Monthly Archives: February 2012

Taska bedung budak – kejamnya

You all tengok tak yang taska bedung bayi yang ketat tuh? ada yang bedung sampai takleh bergerak , ada yang siap plaster mulut, eh teruk nye dorang ni. Taska jenis apa nih? Baca kat komen dorang kata, Taska kat Kota Masai. Kalau ye pun budak tu tak nak tidur atau nak kasi tidur lama tak payah la bedung ikat macam tu sekali. Buat dorang tertiarap ke, tak ke kes naya, macam mana dorang nak nafas. Yang plaster mulut tu kena? Eh gike ke pengasuh pengasuh ni semua? tengok muka budak-budak alahai sangat lah suci murni, sanggup dorang buat macam tu, macam takde belas kasihan, kasih sayang  langsung.

Hal macam ni lah yang buat I risau and takut nak bekerja walau ada offer. Takut nak tinggalkan anak-anak kat Taska. Takut dorang layan anak-anak I macam ni. Takut kot kot nanti anak nangis sikit dorang marah ke, ikat ke, kurung ke? Sampai hatikan dorang dorang layan budak budak yang tak tahu apa-apa macam ni. Cuba nanti bila dorang tua, dorang dilayan macam ni.

Mungkin pada dorang menyenangkan kerja dorang tapi hakikatnya, benda macam ni boleh beri kesan negatif pada budak-budak ni, mungkin akan ada trauma, takut nak berkomunikasi atau mungkin mewujudkan sifat ganas dalam diri mereka.Tu belum lagi yang kasi budak minum susu, sendal dgn bantal… Yang ni bukan setakat pengasuh je, mak bapak pun ada. Selamba badak je, tolak stroller, kasi anak minum susu sendal dengan bantal…

Yang nak tengok video tu boleh la ke sini, I tak nak letak kat blop sebab nampak kejam sangat.Semoga pihak Taska ni akan diambil tindakan, sita terus pusat asuhan dia. I rasa pengusaha Taska atut dan mesti ada CCTV, supaya senang nak tengok atau pantau kejadian seperti ini mana tau pekerja -pekerja yang saja nak perdajalkan dorang ke kan.

Latihan solat untuk anak-anak

Selamat hari Isnin semua. Hari  sajalah nak share tentang solat. Bukan nak ajar solat tapi just nak kongsi cerita macam mana me and Kheirul ajak anak bersolat. You all kalau ada tips boleh lah jugak share share kat sini.I am sure ramai yang carik info pasal nak ajak anak solat. Maklumlah kita ni bukan perfect sangat. Ashraff and Afriena dah start solat sekarang, Semua start umur 7 tahun. Dorang solat pun cukup cukup lagi, sah sah solat zuhur dan Asar tak buat sbb dorang sekolah. Next year bila Ashraff dan 9 tahun kenalah tegas lebih sikit and I rasa and mintak-mintak takde masalah dah kot sebab dia dah sekolah pagi, and petang sekolah agama.

Sekarang kalau dah azan esp azan Maghrib, Ashraff akan mengerahkan adik-adik dia pergi solat. Semua terkedek-kedek amik sejadah untuk sembahyang. Kalu Kheirul balik lambat, dorang semua akan ikut I solat, ye I yang jadi imam, dorang ikut belakang. Since Ashraff dah belajar solat kat sekolah agama dan juga kat sekolah cina.. so dia dah tahu bacaan.Sekarang dia sembahyang, dia dah baca kuat-kuat dah. Cuma yang geram kadang-kadang tu bercakap masa sembahyang. Dah cakap berapa kali, jangan cakap masa sembahyang sbb masa sembahyang kita bercakap dgn Allah. So no interruption please.

Kalau Kheirul ada boys sembahyang sama and me plak dengan Afriena. Ginilah nasib rumah kecik nak solat berjemaah pun tak muat. Tapi apa-apa pun jangan jadikan alasan tak nak solat and takleh ajar anak sembahyang.Ajak anak bersolat tapi jangan paksa, nanti hilang minat dorang. Make sure setiap orang ada sejadah and kain sembahyang sendiri baru ada minat. You all plak macam mana ye bila ajak anak bersolat?

ANW, I respect kat mak bapak yang ajar anak bersolat seumur 3 -4 tahun. Now tengah train ustaz kecil untuk bersolat. Dia bangun tidur je amik sejadah , amik kopiah konon nak sembahyang tapi dengan seluar pendek ke sayang???

Rayyan memang akan ikut orang solat bila dia nampak orang hampar sejadah. Tak kisahlah time dia dok makan ke apa, dia solat kejap pergi makan pastu sambung solat…Orang habis solat dia pun habis siap kemas sejadah sendiri…

 

tu je lah sekadar berkongsi pengalaman bukan untuk menunjuk-nunjuk ye… Kalau you all ada tips macam mana nak ajar anak solat, boleh lah share..Now, tengah ajar Ashraff iqamat.

Setiap kali solat,

  • explain kat anak nak sembahyang apa, subuh ke, zuhur ke, maghrib ke
  • ajar cara niat
  • cakap berapa rakaat, berapa rukuk and sujud
  • baca kuat sikit supaya anak boleh ikut
  • baca surah yang pendek supaya anak tak bosan dan anak senang nak ikut