Persiapan Raya

Hi semua… apa khabar??? chewah macam dah lama tak update padahal semalam je skip. Semalam tak sihat tu yang malas nak mengadap. Disebabkan semalam dan semalam before kerja pening-pening, muntah-muntah pastu hari ni dapat pelepasan memasak. Heheheh…. pelepasan menda sangat sebab bebudak dah pesan suruh buat Caramel Pudding lagi. Semalam buat 4 cawan, habis liao.. Ashraff makan 1 1/2 cawan, Rayyan yang tak padan kecik 1 1/4cawan, Afriena yang maintain slim makan 1 cawan and me tukang masak rasa sikit je. Kheirul lagi le..memang dia tak suka pun benda-benda camtuh.

Amacam persiapan Raya you all? Kiterang biasa-biasa je…. takdelah kaw kaw nye… Takde tukar langsir, takde tukar sofa, takde tukar cat rumah, takde beli karpet baru takde beli kereta raya…Sangat lah simple. Baju raya sorang sepasang je … kuih raya tak buat lagi, mungkin hujung minggu ni kot.. malasnya nak sepahkan dapur, nak nak kalau budak busyuk ada sama membantu.Tetiba je dia akan bertukar menjadi raksasa kacau orang buat kerja, takpun tetiba mintak nak makan,nak air la. Makan 10 kali sehari. Orang belum bukak puasa dia dah makan, Orang dah habis berbuka dia belum habis-habis lagi. Sampai mata nak pejam tido pun dok sebut nak makan…

Bebudak dah excited nak balik kampung…haiiih mesti traffic jam nih…

 

2 thoughts on “Persiapan Raya

  1. atty

    sama lah ngn kty..
    kty pun simple je..takde tukar langsir ke,,cat ke..beli perabot baru ke..

    selamat hari raya ye yati..maaf zahir dan batin sepanjang kita berblog….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.