Monthly Archives: June 2011

Makan dan makan lagi. @ Chili’s Bangsar

Ni Sabtu lepas punya story, baru dapar gambar. Masing-masing Sabtu bangun lambat (tidur balik selepas solat subuh), so perut lapar. Bila tanya nak makan apa, semua jawapan tak sehati sejiwa. Sorang nak makan pizza, sorang nak makan burger, sorang nak makan steak, sorang lagi tak tau nak makan apa. Actually I senang je, Kalau boleh I nak makan nasi dengan gulai kawah and ada budu. So, pikir punya pikir, Chilis la jawabnya. Terus shoot ke BSC. Dah lama tak ke sana. Dah banyak berubah. So sampai je kiterang order …

Ni Kheirul punya menu – LAMB SHOULDER*Grilled lamb shoulder with Chili’s special marinade. Served with mashed potatoes with black pepper gravy, seasonal veggies & garlic toast. Lamb dia sedap. juicy and tak liat.

Yang ni I punya – BIG MOUTH® BITES*Four savory mini beef burgers topped with beef bacon, cheese, sautéed onions and Ranch dressing on sesame seed buns. Served with crispy onion strings and jalapeño ranch dressing.

Ingatkan burger dia, kecik cute cute, rupanya besar gak. Kheirul yang kena tolong abiskan sebab I ada mash potato lagi share dengan Rayyan. Patties dia sedap cuma bab roti dia macam dry.

Mashed Potato yang disukai ramai. Semua makan sebab semua suka. Esp Rayyan and Ashraff

Ashraff all time favourite. Dia makan sorang habis. While Afriena,dia order macaroni n’ cheese. Sepinggan dia sorang makan n licin takde sebiji macaroni pun tinggal. Me and Kheirul minum Ice lemon Tea, Afriena Grape, Ashraff Apple juice. Semua free flow. And Rayyan minum air suam je… Lepas makan , kiterang tak order pun dessert sebab dah ada plan lain. Red Velvet cake beli kat kedai sebelah. Sedap giler RVC dia, lembut, moist and tak dry. Cream dia pun tak manis. Kids plak amik Creampuff. Lepas tu kiterang ke Maluri plak. :)

 

 

Hide n’ Seek

Pernah tak you all masa kekecik dulu main hide n’ seek? Atau dengan kata lain main sorok-sorok atau dalam bahasa kelantan main nnusuk. Dulu masa kekcik dulu I suka la main game ni. Main dengan anak-anak jiran. Selalu lepas asar gitu baru start main. Dalam pukul 5 kot sebab pukul 4.30 selalu ada citer kartun Transformer ,G.I Joe and citer Spiderman and friends. Kalau main sorok-sorok, port main sembunyi pelik-pelik. Ada yang sembunyi dalam jamban la, sembunyi atas pokok, sembunyi dalam semak, sembunyi dalam tong drum pun ada. Siap main tukar baju pun ada sbb bila tukar baju, yang tukang cari tersalah sebut nama, then dia kena stay jadikan.

Tapi dekat nak senja gitu, kena stop sebab orang – orang tua cakap nanti kena sorok ngan hantu kopek. hahahaha tapi sebenarnya betul gak, cuma bukan hantu kopek lah, kena sorok ngan jin. I sebenarnya nak citer pasal my kids. Dorang main Hide n’ Seek semalam.

As far as I remember, I belum ajar lagi main Hide n’ Seek. Tapi semalam budak bertiga ni main. Kelakar sebab yang tukang cari is Ashraff, siap kira sampai 50 ok. Lama tuh nak nak menyorok. Yang paling kelakar, Rayyan yang tak tahu apa, dorang suruh sembunyi, dia main sembunyi kat belakang abang dia je. Yang Afriena lagi best, datang tanya abang dia, nak sembunyi kat mana. Abang dia cakap sembunyi dalam bilik.

Boleh gitu. agaknya dorang tak paham konsep lagi ni or mungkin takde tempat nak sembunyi kot… Kids…

They always make me smile and ANGRY, like an Angry Bird.:)