Minum Air semasa pantang

Ha.. ni nak cerita pasal minum air. Orang dulu-dulu, kalau masa pantang mesti tak kasi minum air. Kalau kasi pun minum sikit jer. Dorang cakap kalau minum banyak air, perut kembanglah, urat kembanglah, sakit uratlah… apeda.

For me tu semua tak masuk akal. sorry to saylah kot kot ada yang tak minum air masa pantang. Everytime masuk hospital or monthly check -up , mesti doctor, nurse or hospital attendant dok pesan, Yati, minum air banyak ye. no such thing nanti perut kembang ke apa.Air tu penting sebab kalau tak minum air macam nak nak produce susu.MAcam mana nak cepat sembuh.

Sebab musabab pentingnye kita minum air masak dalam pantang ialah:

  1. Supaya badan kita dapat buang segala toksik dalam badan
  2. Membantu proses penghadaman
  3. membantu mengelakkan sembelit
  4. membantu menurunkan berat badan dengan cepat
  5. menambahkan kuantiti susu dalam badan
  6. membantu mempercepatkan penyembuhan luka

lain-lain tu you all cari le sendiri.. tapi minum air tu berpada-pada ler. jangan pulak minum air berais or air berkarbonat. Minum air suam.

Pada yang menyusu badan, memang le memerlukan air yang banyak sebab, bila anak isap susu je, terus sepantas kilat terasa dahaga…

4 thoughts on “Minum Air semasa pantang

  1. baby102

    Hi there,
    I sgt2 setuju dgn u. I masa dlm pantang pun minum air suam byk especially baru lepas bfeed kan, rasa haus sgt. My mom mmg suruh minum air byk, just dia marah kalau i teguk air sekali gus byk sekali, dia suruh i minum pelan2.

    Reply
    1. yatie

      betul tuh.. kalau i tak leh minum air alamatnye sembelit and off course tekak kering semacam jer.
      mlm pun siap standby air tepi katil senang masa BF boleh minum

      Reply
  2. m@ri@

    betui2..dlu time maria pantang pn mak mertua tak bg minum air byk..sib baik husband fhm..die tlg menyelinap masuk 1 botol air tiap2 hari masuk bilik..hehe..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.