Monthly Archives: August 2012

Resepi Sup Lidah

INGREDIENT

  • 500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
  • rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
  • 1 sudu besar rempah sup adabi
  • 5 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 biji bawang putih -tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • semangkuk kecil bawang goreng
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
  • minyak untuk menumis

METHOD

  • panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
  • lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
  • bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
  • bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
  • masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
  • Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.

 

Raya Sakan KL-KB-KL SG

Seriuosly…tahun ni raya sakan. mana tak nya dalam seminggu , travel je kerja. From Friday night,  kiterang start travelling to Kelantan. Lalu Kuantan-Terengganu terus ke Kelantan. Raya ke tiga, Balik KL, singgah rumah sendiri, cuci baju, tido bangun esok pagi bertolak ke Johor plak. Dah kalau dah ke Johor haruslah ke Singapura.

Malam raya tu, I dah busy dah. Busy dok prepare untuk masak pagi esok. Malam tu bkend apa yang patut, tumis tumis, masak beriani ayam, goreng ayam untuk ayam masak merah …ni semua dengan bantuan Sidah le off course. Buat teman bersembang walhal rasa penat yang amat sebab tak cukup tido. Dah settle semua, pagi lagi dah bangun, masak. Kali ni pepagi dah masak nasi beriyani. Masak seperiuk besar gak sebab ramai gak yang datang and makan. Ayam masak merah pun habis and my mom buat acar dengan kari ayam lagi. Selain dari tu adalagi juadah lain. Ada ketupat pulut kesukaan ramai. Rayyan saja boleh makan 5 biji. Kalah rekod Afriena yang makan 4 biji. Ketupat ni special sebab kaler purple (campur dgn pulut hitam). Tapi yang kelakar, bila pergi rumah orang dia nak makan ketupat tengok ketupat kaler putih nangis tak puas hati. Raya pertama lepas masak, berjalan ke rumah sedara mara sampai ke petang. Ada gak pi jalan rumah orang tapi takde orang, pi berjalan ada orang tapi tak nak bukak pintu sbb ralit tengok TV (takpe, saya anggap dia tak dengar bila orang kasi salam)

Raya ketiga pagi dah bertolak ke KL sbb taknak sibuk dengan traffic jam… sampai KL terus pi beraya ke rumah SIL sbb nak jumpa MIL. MAkan-makan-, bersembang, dengar cite MIL, pukul 10 baru sampai rumah. Suruh bebudak tido lagipun memasing excited nak pergi Singapore. Yang dorang excited tu sbb nak pergi USS. Ye kiterang ke USS  on Thursday. Kids are so happy. Tanya dorang apa yang best? Best sebab dapat tengok and feel the transformer. Ashraff macam biasa enjoy the roller coaster.

Kalau dah kat singapore, sudah tentu lah kami tak lupa nak singgah ke Beach Road sebab nak makan Sup tulang merah  heheheh. And kids as usual, nak Mc Donalds. Mc DOnalds kat Singapore murah lah…ok please don’t convert sebab gaji cleaner kat sana $S900 and gaji cleaner kat Malaysia RM700-900. Kat sana GCB is only $S5.50 and the size is double lengkap dengan salad and tomato.

Inilah rupa GCB singapore, tapi kat sana panggil teppanyaki burger or Mc Grill. Rasa sama but besar. Memang 2 GCB Malaysia = 1 GCB singapore .

rupa dia macam ni….

Oklah nanti kita sambung siap dengan gambar.

#Savejejai

Camner nak citer ek…………….

emmm…ok, 2 hari lepas, Cik Puan Sumijelly telah “invite” I kat Facebook untuk join group rahsia. Group Rahsia mula-mula tengok nama group kenapa plak ni?? Bila dah baca dalam group tu… Allahu Akbar… Bro Jejai sakit rupanya.

Dipetik dari Secret Group ” Bantuan buat Je Jai”

Eyriqazz

“As Salam Semua,
Rasanya most of us dah tau tentang keadaan Je Jai kan? Lung cancer, stage 4… last time jumpa dia berbuka puasa di Cititel Hotel, dia kasitau dia dah mula muntah2 darah…Saya,AE, dan Kak red ada usulkan utk buat blog post mohon sumbangan utk membantu dia,tapi ditolak ..Katanya biarla people tak tau keadaan dia..Last time masa dia bantu projek Celcom ,saya hulurkan duit, menitik air matanya..Katanya…Aku tolong ikhlas…Sebagai kawan…
So, saya create kan group ini… Mungkin kita boleh bantu dia secara senyap coz itu permintaan dia… Kalau ada rezeki lebih, sama-samalah kita menghulurkan bantuan meringankan beban dia etc…

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)..Serius sangat sedih bila tengok keadaan dia di Cititel Hotel berbuka puasa..nampak sangat lemah dan dia cakap dah cam tak larat utk teruskan lagi Kimo….”

 

Ye ..dia dah tak mampu nak teruskan kimo sebab kini kos perubatan beliau sudah tidak ditanggung oleh majikan (habis limit la senang citer). Mari kita sama-sama membantu rakan kita. Dibulan yang mulia ini,ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan buat jejai. You all boleh mengkreditkan sumbangan terus ke akaun milik jejai atau isteri beliau. Sumbang mana yang termampu dan doakan dia.

 

Azhar Bin Ramli a.k.a Jejai (Maybank A/C No : 164351079691)

Mazliana Binti Othman (Maybank A/C No : 164089741562)

 

Selain itu ada juga yang telah menubuhkan satu akaun untuk membantu Jejai, sbb takut bila terlampau banyak transaction, dikhuatiri akaun di atas kena block. So you all boleh gak salurkan bantuan ke sini. Sila baca coretan itu dengan menekan ” Save Je Jai” di bawah.

 Save Je Jai

 

 Kalau ada event, selalu lah terserempak dengan dia and dia sangat peramah especially dengan Kheirul lah sebab I memang jarang ke event kecuali kalau event tu untuk ibu dan anak lah. Last event join sekali adalah masa Dinner Masterchef and masa finale, Blogger Masterchef. Peramah orangnya. Begitu juga isteri dia.Oh ya last jumpa masa kenduri Kak Red. Masa tu dia nampak kurus. Kheirul cakap nak tanya tapi takut dia terasa.
So kawan-kawan marilah kita bantu kawan blogger kita. Untuk Jejai, kuatkan semangat… jangan putus asa , ini semua dugaan Allah.