Monthly Archives: July 2012

Ayam Percik dan resepinya

Bulan puasa nikan tekak lain macam sikit. Nak masak mesti yang pelik-pelik or jarang makan. Mula lah menggagau cari idea nak makan apa.  Sekali ting terbayang ayam percik. Ayam percik kalau nak sedap kena cari kat Kelantan, kalau kat sini tak berapa umpph.. jadi sebab cerewet sangat haruslah masak sendiri. Tak susah pun senang je.

Kali ni buat ayam percik letak cili merah. Selalu kuah dia putih kan… Ayam ni I masak dulu dalam kuah berserta daun pandan then bakar dalam oven. Tapi kalau nak sedap ppanggang atas bara, curah kuah sikit baru ada rasa karamel tuh…

Pada yang nak try ayam percik ni boleh lah try resepi ni..

INGREDIENTS

  • 1/2 ekor ayam
  • santan satu kotak
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 1 kunyit -kisar
  • 4 btg serai – 3 dikisar, 1 diketuk
  • 2 biji cili merah – kalau nak pedas letak cili padi (tapi saya takleh makan pedas) -kisar
  •  garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun pandan disimpul

METHOD

  • masukkan bahan kisar, santan, daun pandan, serai dan asam keping ke dalam periuk
  • rasakan dgn garam , gula
  • masak  bersama ayam hingga ayam masak 3/4
  • Keluarkan ayam, bakar dalam oven atau atas pemanggang atau grill atas kuali
  • Sementara tu biarkan kuah sampai pecah minyak
  • Bila ayam nampak dah nak masak, percik-percik sikit / curah pun takpa sikit kuah atas ayam, bakar lagi untuk 2-3 minit
  • bila dah masak, hidang dengan kuah percik.

Tujuan letak daun pandan adalah sebab nak kasi bau wangi. Selamat mencuba

Buffet Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Dah seminggu dah event ni tapi baru nak citer… busy and dok berebut pc jer. Nak update pakai laptop, tak best sebab tak puas.Last week Sawanila.com dapat invitation untuk Food Preview kat  Carousel Café ,Palace Golden Horses. Dekat je dengan rumah, tapi tak pernah sampai sini. Tapi bila dapat jemputan ni harus takleh lepaskan peluang.

Sampai je sini, mata terus terpikat dengan makanan yang terhidang. but sabar…kena  amik gambar dulu.

Siap standby bawak ipad sebab nak suruh sikecik ni duduk diam. Ada few bloggers yang familiar untuk food review.

Kita layan gambar dulu…. Kurma, roti..

pelbagai jenis kek, tart, creafpuff.. semua cute. My kids love them so much. Mungkin sebab kecik-kecik kot

Yang ni takleh tahan ni, dari jauh lagi hati sudah tepikat, hidung sudah terhidu… nampaktu, all sort of ulam. Ulam ni lawan dia..ada sambal belacan, tempoyak yang sangat maveles sebab dari jauh boleh terbau, sambal belacan, budu, cencaluk, sambal mangga muda dan macam-macam lagi

Buah-buahan yang segar, dan serunding daging, Kalau orang kelantan dia panggil sambal daging

Kuih-kuih yang berwarna warni

Selain tu, ada jugak tersedia ala ala gerai/ warung kat luar. Macam -macam ada. Mee Kari, Mee Sup, Laksa Kedah, Laksa Johor , Murtabak, Roti John

Selain tu ada nasi beriani, Gerai ABC, ice cream

Kambing golek memang dah sinonim dah dengan bulan puasa, kat sini pun ada. You all kena makan kambing ni sebab sedap sangat. Daging dia lembut dan sangat juicy. Pekena plak dengan Min Sauce dia. Yang tak makan kambing, daging lembu ada jangan risau…tu kat sebelah dia.

Ha ni daging lembu, tapi takla lembu sekor hahah..Kalau tak salah nama menu Daging Bakar Al-Sayed. Lagi satu hidangan yang mesti makan, Seafood ni. Dah rasa macam kat tepi pantai sebab sangatlah fresh. Udang, tiram, kupang, kerang, ketam, sotong ,ikan, dan macam-macam lagi makanan laut yang di bakar dengan sos yang sangat sedap.Selain kat luar, ada lagi makana sebelah dalam, ada rendang , asam pedas, sambal udang, kerabu, ikan masin. Patin masak tempoyak pun ada tau..

Majlis preview hari tu juga dihadiri oleh tetamu Istimewa. Mereka adalah anak-anak yatim/miskin , Taman Baiduri. Nama pusat Jagaan tersebut ialah, Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri. Dorang ni daripada Dengkil.Semua ni dalam lingkungan umur 10-16 tahun. Baik budak-budak ni.

Oppps ni roti canai… kena makan ni..sedap , lembut. Nampak tu kat sebelah? Gulai Kawah babe. Mana nak dapat…Siap dengan tulang-tulang. Pekena dengan nasi beriyani syiook.. Kalau tak nak nasi boleh je cicah roti. Roti-roti yang tersedia sangat lembut.

Ni first round, Share dengan Rayyan…Yang kaler hijau tu Mint Sauce.

Tengok sikecik ni makan..kuss semangat. Makan banyak. Tengok Afriena tuh, dah takde muka budak,nampak Ayu plak berbaju putih, siap pakai hairclip sendiri..auuw.. And Ashraff  sungguh suka kalau buffet. Ulang-alik dok amik air. Yang dorang makan roti cicah soup, ice cream, cakes

Makan , makan jugak. Yang nak berbuka kat sini jangan risau ada surau yang tersedia . Dekat je dengan Cafe ni. Boleh tanya staff kat sini. Diorang sedia membantu.Lepas solat boleh sambung makan balik.

Rayyan kan peramah, dok hello hello dengan abang-abang kat sini. Dorang ni semua antara darjah 6 – Form 2. Ingat kan adik beradik tapi bukan. Sebab nampak sangat rapat.

The Ramadhan buffet is priced at  RM98++ for adult, RM68++ for senior citizen (60years above) and RM48++ for child (5 to 12 years old) . Free for one person for every four full paying guests (not applicapple with any other promotion). Carousel International Coffeehouse is a Halal-certified restaurant.

So sesapa yang makan buffet bolehla datang sini sambil beramal sebab a 3% of the total nett sales by end of Ramadhan Month from Carousel International Coffeehouse; will proceed to Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri.

Dan kepada sesiap yang menderma ke Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri ni, boleh lah menghubungi Encik Shukry di 019-653 9701 atau lawat http://www.raymtamanbaiduri.com/

Sekian…………

Ashraff and Afriena Training Puasa

Alhamdulillah…. dah dua hari Ashraff and Afriena puasa. Both days berjalan normal cuma, masa dah dekat berbuka tu, nampak penat. Bila bercakap pun suara macam tak keluar. Itu Ashraff la… Afriena… siap buat terencut hencut, jalan sbb lapar.Tapi bila suruh berbuka, tak nak pulak. Tapi bab yang paling tak tahan, nak gelak ke tak gelak, ke nak kesian, bila both of them tengok TV ada iklan pasal makanan, memasing telan air liur.hahahah Rasakan, macam mana orang susah yang takde duit nak makan, macamtulah dorang telan air liur bila bengok orang lain makan sedap.

Disebabkan dorang berpuasa, dorang diberi pilihan untuk pilih menu, Dorang pilih lasagna for berbuka, So senang jelah kerja, I buat kuah bebanyak, 1/3 buat lasagna, lagi 2/3 frozen sebab senang nanti kalau dorang nak makan boleh panaskan je. As for us, simple, buat Ayam percik, sayur goreng and sambal tempoyak.

For second day, plak, dorang pilih spaghetti, lagi senang kerja mak… amik kuah panaskan je, and for us, Ikan percik dan paprik campur sbb geram tengok sayur banyakl dalam fridge. And untuk membuatkan dua budak tu tak melayan perut dorang, I ajak dorang join buat onde-onde sekali. Bila banyak tangan buat onde-onde, adalah ber macam bentuk, Tapi takpe tak kisah. Boleh je makan. Dorang pun suka dengan hasil kerja tangan dorang.

And for those mums, yang tengok anak nak berbuka puasa, nampak tak muka dorang yang sangat happy… dengar azan je, dorang senyum. Both kids tak mintak pun upah for puasa, mungkin dorang tak tahu nilai duit lagi kot, but their papa cakap,

Papa will give you RM2 perday, means, abis puasa je dpt duit utk simpan. Okaylah…Bab sahur, memang senang. esp Ashraff, bangun, masuk bilik air,duduk kat meja, makan .

Sembahyang Terawikh? Ashraff pergi first nite je, pastu tak dah sbb papa dia cakap orang sebelah, lepas sembahyang tergelak-gelak tengok tengok Ashraff sembahyang makin makain lama makin ke belakang. Takpelah belajar slowly. Once a week je bawak kot

Insya’ Allah…