Monthly Archives: March 2010

38 weeks pregnant

I am now 38 weeks pregnant. Doktor cakap should be anytime sebab kepala pun dah turun. Tapi kenapa baby tak ak keluar lagi? I dah tak larat dah. kalau kemas rumah tu ala kadar jer as long as rumah tak berhabuk. Kalau masak pun ala kadar jer. satu lauk, satu sayur. Then later Kheirul tolong buatkan telur dadar ker kalau nak additional. Nasib baiklah lepas makan dia siap cuci pinggan mangkuk and lap meja. Thanks husband. Frankly, nak berdiri lama pun dah tak larat. Tapi kalau suruh pergi swimming 2-3 lap ok lagi :) . Dah berapa hari tak pergi swimming sebab asal petang jer hujan. Asal hujan jer petang. Kesian Ashraff and Afriena.

Persiapan baby dah 95% siap. semalam Kheirul dah siap pasangkan baby cot sambil dibantu oleh Ashraff. Biasalah Ashraff mesti dia nak nengok skru tu letak kat mana, tolong paskan barang, tolong ktip skru.

FYI, Budak 2 orang tuh especially, Ashraff taknak kasi I masuk hospital sebab takut nanti mama dia ada blood. hahah. Hari tuh masa kaki I berdarah kena pintu dia boleh siap nangis lagi. For now, I’m still suap dorang makan. Yelah nanti dah bersalin takleh nak buat camtu.Feel suap anak makan nih macam lain sikitlah…lagipun senang cuci satupinggan jer.

At the moment, tanda-tanda nak bersalin tu dah ada tapi baby tak nak jugak keluar.

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan – everyday rasa
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing – yang ni kerap sangat dah tak larat
  • sakit perut, memulas – memang selalu rasa
  • kerap buang air besar – satu hari sampai 3-4 kali
  • kerap terkentut – takde pulak
  • sakit belakang -yang nilah yang siksa sikit

Actually, macam tak sabar nak jumpa orang baru. Nervous jugak sebab dah 5 tahun tak masuk labour room. Risau sebab tak tahu sapa nak jaga Ashraff and Afriena.

Kurma Ayam

Semalam, tiba-tiba jer terasa nak makan ayam masak kurma. FYI, kalau masakan bersantan nih jarang sangatlah nak masak. Mungkin sebab dah dekat nak bersalin kot. So semua nak makan. Makan bukan bukannye banyak sikit jer.Anyway, I nak share the resepi kat sini.

INGREDIENTS

Ingredients A :
  • 500 gram ayam dipotong
  • 3 biji kentang – belah 4
  • Carrot di potong
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Cili hijau 2 biji dibelah 2
  • semangkuk kecil santan
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 paket rempah kurma
  • sedikit daun ketumbar dan daun pudina
  • minyak untuk menumis
  • kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 asam keping

METHOD

  • Kisar bawang, halia , daun ketumbar dan pudina bersama rempah kurma
  • Perap bahan kisar dengan ayam selama 30minit
  • Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • biala naik bau, masukkan bahan perapan
  • Kacau sehingga tumisan nampak garing dan ayam separuh masak.
  • Masukkan kentang dan lobak merah
  • Masak sehingga empuk, dan masukkan santan , sedikit air dan asam keping
  • Kacau sehingga mendidih, rasakan dengan garam dan lada hitam
  • Kacau dan sedia untuk dihidang.

Sedap kalau makan bersama acar mentah , sambal belacan dan ikan masin.

P/S: Masak kurma ni, kalau diletak pudina kurang ler rasa muak pastu bila makan rasa berangin sikit.

MyDear Warehouse Sale

Semalam, tak tau nak buat apa-apa. Since mood survey stroller masih lagi up walaupun dah ada decison apa brand nak beli still nak jugak tengok brand lain.So surf internet nampak My Dear. Amik alamat terus pergi sbb nak tengok apa barang dia ada.

Sekali pergi, dorang ada warehouse sale!!!! Warehouse sale tu sampai 14 March.

Tengoklah punyalah ramai orang kat sana. most of them pregnant.

Ada stroller, carseat, toys, baju baju, rompers, cloth diapers

Tengok ni, playhouse… RM600 jer. Kalau ada rumah atas tanah, bolehler beli

bicycle,tricycle, kereta, motor segala jenis ada…

berebut orang…. fanas

Afriena rambang mata sekejap sebab nampak benda-benda kaler pink

Ada ke patut suruh beli kat baby….ish no no, no habis adik dia syik kena tidur jer

car seat tu not bad, tapi we not buying sbb dah ada

geram tengok big toys…. tapi rumah kecik cannot buy lor..

Tengok carseat tuh berapa harga?

playhouse lagik?

carseat..

haha ni tempat berantu.. budak-budak ni taknak berganjak selagi tak beli….

dorang buat muka seposen….tapi toys yang kat situ murah la… doll set baru RM 25 and kereta control baru RM19.

Tengoklah Ashraff pegang jer….nak sangat beli.. siap datang tanya boleh ke tak. Beli je kat dia. Amik hati dia. Kesian dia muka lebam sebab terantuk kat bucu meja.tulah tak nak dengar cakap mama dia, berlari tak igat sekali terantuk….

buai pun ada but no no for buai….

Last sekali balikla kami dengan hanya membeli toys jer… geram tengok rompers baby. RM10 satu tapi tak beli sebab baju nanti boleh beli bila-bila masa…..

So sapa nak pergi boleh le ke sana…

Alamat dia

Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
No.34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti jaya Industrial Park,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: 6-03-80600093 / 95
Fax: 6-03-80600096