Lagi Mini Vanila Custard Cream Puff.. saja nak thanks to all yang order. BTW, ada yang bertanya boleh ker I hantar ke doorstep? hihi susah sikit.untuk senang kerja jumpa kat Meeting point then pass jer.
Monthly Archives: July 2010
Bini suka berleter???
Entry untuk si suami….Adakah bini anda suka membebel atau berleter??? Mesti sakit telinga kalau bini dok berleterkan… I tak tau I ni golongan yang suka berleter ke tak tapi yang I perasan kalau I marah most of the time I diam jer. So husband akan taulah tu… kalau diam tengah marah latu. Bukan diam maknanya setuju kata orang tua.
Okaylah ni saja nak share tips nak elakkan dari bini anda semua berleter… I baca dalam berita harian. so sumbernya adalah dari berita harian.
7 Tip elak leteran isteri
1. Pendekatan diplomatik
Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.
2. Beri penjelasan
Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.
3. Jangan main api
Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.
4. Renung diri
Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.
5. Bantu isteri
Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?
6. Duduk berbincang
Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.
7. Hangatkan kembali hubungan
Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.
Daging Bakar cicah Air Asam
Apalah nak masak hari nih…. itulah yang I pikir everyday everytime nak masak. Masak lunch no problem sebab both kids memang simple. Sandwich, pastaoglio or noodle soup…. dorang jalan je. Kalau masak nasi memang tak laku.Tapi malam might be banyak fikiran sikit sebab yang makan adalah suami. Mestilah masak something yang sedapkan?? yelah penat balik kerja kena hidangkan something yang yummy
So you go… I buat daging bakar cicah air asam. Fuuhhh sedap gilos…. I guna daging steak yang very tender. nak resepi gak ker??
INGREDIENT
- Daging steak – perap dengan garam kunyit for 2-4 hours
- Segenggam asam jawa
- semangkuk air suam
- sebiji bawang merah didadu
- 1/2 biji bawang putih didadu
- sebiji tomato didadu
- 1 inci beilacan dibakar
- 4 biji cili padi dihiris
- garam dan gula secukup rasa
METHOD
- Bakar daging atas ceper selama 5 minit, pastikan daging tidak terlalu kering
- bila daging masak, hiris nipis
- untuk air asam, asam jawa digaul dengan air
- campurkan semua bahan dan rasakan dengan garam dan gula
- sedia dihidangkan.
Note; kalau tak suka daging boleh ganti dengan ayam,ataupun makanan laut