Aidilfitri Cookout with Chef Rynn @The Cooking House

Ahad lepas kan, I dapat invitation kelas memasak bersama Chef Rynn dari The Cooking House. Ni kira my 3rd time pergi The Cooking House kat Desa Sri Hartamas. 1st and 2nd sebab Masterchef event..remember? At first, Kheirul nak hantar pergi ke Hartamas tu tapi, melihatkan si kecik tu tidur lagi macam kesian je nak kejut dia , so I pun cakap, takpelah…

Takpelah..mama pergi sendiri, drive sendiri

Tau ke nak pi sendiri tu?

Ala..GPS kan ada..

Tapikan Hartamas tu kira tempat hari-hari pergi masa Ashraff kecik dulu sebab kena hantar dia ke rumah my SIL, maid dia tolong jagakan.  so macam kacang je..tak pakai GPS pun boleh sampai.

Apapun , Alhamdulillah…30 minit je dah sampai, jalan tak jam. Pukul 10 dah terpacak kat sana, 15 minit lepas tu dah start. Bagus juga pergi event macam ni sebab dapat kenal ramai orang yang dari pelbagai lapisan umur dan kaum.

So apa yang kitarang belajar?

  • Mee Rebus Utara
  • Ayam Merah Aidilfitri
  • Nasi Minyak
  • Daging Kerisik Ala Kampung
Inilah Cheff Rynn, muda lagi tau.

Menu semua menarik tau. Yang paling I excited nak belajar ialah nasi minyak. Sebab I tak pernah masak nasi minyak. Nampaknya raya ni boleh lah cuba masak nasi minyak

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Bahan terpenting, cili, bawang, and rempah…. First menu , Chef Rynn ajar kiterang masak Mee Rebus Utara. Menarik resepi ni sebab lain dari yang selalu I masak. Selalu I masak I pakai kacang tapi yang ni takde kacang. Sangat simple untuk masak.

Antara bahan yang diperlukan untuk masak mee rebus.

kacau chef jangan tak kacau. Ni chef tengah ajar cara masak mee rebus. Oh ye setiap orang dapat satu set resepi senang nak rujuk. Best kelas masak ni, nak tanya, tanya je sangat santai la..

Ayam yang diperap , dan lepas tu digoreng.Ini adalah persediaan nak buat Ayam masak merah

Haaa inilah rupa ayam masak merah. Ayam masak merah rasa lemak-lemak sikit sebab Cheff letak susu cair. berbeza dengan yang I masak. mmmm sesuatu yang baru. Sedap tau. Lepas masak Ayam masak merak, saat yang ditunggu, jeng jeng jeng.. masak nasi minyak.Senang je rupanya nak masak nasi minyak ni. Takdelah banyak kerja. yang penting kena ada Minyak sapi.Kena tumiskan semua barang tumis, letak susu dan beras dan masak seperti biasa. Lepas tu, ending dia, kena letak kismis dan gajus dalam nasi.

Cheff tengah goreng gajus dan kismis. Kata cheff, kalau tak nak goreng pun takpe, boleh je letak dalam periuk terus. Tapi kalau goreng cantik rupa kacang and kismis ni.Lepas goreng, siram bahan dalam nasi dia seperti dibawah.

Pastu kacau nasi tu, biar sampai masak. Dia punya bau, punyalah sedap. Bau sedap minyak sapi bercampur dengan bau daun pandan. Oh ya nasi minyak ni nak masak dia kena pakai beras basmathi tau.Lepas masak nasi minyak, last menu adalah Daging kerisik. Sesuatu yang baru. Macam masak rendang plak tapi bukan rendang tau

Haa ni daging kerisik… masih dalam periuk lagi

Oleh kerana kelas dia sangat santai, boleh je peserta nak sebok-sebok kat dapur… kacau-kacau…Actually I duduk depan tu je, depan periuk tu ha…nak tengok. Lepas habis masak semua, time nak balik kiterang bergambar satu group but but where is the picture eh… Tapi I sempat lah amik list semua orang.Nanti boleh add kat FB.

Dapat tapau balik rumah..best best best

Sempat bergambar dengan chef, haih berminyaknye muka…sapa suruh dok depan periuk, habis berminyak sapi muka. But I really enjoy dengan kelas masak ni. Banyak benda baru yang I belajar. Nanti next time nak pergi lagi. tengah usha kelas baking untuk pergi dengan Afriena.

Lastly, Thank you The Cooking House for your invitation and I really had fun that day. For those yang berminat nak join kelas masak ada lagi available  during Ramadhan. See  below

Masih ada kelas  Chef Dato’ Ismail, Chef Azrah dan Chef Florence. Semua hebat masakan yang akan dorang tunjukkan.Siap boleh berbuka puaa sekali tu.

2 thoughts on “Aidilfitri Cookout with Chef Rynn @The Cooking House

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.