Semalam kira paling jauh lah auting dgn Rayyan berdua saja. Selalu kat rumah je. Setakat Jusco.Tapi semalam ada event kat Pavilion yang memerlukan bawak baby so, kita bawaklah dia semalam. Dah lah dia bangun lambat, so nak memujuk dia, nak mandikan dia, nak masukkan dalam kereta, nak ikat pakaikan seat belt dia, last sekali dia diam. Upah dengan susu strawberi and ipad.
Muka masa baru sampai sangat baik
So, dengan berbekalkan ilmu yang tak sampai sehari bawak kereta baru, drive pergi ke opis kheirul dulu, pas kereta kat dia sebab dia kena amik budak kat Sekolah Agama, lunch and Sekolah Cina (rasakan ..settle anak masa transit – penat, I know sebab pukul 9 dia dah tido). Sampai Pavilion on time, pergi ke tempat kejadian, register, amik gambar (kerja blogger), interview sikit-sikit , pastu makan and minum, then bersosial dengan blogger lain, then shopping.
Heheheh since ada good offer, belilah few baju kat Rayyan. Cukuplah untuk Raya. Letih bawak Rayyan tau, masa pergi tu behavelah nak duduk atas stroller, bila nak balik tu, dia plak tolak stroller. penat-penat tak penat, masuk keter , makan, main ipad terus tido.
nak bawak barang sendiri
Event semalam nanti I update, Insya’ Allah soon ye.Tapi memang best outing berdua. Nanti kena cari time untuk outing dgn Ashraff and Afriena plak. Dorang dah mintak baju and kasut. Semalam tak beli pun kat dorang :(
Malas lah nak layan…Asyik ajak masuk Prada je. Tak mampu mama ooi…