Sup tulang merah, lamb shank plak

Tak habis lagi penangan sup tulang merah. kali ni buat lagi.Pakai lamb shank. Lamb shank ni beli kat tesco yang beku je. Beli 3 ketul masak 2 ketul seketul lagi boleh masak lain plak. Daging lamb shank ni tak liat, tender kena plak dengan kuah sup ni sedap. Hari tu I tak letak resepi kan, now I letak.

INGREDIENT

  • 2 ketul lamb shank – rebus dengan air , serai dan halia sampai empuk
  • air rebusan tulang
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 senduk bawang merah yang dah di kisar
  • 1 sudu bawang putih yang dah di kisar
  • 1 sudu halia yang dah dikisar
  • 1 senduk tomato puri
  • 1 mangkuk tomato sos
  • 1 mangkuk cili sos
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu rempah bonestick – ni kena cari kat  Singapore
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 senduk bawang goreng
METHOD
  • Tumis bawang, halia dan cili sampai naik bau
  • masukkan tomato puri, kacau
  • masukkan air rebusan tulang, kacau
  • bila dah mendidih masukkan tomato sos, cili sos dan kicap, rempah
  • kacau hingga rata dan masukkan tulang dikuti bawang goreng
  • Rasakan garam dan gula
  • sedia untuk dihidangkan (tabur dengan daun kubis)
Bolehlah you all try. For me memang sedap. ada rasa masam tomato, manis kicap. Now rasa macam tak yah pergi jauh-jauh masak sendiri je. hehehe boleh bukak restoran dah ni (mode:berangan).

 

15 thoughts on “Sup tulang merah, lamb shank plak

  1. bijou

    yati, kalau takda rempah tu, nak buat rempah home madenya mcm mana? jauh sgt nak dpn, mengidam dh lama ni sbb dh jarang balik s’pore

    Reply
  2. Papa-NtiQ

    hi YATIE…eh eh cakap pasal sup tulang merah nih….saya baru jer upload pics kat blog saya SEMALAM pasal makan sup tulang merah kat Singapore Beach Road Gardens. Sedapppp. Sup tulang merah nih femes di Singapore dan JB jer. Negeri2 lain tak sangat.
    Nanti jenguk yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan jer 100% tak der topik lain hehe kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la orang JB tapi restoren2 kat negeri lain pun ada bila kebetulan saya bercuti jalan2 sana.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.