Monthly Archives: May 2012

Plan and Ideas for school holiday

Next week dah nak cuti, so kenalah plan aktiviti kat rumah ni plak. Kena cari gak benda untuk di buat. Kang kalau takde aktiviti, mau dorang dok ngadap komputer or TV or Ipad. Kang puas mengadap, dorang gaduh. Pening tau jadi ref. Kang kalau bias , ada yang kata mama tak sayang dorang.

So tadi pagi citer ngan husband, apa nak buat ek nanti…

I kasi cadangan nak buat craft kat rumah. Mungkin ajar dorang melukis, ajar dorang colouring . Lepas  tu guna bahan lain macam glittters, water color, buat Collage. Saja nak expose dorang pada benda baru. Ajar cop buat ala ala batik syok gak kan. 2 jam sehari ok lah.

Selain dari tu ajak dorang main masak-masak. Ingat nak buat pizza, benda palig senang or maybe cupcake. Kalu pizza ada je bahan kat rumah. Cupcake tu kena pikir dulu. Bukan apa kalau sepah rumah pening nak kemas.

Tapi cadangan Kheirul lagi best….Dia suruh anak-anak dia cat rumah. what?????? Oh yang ni tak boleh lah papa. nanti dorang cat tah apa-apa.

This cuti, takde nak travel memana just balik kampung. Kat tempat QIraati Ashraff and Afriena ada buat camp, Yummy trail. Camp ni bebudak kena masak , tapi dorang tak amik pun sebab clash nak balik kampung. Maybe next time je,. Selain pada tu bawak dorang pi swimming je lah

So you all apa plan or or ideas masa cuti?

 

 

Monthly Groceries Shopping – mahalnya barang sekarang

Macam biasalah….one a month memang akan pergi buat groceries shopping. Kalau monthly shopping, memang banyaklah beli. Selalu beli barang untuk sebulan atau sebulan setengah. Banyaklah kena beli. beras, minyak masak,toieteries blabla, lauk pauk, Sayur for 2 weeks. So semalam pergilah ke Tesco. Jauh tu..ke Tesco Extra yang dulu Macro tu kan. Sebabnya tak nak ke TEsco Puchong sebab berserabut ramai orang. Rimas ngan bebudak lagi.I kalau buat groceries, tak suka serabut dengan budak, lebih suka pergi tak bawak budak. Ye lah sorang nak rebut tolak trolley, sorang nak amik tu, sorang nak amik ni…. Awal-awal dah pesan, kena behave. tak behave, buang dalam tong sampah…..hahah kejamkan.

Best gak Tesco Extra ni, tak ramai orang sangat, tempat tak sempit, orang yang membeli pun berhemah bukan jenis main patah-patahkan sayur petola or timun, or petik buah anggur satu-satu. Ada tau perangai camtu. Geram je.

So amik 2 trolley, satu trolley makanan, satu trolley bukan makanan. Ngambik banyaklah gak,Biasalah… anak ramai and I memang suka barang cukup lengkap kat rumah malas nak ke kedai.

2 orang kena tolak trolley. Lagi 2 orang dok dalam trolley.

Letak trolley kat tengah tempat kosong, suruh Ashraff jaga adik-adik dia, while amik sayur and papa dia amik lauk-lauk. Jangan risau still boleh nampak dorang, suruh dorang buat-buat bising. Kena cepat sebab nak balik masak lunch lagikan.

Antara sebab suka ke Tesco sebab banyak jenis rempah ratus dan herba, and cheaper.

Pastu ke tempat kegemaran bebudak, cheese, kat sini ada jual on bulk, hamik kau cheese sekampit ada jual incase buat bisnes kan. Kejap je dalam tu sbb takde ramai orang sangat or mungkin tempat dia luas, pastu membayarlah… 2 trolley kena 450?????? Mahalnya barang sekarang. Just imagine dulu 5 tahun dulu beli barang 2 trolley paling banyak pun RM250-300 now, RM450 tu pun takde beli formula milk ke apa ke sebab Rayyan tak minum formula milk tak macam Ashraff and Afriena. Satu tin susu pun masa tu dah RM35-37 (friso) but now susu tu dah RM42-45. Bezakan harga dia. Mamypoko dulu beli RM29.90-RM35, Now dah RM46, RM42 paling murah.  Cheese dulu satu pack RM6 now satu pack dah RM10, Bebudak ni kalau makan cheese dah macam makan nasi.And ikan??? Siakap dulu RM6 sekor pernah dapat beli siakap RM2.99 sekor, now kalau tak samapa RM12 sekor jangan harap. Ayam lagi lah. Dulu minyak masak mampu beli Sunflower oil but now minyak kelapa sawit je. Sib baik kat rumah ni bukan pengguna minyak tegar.Spaghetti dulu RM3.50 now almost RM5….

Pastu balik rumah kena mengemas barang..macam biasalah bagi tugas… Papanya kena siang ayam and ikan and pack kecik-kecik according to sekali masak punya saiz. And me , simpan barang-barang lain sambil masak.Whylah mahal sangat barang???? Tu pun beli sayur memurah je sbb nanti lagi 2 minggu ke Jusco cari sayur lagi.Macam tu routine setiap bulan.

Pukul 3.30 gaklah dapat makan nasi. Masak sayur sos tiram, Ikan Sardin and ayam goreng. Sempoi tapi sedap.

 

 

Revenge Season 1

Sapa tengok citer ni??? I tanya sebab I dah terjebak lah ni. Hari Isnin dan Selasa pukul 10.45mlm on Star World. Citer ni best tapi takdelah nak belajar step membalas dendam. Suka tengok jalan cerita, tengok Victoria yang lawa, tengok kehidupan orang kaya. Jalan cerita dia ada macam citer The Count Of Monte Cristo.

Cerita dia ni berkisar macam mana budak pempuan yang membesar kat JUvana sbb orang set up bapak dia. So dia bermentorkan orang jepun belajar menembak, self defence, belajar pkiso orang. Dari nama Amanda Clarke tukar ke Emily Thorne. Selain watak dia yang best and kadang-kadang menyampah sebab degil, I suka watak Nolan, mamat yang kaya raya tapi baik dgn Emily Thorne. Dia ni plak suka hack sana sini tapi penakut sebab dia ni ala anak-anak ikan gitu.

Saja je lah share kot-kot you tak tengok kan….