…

      Planning /aktiviti:

      Fri 22/3
      – 11pm: dari KL ke Changlun

      Sat 23/3
      – 6am: subuh @ Masjid Changlun
      – 7am: beli insurans & white card
      – 8am: terus ke border
      – 9am: breakfast @Danok
      – pas tu pi Hatyai n check in hotel
      – free & easy lepas tu
      – 3pm: pi pasor terapung…
      – free & easy lepas tu

      Sun 24/3
      – 8am: breakfast..
      – 10am: bertolak ke Krabi (+-325km)
      * laluan – Hatyai – Trang – Krabi
      * stop wajib RNR Thanon Phat Kasem Na Yong, Trang
      * + stops lain atas keadaan… macam gerai nenas ker,, ayam goleks ker.. tengok keadaan
      * masa perjalanan 3 – 5 jam.. bergantung kepada berapa banyak stops
      * sampai krabi… check in hotel then Free & Easy
      * Bincang pasal Island hopping + Booking boat….

      Mon 25/3
      – 7am: breakfast
      – 8am: Island Hopping…..
      – ??? petang free & easy

      Tue 26/3
      – 7am: breakfast + free n easy
      – 12pm: bertolak pulang….
      *kami cadang nak stop penang satu malam…. then cont balik KL…

      Reply
      1. Kheirul Mohamed

        hahaha. turist guide takda….. sendiri jadi tourist guide.. sbb selalu pi sana…kehkehkeh.. nak join meh ler…

        syarat nak join senang jer..
        1. ada kenderaan nama sendiri (bawak photostat geran 2 keping)
        2. sihat tubuh badan.. boleh drive long hours…
        3. segala belanja sendiri tanggung….

        *hotel akan diconfirmkan kemudian.. kat hatyai.. most likely duduk kat Samila Beach Resort………… Kat Krabi belom set lagi…. nak tgh cari hotel yg ada halal food

  1. lin

    hai yati n kheirul..saya excited sgt baca entry ni..saya dan suami pun ada plan nak drive ke krabi..bersama 5 org anak kami..7thn- 2 thn …ada rezeki in sya allah cuti sekolah bulan 5 nanti..tumpang tanya..passport mcm mana ya..boleh pakai border passport ? ke mmg wajib semua ada…..kalau sudi nnti buat entry ya..bolehlah kami rujuk2 kat sini..especially masa lalu kat RNR thanon phat semua tu..hehe..kalau sudi nnti singgahlah rumah kami di taiping..boleh rehat2 kat sini..tido sini smlm ke..holeh saya masak2 utk yati sekeluarga’:)..kalau ada apa2 boleh email saya ya.. :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.