Yearly Archives: 2011

Antara benda paling menyampah bila driving

Panjat seh the title. Dah lama dah nak luahkan perasaan nih. Sejak bawak keter cinonetkan lagile tensen. Maybe you all pun mengalami benda sama.

Antara benda paling menyampah bila driving

  1. Mangkuk yang suka horn suruh orang jalan padahal ada lori besar dok terhegeh-hegeh nak belok. NGenglah.. takkan nak jalan, tu jalan ke kubur namanya
  2. Kereta yang tak reti sabar, potong lane ikut kiri. Yang ni takde adab namanya
  3. Driver yang suka masuk lane salah, time kat simpanglah selalunye, ORang nak kekiri tapi dia blok. Wah… kalau wa naik motor dah lama wa ketuk cermin, cakap tumpang lalu sikit :)
  4. Kasi signal ke kiri tapi di masuk kanan
  5. Kereta besar yang suka main masuk jer junction tanpa kira orang kiri atau kanan
  6. Motor yang bawak slow tapi dok tengah-tengah jalan so kereta takleh ke kiri atau ke kanan
  7. Bawak kereta slow giler padahala takde menda pun kat depan. Beromen ker??
  8. Reverse kat tengah highway …

Banyak lagi kot,

Project SKII

Nama Project SKII bunyi macam best.Nama project ni pun inspired by SKII gak. It was my friend yang dok tanya pasal SKII. Since we all dah masuk era umur 30 tahun lebih-lebih, kiterang adalah terpikir nak pakai SKII. Like me dah lama dah nak pakai tapi masih mencari review dari kengkawan. Ada tak you all di luar sana yang pakai SKII? I nak pakai Essense dia jer.

Apa? housewife? Takkan le housewife tak layak pakai SKII kan. I menabung le. Napalah masa I kerja kuat dulu takde bersungguh nak beli SKII? Maybe was too busy dengan kerja kot. Back to the project actually ada plan nak buat gathering. Since dah lebih 15 tahun tak jumpa kot. Contact pun pakai FB jer. Tapi kena tunggu my friend habis pantang dulu.

Teringat masa sekolah dulu, Me ada group. 2 group I join ok. Satu group gangster satu group study heheheh. Tapi yang best group gangster lah, sbb bolesh protes bagai. Tak puas hati je, protes. Sampai warden asrama pun anti ngan gang kiterang. Gang kiterang ni semua team handball. Kire powerlah sebab kalau kiterang masuk tournament jer, confirm sampai state. Berlagak gitu. Dalam warden dok anti, result still bagus ok. Better than others.

Geng, bila nak buat gathering nih? Kita namakan dia project SKII. Gathering tak payah bawak anak ker? Alamak aku kena bawaklah, kalau tak meraung baby nak susu. Maklumlah dia reject semua jenis susu and botol.

Resepi: Pengat Pisang Bersagu

Dah lama rasanya tak makan pengat pisang. Hari tuh Kheirul pergi pasar dia beli pisang Abu untuk buat pengat pisang. Ni kirakan favorite Ashraff and off course me. Dia makan bertambah. Dahlah bertambah setiap kali me or Kheirul makan, dia pun join. Afriena tak berapa sangat. Kalau kek ke, roti ke dia jalanlah.

I rasa I tak pernah share lagi resepi pengat pisang ni kot. Kalai ni I letak sagu supaya kuah dia rasa pekat and berisi sikit.

INGREDENT

  • Sesikat pisang abu dalam 10 biji, buang kulit belah dua
  • santan sekotak
  • gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
  • 1/2 mangkuk sagu
  • secubit garam
  • daun pandan simpul

METHOD

  • Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan dan gula melaka
  • Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
  • Kacau santan jangan sampai santan mendidih
  • selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
  • Masak sehingga sagu nampak jernih
  • Sedia untuk dihidangkan