Monthly Archives: April 2011

Sepagian di Mid Valley

I rasa weekend lepas banyak pulak keluar. Jumaat malam pergi IKEA sebab nak cari sofabed. Pergi Jumaat malam bukan apa nak mengejar delivery schedule hari Sabtu. Management kat sini ketat. Move/load in/out takleh on after 1pm Saturday. Only working ours. So kena berIKEA hari Jumaat. Best plak berIKEA Jumaat malam sebab orang tak ramai. Then Sabtu pun keluar for breakie. On Sunday best sebab dapat ke MV. Kul 10 dah sampai.Parking pun dapat depan pintu.Tujuannya adalah untuk bersarapan kat McD. Actually kat rumah adapun Mc D, tapi MV memenuhi syarat untuk berjalan hari tu. Ada McD Breakfast, Ada Jusco Supermarket and ada counter tempat memain budak. Dengan sakit-sakit belakang (ke pinggang) pergi gak berjalan hehe .Lepas makan, round dalam Harvey Norman tengok-tengok je.. pastu berpecah pada 2 team team 1, Kheirul + Ashraff+ Afriena, Team 2,Me + Rayyan. Team 1 pergi main game dlm Jusco.Activity wajib dorang.Team 2 pergi SKII counter kat JJ. SKII counter JJ  punya SA tak friendly buat dekkk je mentanglah aku pakai jeans koyak, kemeja lusuh and selipar adidas buruk je… Tapi selamba gua tanya… tapi takde stock. So I ke Metrojaya, SA dia very friendly. Memang takde stock, so dia amik no telefon, nanti dia call katanya by next month masuk balik. Ingat nak menapak ke The Gardens, malaslah sebab pinggang menyengat, mana nak tolak stroller lagi. So jenjalan dalam Watson cari barang keperluan then naik atas jumpa Team 1.

anak ke bapak yang bersungguh main nih

Kan dah merajuk :(

Habis perabiskan duit kat game tu kiterang pi shopping barang dapur kat bawah.

apasal orang belakang garu kepala ek?

Ada previlage day, so sambarlah nappy untuk Rayyan 2 pack Huggies Ultra, selalu harga biasa RM54, tapi hari tuh dapat RM36.90, potong lagi 5% kot, dapat RM35. Untung dah. Rayyan dah tak pakai cloth diaper, sebab dia pandai bukak kang berterabur. Habis je shopping, pergi Subang makan Rojak , minum Cendol. sedap gilerrr…..

Amacam weekend you all?

p/s: Dalam dok lama dalam kereta hari tuh, kiterang dapat idea baik punya…. nantilah dikabarkan :)

 

Sakit lama datang balik

Rasanye macam dah lama tak diserang sakit ni. Sakit belakang , akibat dari slip disc.  Since I minum monavie, sakit nye dah takde tapi last Saturday tetiba sakit. Sakit teramat sampai nak tunduk nak cuci muka, basuh pinggan pun tak boleh. Apa lagi nak dukung baby. So 2 hari ni, basuh pinggan terpaksa di sub kepada Kheirul. I memang dah lama ada sakit ni, tapi macam dah sembuh.

I suspected sebab mengetest konon nak bukak sofa jadi bed, sebab Kheirul ajar macam mana nak buka sofabed.1 jam lepas try angkat, baru terasa sakit.Now, tak boleh duduk lama esp dalam kereta. Kena baring je. Baring pun kena atas tilam special kalau tak better baring atas lantai.I rasa mungkin juga sebab dukung baby yang dah berat ni.Looks like cannot travel by car jejauh ni. Nasib baik dah tak kerja opis kalau tak lagi serius.

angkat budak ni kot sakit belakang :)

Tengah dok pikir nak kena pi fisioterapi ke tak nih….adeh . Nak swimming malas lagipun asyik hujan. Swimming helps me a lot with back pain.Aduh sakitnye…Tapi dalam sakit belakang sempat ke mid valley carik SKII, tapi malangnya, yang I nak dah abis stok. So kena tunggu next month

Aku seperti beruang panda

Adehhhh sakit nye kepala. Eh pening kepala sebab tak cukup tidur. Bangun pukul 4 pagi lagi sebab Rayyan merengek je.Jarang sangat Rayyan merengek tengah malam. Now badan dia ada panas sikit. Demam la tu tak cukup tidur. Mama dia lagilah, kalau tak cukup tidur, mula lah bangun pagi kepala pusing, belakang sakit and mata dah macam beruang panda. Tak tahu apasal Rayyan ni merengek. Nak kata lapar, asyik isap susu je, cuma makan tak berapa sangat semalam. Banyak keluarkan balik.

Tadi pagi Ashraff tanya kenapa baby nangis? I cakap le baby tak sihat then dia cakap semalam masa tengah tidur ,dia dengar baby nangis, pastu dia pergi check. Dia kata mama pun tak tidur. Macam manalah mama nak tidur nak oi, kalau anak dok nangis. Nak sembahyang pun dok meraung.Dia tak nak dengan sesapa pun. Risau gak sebab semacam je nangis takut sebab manusia pelik yang I nampak that day ke? Sorang pempuan India yang dok tenung je I masa keluar lift and masa kat nak maghrib, dia lalu depan rumah. Tah ;ah tak tau sapa dia, according to my neighbour depan rumah kata tak familiar. I pun tak tahulah tak nak menuduh just kena berwaspada sebab budak kecik ni selalu nampak apa yang kita tak nampak kan. I just mintak-mintak dia tu jiran baru la. Kat my level ni, kiterang kenal antara satu sama lain, and I pun dok selalu sembang dgn jiran depan rumah. both chinese. sukalah lepak dengan dorang dok citer pasal anak-anak. Best thing no gosip bab bab ngumpat ok.

Since Ashraff paham mama dia macam pening-oening lalat, beg sekolah pun dia tarik dedua, takde banyak karenah, breakfast dia, air dia semua dia amik sendiri letak dalam beg. Yang kelakar tadi dlaam kereta , dia dok bising suruh hon kereta yang macma pengecut nak keluar junction. heh tak paham betul orang laki yang takut nak keluar junction.Ada ke dia nak tunggu sampai clear takde kereta langsung. Kalau pempuan macam dah lama jantan-jantan dok hon kan?

Now I kena logg out sebab nak pikir nak maska apa plak for lunch, err can we just opt to Mc D?