Buffet Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Dah seminggu dah event ni tapi baru nak citer… busy and dok berebut pc jer. Nak update pakai laptop, tak best sebab tak puas.Last week Sawanila.com dapat invitation untuk Food Preview kat  Carousel Café ,Palace Golden Horses. Dekat je dengan rumah, tapi tak pernah sampai sini. Tapi bila dapat jemputan ni harus takleh lepaskan peluang.

Sampai je sini, mata terus terpikat dengan makanan yang terhidang. but sabar…kena  amik gambar dulu.

Siap standby bawak ipad sebab nak suruh sikecik ni duduk diam. Ada few bloggers yang familiar untuk food review.

Kita layan gambar dulu…. Kurma, roti..

pelbagai jenis kek, tart, creafpuff.. semua cute. My kids love them so much. Mungkin sebab kecik-kecik kot

Yang ni takleh tahan ni, dari jauh lagi hati sudah tepikat, hidung sudah terhidu… nampaktu, all sort of ulam. Ulam ni lawan dia..ada sambal belacan, tempoyak yang sangat maveles sebab dari jauh boleh terbau, sambal belacan, budu, cencaluk, sambal mangga muda dan macam-macam lagi

Buah-buahan yang segar, dan serunding daging, Kalau orang kelantan dia panggil sambal daging

Kuih-kuih yang berwarna warni

Selain tu, ada jugak tersedia ala ala gerai/ warung kat luar. Macam -macam ada. Mee Kari, Mee Sup, Laksa Kedah, Laksa Johor , Murtabak, Roti John

Selain tu ada nasi beriani, Gerai ABC, ice cream

Kambing golek memang dah sinonim dah dengan bulan puasa, kat sini pun ada. You all kena makan kambing ni sebab sedap sangat. Daging dia lembut dan sangat juicy. Pekena plak dengan Min Sauce dia. Yang tak makan kambing, daging lembu ada jangan risau…tu kat sebelah dia.

Ha ni daging lembu, tapi takla lembu sekor hahah..Kalau tak salah nama menu Daging Bakar Al-Sayed. Lagi satu hidangan yang mesti makan, Seafood ni. Dah rasa macam kat tepi pantai sebab sangatlah fresh. Udang, tiram, kupang, kerang, ketam, sotong ,ikan, dan macam-macam lagi makanan laut yang di bakar dengan sos yang sangat sedap.Selain kat luar, ada lagi makana sebelah dalam, ada rendang , asam pedas, sambal udang, kerabu, ikan masin. Patin masak tempoyak pun ada tau..

Majlis preview hari tu juga dihadiri oleh tetamu Istimewa. Mereka adalah anak-anak yatim/miskin , Taman Baiduri. Nama pusat Jagaan tersebut ialah, Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri. Dorang ni daripada Dengkil.Semua ni dalam lingkungan umur 10-16 tahun. Baik budak-budak ni.

Oppps ni roti canai… kena makan ni..sedap , lembut. Nampak tu kat sebelah? Gulai Kawah babe. Mana nak dapat…Siap dengan tulang-tulang. Pekena dengan nasi beriyani syiook.. Kalau tak nak nasi boleh je cicah roti. Roti-roti yang tersedia sangat lembut.

Ni first round, Share dengan Rayyan…Yang kaler hijau tu Mint Sauce.

Tengok sikecik ni makan..kuss semangat. Makan banyak. Tengok Afriena tuh, dah takde muka budak,nampak Ayu plak berbaju putih, siap pakai hairclip sendiri..auuw.. And Ashraff  sungguh suka kalau buffet. Ulang-alik dok amik air. Yang dorang makan roti cicah soup, ice cream, cakes

Makan , makan jugak. Yang nak berbuka kat sini jangan risau ada surau yang tersedia . Dekat je dengan Cafe ni. Boleh tanya staff kat sini. Diorang sedia membantu.Lepas solat boleh sambung makan balik.

Rayyan kan peramah, dok hello hello dengan abang-abang kat sini. Dorang ni semua antara darjah 6 – Form 2. Ingat kan adik beradik tapi bukan. Sebab nampak sangat rapat.

The Ramadhan buffet is priced at  RM98++ for adult, RM68++ for senior citizen (60years above) and RM48++ for child (5 to 12 years old) . Free for one person for every four full paying guests (not applicapple with any other promotion). Carousel International Coffeehouse is a Halal-certified restaurant.

So sesapa yang makan buffet bolehla datang sini sambil beramal sebab a 3% of the total nett sales by end of Ramadhan Month from Carousel International Coffeehouse; will proceed to Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri.

Dan kepada sesiap yang menderma ke Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri ni, boleh lah menghubungi Encik Shukry di 019-653 9701 atau lawat http://www.raymtamanbaiduri.com/

Sekian…………

6 thoughts on “Buffet Ramadhan di Palace of the Golden Horses

  1. JUNAIDAH

    I had a night mare with service side.
    I have to standing at the counter almost 1hour to sattle the bill.at the end..i found the bill it still wrong..!
    I am so disappointed!!
    the cashier still need to be monitor with senior staff.
    too slow!those out there..BE CAREFULL..
    PLESE CHECK YOUR BILL BEFORE YU LEAVE!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.