Yearly Archives: 2011

Buah Cinta

Hari tu….my brother  balik kampung lalu Cameron Highland, so dia beli buah ni…

So I tanya, ni buah apa ni, buah cintakan, bini dia…haiya..nolah it’s passion fruit. I balas, haiya, rupanya selama ni , inilah passion fruit. Orang Cameron Highlan panggil Buah cinta. I pernah beli masa pi Cameron 3 tahun lepas, dia kata buah cinta. Tanya makan camna, dia kata kopek kulit, makan cam biasa. tak sedap. Bila dah tahu inilah rupanya passion fruit, apa lagi buat juice la. Ni kalau beli lagi nak buat pavlova sedap gak.

Passion fruit ni ada banyak rupa sebenarnya…

Kalau dah malas masak.

Last Thursday…memang giler takde mood nak masak dah. memang malas nak masak sebab dah takde apa pun dalam fridge. cuma ada ayam je. Dah tak larat nak makan ayam. So suami yang baik hati terus ajak makan luar. Dia balik je, terus drive ke sekolah Ashraff, amik dia then ke Jusco Chera Selatan. Makan Johnny’s. Dah lama tak makan kat sini sebab mengenangkan takut Rayyan pegang periuk panas. This time pergi, dia ok plak. Sampai amik seat order, while waiting boleh solat dulu. Makan cam biasa tak banyak mana order, nasi, sayur and makan steamboat. Benda yang mesti ada ialah kepala ikan, fish noodle dan suhun. Yang lain tu sapa nak order. Pastu satu lagi, steam chicken with vegie. yummy

tengoklah rupa Rayyan yang enjoy makan nasi with sup….. Lepas makan, kiterang pergi beli barang dapur kat Jusco tu jugak. hehehe takleh cari alasan tak nak masak ok…

Makan kenduri adik Sumijelly

Ni Sabtu lepas ni bersamaan 10/9, ada jemputan kenduri dari Sumijelly sempena perkahwianan adik dia, Cik Norpa. So macam biasalah, hari Sabtu bangun bermalasan buat sandwich  for breakfast then baru siap-siap. Keluar pun dah lambat dalam pukul 12. Jalan jam tak payah citer. Tak paham betul KL ni. Oh ya, masa bangun pagi tuh, my brother dah SMS, yang bini dia masuk spital. So after kenduri lah ke hospital.

Dah siap-siap, terus ke kampung siSumi ni, sampai je melulai cari parking jap. nasib baik bawak keter kecik senang nak mencelah parking. Then terus call Sumi. “akak dah sampai ni….”. Sampai je cari tempat duduk, ramai orang time ni peak hour. last sekali dapat seat kat hujung sana. I like. Amik makanan semua. I suap je budak 3 orang tuh. Yang bersungguh makan Rayyanlah. Abang ngan kakak dia, biasalah kalau makan nasikan… nampak kerepek terus tak nak nasi. abis 2 belas kerepek. Lepas kerepek makan bubur pulut hitam, memang favourite dorang so makan je lah nak.

Masa tengah makan cik Amy pun sampai, heheh dari jauh dia tersenyum. hehehe bila dah dekat baru I tegur sebab silau lah tak nampak, nampak Ika je. Pastu lepak kejap lagi, Kak Red pulak sampai. So, makan-makan, pastu bergambar dengan pengantin plak.

Ni dah nak balik ni.. harus takleh tunggu lama sebab nanti Rayyan buat kenduri tu macam kenduri dia. BTW, Thank you Sumi for the invitation. To Cik Norpa Selamat pengantin Baru ye