Monthly Archives: April 2010

Mahu tapi……….

Kalau nak dikirakan sekarang dah nak masuk bulan kelapan I jadi surirumah tangga yang berjaya dan penat. Tiba-tiba hati ni terasa nak kembali berkarier. Yelah… dulu cukup bulan, dapat duit. Takdelah banyak tapi setakat nak berjoli, bayar duit kereta , simpan and shopping yang almost setiap hari (cuma tak di blogkan jer), tolong mak bapak. rindu pulak perasaan itu. Bukan nak cakap sekarang cukup bulan tak dapat gaji tapi cukup-cukup je lah. keperluan shopping dah dikurangkan. Alhamdulillah selagi kereta berbayar, cukup makan and pakai. Terima kasih suamiku sebab surirumah pun dapat gaji. Tapi gaji takde potong KWSP and income tax.

Tapi bila dah kerja sapa nak uruskan anak-anak? Dulu masa nak berenti, company nak counter offer pun I tak nak. Siap cakap, u offer I 10K pun I tak nak. berlagak … hahah sebab I nak jaga anak and in the mood of pregnancy masa tuh. Now, kalau dapat offer mana nak letak-letak anak-anak? Ashraff will be going to Standard 1 next year. sure busy dia sbb sek agama lagi, sekolah biasa lagi. Afriena Kindy and yang paling penting sapa nak jaga Rayyan yang cute tuh?

Maid? We’re no longer trust maid esp indon. BTW, Maid Siam ok tak? But having maid staying with us kat rumah macam privacy kena rampas plak. Hantar nursery? Hish banyak na kes dera-mendera budak nih. Pastu kat nursery bersihke cara dorang sediakan makanan? selamat ker, Ha I baru baca berita pasal baby umur 9 bulan mati tercekik fishball??? bengong , pesal nursery tu boleh kasi baby mkn fishball?

So, hasrat nak bekerja tu berkubur jelah. Kalau I nak jugak kerja and ada duit sendiri kena lah work from home. Any idea apa kerja boleh buat?

They are more important than money..anak-anak

 

Minum Air semasa pantang

Ha.. ni nak cerita pasal minum air. Orang dulu-dulu, kalau masa pantang mesti tak kasi minum air. Kalau kasi pun minum sikit jer. Dorang cakap kalau minum banyak air, perut kembanglah, urat kembanglah, sakit uratlah… apeda.

For me tu semua tak masuk akal. sorry to saylah kot kot ada yang tak minum air masa pantang. Everytime masuk hospital or monthly check -up , mesti doctor, nurse or hospital attendant dok pesan, Yati, minum air banyak ye. no such thing nanti perut kembang ke apa.Air tu penting sebab kalau tak minum air macam nak nak produce susu.MAcam mana nak cepat sembuh.

Sebab musabab pentingnye kita minum air masak dalam pantang ialah:

  1. Supaya badan kita dapat buang segala toksik dalam badan
  2. Membantu proses penghadaman
  3. membantu mengelakkan sembelit
  4. membantu menurunkan berat badan dengan cepat
  5. menambahkan kuantiti susu dalam badan
  6. membantu mempercepatkan penyembuhan luka

lain-lain tu you all cari le sendiri.. tapi minum air tu berpada-pada ler. jangan pulak minum air berais or air berkarbonat. Minum air suam.

Pada yang menyusu badan, memang le memerlukan air yang banyak sebab, bila anak isap susu je, terus sepantas kilat terasa dahaga…

Rock the baby

Ni bukan nak suruh baby jadi rock tapi rock the baby. Nak citerlah pasal Rayyan yang sekarang sedang dilatih duduk/tidur dalam carrier dia. Bukan apa senang untuk travel nanti.Nak suruh dia get used dulu

Ni masa lunch outing , Abang and Kakak dia nak makan McD and sikecik ni pun sibuk nak lunch jugak. kena BF dia dalam McD gak

We finally bought the infant carrier and the 3 wheel stroller. Hari tu pergi survey stroller kat baby cottage kan dah tengok quinny buzz and quinny zap. finally decided beli Quinny Zap and baby carrier. At first tak nak beli the carrier sbb dah ada car seat tapi pikir punya pikir, belilah jugak sebab senang nak angkut budak kecik tuh. Letak jer dalam carrier and stroll around. Comfy sikit dia sebab, kiterang banyak traveling nanti.This travel set, kiterang beli kat Baby Jaya kat Damansara Uptown.

For now, kat rumah Rayyan akan spend masa dalam carrier for about an hour. Letak dalam tu, rock sikit-sikit tidurlah dia.

and tukang ayun adik is Abang dia.

Tu penat la tuh….. tengah buat homework pun boleh tidur.