Italian Week

Ciao amici … come stai? Maksud dia Hi kawan, apa khabar? Bestgak feeling-feeling dok Itali. Bila lah mau sampai Itali kan?

eh eh eh you all ada tengok tak Masterchef Australia season 5? Makin menarik Masterchef Australia sekarang sebab ada peserta muslim. Ini menunjukkan Aussie people sangat terbuka mindanya. Tu yang best tu. I suka sangat tengok Masterchef Australia season 5. Banyak benda baru yang I belajar. Dalam banyak yang I tengok salah satu episod yang sangat menarik.iaitu episod 15. Sebab apa tau sebab it’s Italian week. Episod 15 ialah team challange. Memang berdebar rasa.

contestant

  The Contestants

judges

The Judges

I apa lagi excited lah dengan Italian Week. Dalam hati terbayang macam -macam jenis menu Itali yang boleh ditengok. Kalau sebut Itali je mesti ingat pasta, cheese pizza tapi sebenarnya banyak lagi menu kena belajar.Kat Australia pengaruh Itali ni kuat jugak sebenarnya. betul tak? I pulak memang suka masak Italian food ni. Anything related to pasta memang suka masak sebab anak-anak suka makan, Tapi bila tengok rancangan ni, Italian food bukan hanya tertakluk kepada pasta je tau tau. Banyak sangat. Mesti ada cendawan, meat, pastri… haih best ni kalau pi sana dapat belajar  masakan Itali kan.Takpe kita tengok Masterchef Australia season 5, ep 15 je dulu ok.

team

the team

Bila tengok 4 team ni masak di tempat terbuka depan orang ramai memang terasa sangat cabaran dia. Ye I bercakap melalu pengalaman masa masak untuk Masterchef blogger 2 tahun lepas. Ingat tak masa masak avocado challange? Boleh rasa sangat dia punya tekanan, dia punya keterujaan dan dia punya debaran. Seriously, it’s  priceless experience. Kali ni cabaran melibatkan 4 pasukan, dengan bantuan 4 Italian Nonna (nenek ) dan seorang  pengadil jemputan iaitu Antonio Carluccio. Diorang masak kat Lygon Street. Dalam masa 4 jam kena masak Italian food pastu kena serve kat situ . Sapa dapat duit banyak dia menang.

veal

Roasted Veal..tengah potong panas-panas. Ni menu Grey Team

Keputusan dia, Grey Team menang. Hah memang kelam kabut dapur dorang, pekik sana pekik sini. Green Team no 2, Red Team 3 dan Blue Team kalah. Dorang kalah sebab makanan tak berapa sedap then service slow.

mas5

Tengah tunggu keputusan

Disebabkan..bahang Italian Week, yelah hari-hari ada Italian, so I pun masak makanan kegemaran anak-anak iaitu lasagna.

lasagna

walla..mama mia, la lasagna è così delizioso

Oh ya, I ada cooking tip untuk dikongsi. Kalau goreng ayam dan nak ayam yang digoreng tu masak dengan baik tapi masih mngekalkan jusnya, cara nya ialah sebelum goreng, masakkan dalam microwave selama dua minit, lepas tu boleh digoreng seperti biasa dengan minyak yang panas dan api sederhana. Kena make sure ayam masak tau. Habis bunyi syyyyyyeeee dia baru masak. Api jangan slow sebab nanti ayam kering kat dalam. Dan api jangan kuat nanti ayam tak masak, nanti ada darah dalam tu boleh kena salmonella.

Ayam goreng kunyit simple.

Tips ni saya kongsikan jugak di  Lifetime Malaysia Facebook (and tagged #MCATipOff). You all pun boleh share tip memasak you all tau. 

Lepas tu, pada yang nak tahu maklumat lanjut mengenai Masterchef  Australia Season 5, boleh lawat,

http://www.lifetimeasia.com/show/masterchef-australia-s5

Masterchef  Australia Season 5 ditayangkan di Astro Lifetime Channel, 709

chef

2 thoughts on “Italian Week

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.