Mango Sticky Rice in Bangkok

Antara benda yang paling suka dan dicari kalau ke Siam. Pulut Mangga. Kat mana-mana ada jual Pulut Mangga. Kat tepi jalan pun banyak. Tapi menurut makcik Farida Fatornee, dia cakap cemar buate, saya tok make (kotor cara penyediaannya, saya tak makan) So kiterang memang tak makan ler. Kiterang beli kat Mango Tango. Harga Pulut Mangga kat Mango Tango ni RM12satu set. Mango size besar dengan pulut. Rasa dia, makan sambil pejam mata. sedap sedap. Disebabkan Mango Tango ni kat sebelah Hotel yang kiterang duduk je, tiap -tiap malamlah kiterang pergi beli.

To be frank, yang nilah the best pulut mangga kat Siam yang I makan.Bebudak pun suka. Ada satu lagi,dessert yang sedap,Harus gambar ni tag ke Bobby Chinn.

Mango cha cha. RM6 je. Ada segala macam mak nenek buah. Pastu ada cincau-cicau, pastu dia letak santan, sagu, gula melaka. I think ni another version of sagu manga kot. Yang ni malam last baru terpikir nak beli. Semua balun and esok pagi , sistem pencernaan kiterang berjalan lancar. hahaha. Actually kat Mango Tango ada memacam dessert, semua berkaitan dengan Mangga. Kedai dia takde cop halal dan served buah sahaja dan tidak served daging, ayam and off course tak served babi and takde alcohol. Hish tak sempat nak try mango lassi. Takpe nanti ada umur, ada rezeki pergi lagi kita try lagi. Eh kat Tokyo pun ada ni :)

Tapikan , dah makan banyak pulut still nak makan lagi pulut mangga. Ha amik kat airport semua kedai makan jual. So jangan risau kalau terlepas. beli je. Cuma kat airport tak special sangatlah. Masa kat airpport, 2 kali beli pulut mangga sebab tak puas makan.

Amacam , mengancam tak pulut mangga?

 

8 thoughts on “Mango Sticky Rice in Bangkok

    1. Yatie Post author

      dua-dua sedap. kena good combination between pulut dengan mangga and santan kena sedang elok pekat. Kena mangga high kualiti.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.