Nama sagu berendam? pepandai jer suami tersayang buat tajuk…. Tapi boleh lah. Ni yang buat aku terpikir-pikir pasal badak berendam. Sagu berendam juga dikenali puding sagu gula melaka. Nak buek nih? sonang jor. Bagi yang kerja tu, balik opis sampai rumah pun boleh buat. Ni kira, the simplest desert ever.
INGREDIENT
- secawan sagu putih, nak yang ada kaler pun ok tapi I suka yang putih
- air gula melaka
- Santan
- garam secukup rasa
- Air secukupnya
METHOD
- Cuci sagu bersih, agak hilang air putih tuh
- Didihkan air, selepas itu masukkan sagu
- Bila sagu nampak dah jernih, masaklah tuh
- Bila masak, isi dalam acuan dan diikuti dengan air gula melaka
- simpan dalam peti sejuk
- Untuk kuah, Masak santan dengan daun pandan dan garam hingga mendidih tapi jangan pecah minyak
- Cara hidang, letak sagu dalam mangku/piring, dan tuang santan pekat.
Note: air gula melaka boleh dituang masa nak maka, tapi kalau air gula melaka dituang kedalam sagu yang masih lembik dah panas, rasa dia lagi sedap. Kalau tak cukup manis baru tambah masa nak makan.Boleh tambah ais jugak.Masak sagu dengan yang air yang cukup. Jangan kurang air sebab kalau sagu keras tak syok.
**Rasa dia macam cair dalam tiup esfaragus.Karang nak buat lagi
mmg syiok habis! The best in the world lah!
rayyan suka sgt