Exam UPKK 2015 – Ashraff

Tahun ni Ashraff akan amik exam UPKK. Haih nervous hati mama dia, nak nak bila tengok anak bujang rileks jer. Walaupun ipad dan komputer sudah dipantau, tapi sbb kat rumah ni TV pun ada internet, rasa macam mencabar plak. Dorang lagi advance cari movie, game dalam TV. Papa lepas tournament ni, sila disconnect semua. Slama cikgu cakap sekolah dia cakap exam UPKK adalah pada 5 Oct 2015-8 Oct 2015. Smalam masa amik dari sekolah, cakap kat dia…rilek je. Rasa macam tak da apa-apa plak… Cuti sekolah di kena hadapa lah nampaknya. Bila tanya sedara mara, semua kata senang je… Harap begitulah….

Apa-apa jadual exam belum dapat  lagi. Kena tunggu pihak sekolah update.  SO sekarang ni baru lepas UPP 2 kat sekolah so kiranya minggu ni restlah. Lagipun end of this month dorang ada tournament. Kasi dorang chill lepak kat rumah, main carom sampai gaduh, makan dan gelak. Masuk bulan 9 study balik.

Selalu anak nak exam, mak yang stress….

Update please!!!!!!!

Sejuknya hari ni… macam duduk obersi pulak. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, udara sejuk lepas tu keseorangan di rumah. Rasa macam nak masuk bilik ambil bantal and zzzzzz. Tapi itu hanyalah angan -angan yang tak dapat dipenuhi. Banyak kerja nak buat. Walau rasa sangat boring dengan buat kerja yang sama setiap  hari, kena buat jugak. MInggu ni tak pergi jogging lagi, Selalu, selang sehari pergi jogging kat bawah, cuma minggu ni pergi swimming petang je. Itupun kena makesure cuaca takde hujan. Sebabnya bebudak exam kan, so kenalah bawak dorang swimming kasi hilang stress.  Rayyan pun dah berapa kali dah tanya, mama nak swimming tak? Swimming pool dan anak-anak mana mungkin dapat dipisahkan. Suka dorang kat swimming pool tu.

Tak ketahuan nak update apa, tapi banyak cerita nak dikongsi. Bulan ni bulan busy husband, setiap malam tidur lewat selagi tak habis kerja Taekwondo dia. Hujung bulan ni ada Tournament Taekwondo anjuran STANICC, yang macam tahun lepas tu, tapi kali ni nampak macam best jer… Mungkin kali ni Afriena cakap  nak masuk tournament kot. Yerr Afriena yang kurus cekeding tu, takutnya tengok dia sparring. Dia dah lah kurus…kecik plak tuh. Adehhhh Tapi dia nak mauk jugak. I siap cakap… ok nak masuk boleh tapi dengan syarat, kalah ke, sakit ke jangan nangis. Ashraff macam biasalah… budak laki apa dorang tau kan. Sebenarnya kalah menang tak penting, yang penting cari pengalaman, bina keyakinan diri, belajar sabar dan ada semangat untuk bersukan tu je. Tapikan dah  3 bulan tak pergi Training, kiterang just pergi training kat Fuqaha je, Yang kelas pagi tak pergi lagi. Sebabnya, Bulan puasa masa bulan 6 dan 7… Tgh bulan 7, raya then bulan 8 plak , balik sebab atuk meninggal dan ada event Dugro lepas tu Ashraff demam sampai kena pergi amik blood test sebab doktor suspect denggi… Insya Allah minggu ni nak pergi itupun kalau takde halangan apa apa lah

blood

Dah lama tak pergi training ni kang kaki keras plak. Nanti banyak pattern lupa. hahahah…peluh pun kurang keluar nanti. Insya Allah…

Oklah nak sidai aju plak. Hari ni Rayyan terkencing atas tilam plak…nasib baik sikit je. Semalam lailah…dia merajuk dalam bilik air, masa merajuk dengar dia cuci swimming suit dia, Bila I masuk check tanya kena, dia cakap swimming suit dia kotor sebab dia kentut…ekkkkk

Ikan Jelawat oh Ikan Jelawat

Pernah makan ikan jelawat tak? I ni baru makan… so far baru dua kali masak. Not bad jugak rasanya.  So far masak dua kali ni, I buat asam pedas rebus je. Resepiorang kelantan. Nakbuat masak tempoyak tapi tempoyak takde plak. First time masak ikan, masak dengan buang sisik nya. Bila baca blogresepi dorang cakap jgn buang sisik sbb sisik dia sedap. So kali kedua masak tak buang sisik, memang sedap rasanya. Lemak-lemak gitu. Oleh kerana yang kalai kedua masak ikan nya besar sikit, maka I goreng masak asam pedas rebus dan goreng jugak. Goreng garing. Memang laku lah…

image

image

Masak asam pedas style kelate

Resepi dia ada di sini

INGREDIENT

  • 3 ketul ikan jelawat
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 genggam beras- direndam air 10 minit
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 biji cili merah- nak pedas tambah cili padi
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan pati ikan bilis secukup rasa
METHOD

  • Tumbuk beras sampai lumat, lepas tu tumbuk, cili, bawang, lengkuas dan kunyit sampai lumat
  • jerang air , masukkan bahan tumbuk
  • kacau sampai mendidih dan rasakan garam ,pati ikan bilis dan asam keping.
  • BIla sebati, masukkan ikan,
  • Masak seketika sampai ikan masak
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan