Shanghai Disneyland 2025

kali ke-3 ke Disneyland. Sebab Aqilah and Adleena, esp Adleena tak pernah pergi. Punya lah excited dorang. Tiket Disneyland dah beli siap2 kat Klook. Sempoi. Pagi tu bangin pagi, Mandi then Japan kaki ke Metro Station. Dekat je. tambang Dari South shaanxi Road ke Disney Resort dalam 5 yuan sorang. Ada lah dalam 45 minit perjalanan. Pukul 6.30 pagi dah cerah dah wak.

semua happy dapat ticket train

Sampai Sana, Jalan kaki sikit beratur sikit then baru masuk. Tiket anda Ada lah passport. Mana2 pergi mesti nak scan passport. Btw selfi stick is not allowed. Beg akan di check. Makanan simple boleh bawa masuk. Botol air pun boleh.

kena beratur. Your passport is your ticket

sampai jje beratur nak main ride. First nail ride beratur 30.min. Panjang berlengkor- lengkor. Tapi semua dapat Naik roller coaster. Habis first ride kami berpecah. Ashraff, Afriena and Rayyan- pergi naik ride yang sorang, while 4 of us perfi naik ride budak Kevin. Main lah sampai puas and pukul 1 jumpa kat Restoran. Jangan risau ada makanan halal.

kami makan nasi goreng. jangan ditanya harganya. Lumayan pak..

Kami makan nasi goreng and teriyaki mackerel. Harga macam nak gantung diri. So sambil budak2 leak makan menikmati aircond, mama and papa pi beratur nak naik Tron Lightcycle Power Run, ride ni je yang menarik. Yang lain dah naik sebelum- sebelum ni. Memang syok. Belum gerak dah pekik hahaha. Ada yang beratur, bila turn nak naik, dia tak nak naik.. Serum. Beratur tak lama kejap.. Ride dia ada tiga kot. Budak 3 orang tu naik sampai 3 Kali. Dorang kata best. Ride yang budak dua ni pulak, dorang naik ride kat Pixar ada tembak2 dua Kali. Fuhh sampai ke petang dok situ. Kami tak jumpa surau, so solar bawah pokok tepi bangku je.

Ingat nak tunggu sampai bunga api, tapi lepas street show tu semua dah nak balik. Sebab panas, lapar dan penat.. Kat Sana pukul 6 dah gelap.. Baiklah kita balik pi makan. Kami pi makan Kat Guan Guan Ji, tempat semalam. Naik train Dari Disney Resort ke Dashijie Station. Lepas makan pergi cari kasut emergency. My kasut tercabut tapak since Dianeyland lagi.

hari ttu kami berjalan kurang lebih 28000 steps. Fuhh. Penat.. Rasa macam boleh kurus lah dol Sana hahahah. Balik pulak kami naik train Dari People’s Square Station ke South Shaanxi Road.

Balik, semua mandi solar and tidur. Semua tidur awai. Sempat lah mendobi then pagi bangin packing sebab nak check out dan naik train ke Xian pulak.

Ashraff dah habis Diploma

Alhamdulillah, pejam celik dah habis Ashraff belajar kat Politeknik Arau. Dia ambil Diploma in Food Service, Halal Practice.

lepas balik dari Xian, Selasa tu kami ke Arau untuk konvokesyen dia.

cepat2 ambil gambar sebab nak balik KL. Ada lagi urusan dia nak kena selesaikan.

sempat bergambar ngan mama Je. Actually semua orang tak sihat. Semua demam masa balik dari Xian.

Now dah graduated. Sempatlah Ashraff kerja 3 bulan cari pengalaman. Lepas tu 28/9/2025 dia pun register kat university kat Johor untuk degree plan

Alhamdulillah

Halal Food in Shanghai : Guan Guan Ji Muslim Restaurant

kami ke restoran ni dua hari berturut- turut. First and second day. Senang nak pergi, makan sedap, dia serve cepat,

tempat dia pack, memang kena beratur tunggu meja tapi tak lama sekejap je la. Masa first day pergi hujan lebat, so menunggu 15 minit sebab ramai orang. Tapi okay je.. Boleh bersembang dengan yg menunggu sama. Second day tak ramai orang. Sampai je terms dapat meja.

Cuisine: Local Xinjiang Muslim Cuisine 
Average Cost: CNY 93 per pax
Address: No. 70-2, Zhejiang Mid Road, Huangpu District, Shanghai

How to Get to Guan Guan Ji Muslim Restaurant 
By Bus: Bus 14 get off at Dongxinqiao Station
By Subway: Line 8 and 14 get off at Dashijie Station 
Tell Taxi driver: 贯贯吉穆斯林餐厅(人民广场店); 黄浦区浙江中路70号-2

Nasi ni fav Aqilah. Dua kali datang dua kali dia mintak nasi ni. Rasa dia manis, berlemak. Manis tu datang dari kismis dan carrots.
手抓羊肉 Boiled Lamb served with Sauce, Yang ni mesti order. Sedap. sampai je kena terus makan panas-panas. rasa dia cair di mulut. Makan dengan sos dan serbuk dia.
montok dan gebu pau dia. inti sayur.sedap. entah lah semua sedap hahaha
Ni kambing version goreng plak. Kena makan masa panas berasap supaya bila kita gigit dia, jus dari lemak akan tersembur dalam mulut. Dia bagi effect moist, kunyah secara perlahan kerana daging dia sangat lembut.
ini mee dia. Dia goreng dengan daging, rasa pedas-pedas manja and sedikit masam. Mee ni sedap sebab rasa chewy./2 malam berturut-turut order.
羊肉串 Lamb Kebabs- tak ingat sebatng berapa, 10 yuan rasanya. sebab kami ni peminat kambing, selagi ada menu kambing mesti nak order.

Beef dumpling. juicy dalam, crispy kat luar. bayangkan jrlah

ye,,, menu ayam pun ada. boleh lah..cuma ayam tu macam keras sikit. macam ayam kampung plak. tapi sedap. ayam tu manis-manis daging dia
八宝茶 Eight Treasure Tea , rasanya setiap kali makan kat Shanghai memang akan order air ni. ketagih betul minum air ni.Dia serve panas. KAlau nak ice cakap je nak ice.
ini adalah kali kedua makan kat sini. LEpas habis berjimba kat Disneyland, terus datang makan sini. lapar giler setelah menapak sebanyak 28K-30K steps. Rasa macam dah kurus gila. Dahlah kasut tercabut tapak. LEpas makan kena pi beli kasut emergency. adoii.. what a day.. Tapi semua happy. Takde drama.

Itulah cerita makan kat sini. Next let me share pasal Disneyland and another tempat hala.

Insya Allah