Bakar-Bakar , Bangi

imageLately… satu family ni dok suka makan steamboat dan grill. Tahler apa kena ngan  bebudak especially. Dorang nampak enjoy je. termasuklah parents sekali. Ingat nak ke BBQ Town, tapi malas nye nak bersesak cari parking kat Mid Valley tu. So google punya google jumpa Bakar-Bakar yang kat Bangi. So lepas asar kita pun pergi. Harga buffet kat situ, RM45 untuk adult dan RM20 untuk budak bawah 12. Budak bawah 6 tahun free. Food selection not bad lah banyak jugak, tapi kalau yang tempat sayur kurang lah. Kalau steamboat, I suka banyak sayur… and bbq boleh makan protein. Seriously, I missed BBQ town masa makan kat Bakar-Bakar. Mungkin kurang pilihan sayur kot.. Sorry

image

image

Pilihan lauk dia banyak. Ada udang ketam, daging, ayam, scallop, kupang dan banyak lagi. Memang puas hati lah kalau makan seafood. Yang lagi best sbb boleh amik 2 jenis sup. Hari tu amik perasa tomyam dan Ayam.  Memang banyak lah ketam ngan udang kiterang makan. Ketam dan udang semua fresh manis. Kena plak dengan kuah tomyam yang sedap. Puas hati kat situ

image

image

Ayam, daging, and kambing kurang makan sebab for me, those protein over marinated. Mungkin tekak kiterang more to light taste. PIlihan sauce juga sangat kurang. Takde special sauce macam tempat tempat lain. Sebab masa dia tuang sauce, semua dari pack. Kalau ada special sauce… mesti lagi best makan BBQ cicah cicah kan. Hari tu cuma ada  mayonis, sos cili, sos tomato, thai sauce dan black pepper dan thousand island. Saya sangat kuciwa…. Sorry. Ini pandangan ikhlas saya…tapi orang lain mungkin berpendapat tak sama dengan I…

image

image

Air pun banyak pilihan… berapa kali budak ni ulang refill… makan ice cream lah… amik fruits lah… Cuma nak komplen satu lagi… ada banyak lalat walaupun duduk kat dalam… please do something…

image

apa-apa pun… sesuatu yang sedap jugak untuk dicuba. Kids have fun sebab boleh masak. Ulang-ulang makan popiah, amik fish ball dan lain-lain lagi…

image

image

Air Jagung Bangi

Sapa pernah try?? I memang jenis tak suka minum air jagung, sebab selalu rasa dia maam fake yang penuh perisa. Tapi pada suatu hari, seorang kawan FB saya telah berkongsi gambar air jagung nya di timeline dia. Nampak menyegarkan dan menyelerakan. Maka dengan semangat yang penuh jitu, maka saya telah mendu kereta menuju ke Sri Serdang, depan pasaraya Big. Beli satu  dengan harga RM2. Cawan tinggi

verdict: sedap. Lemak berkrim, cukup manis, cukup lemak cukup rasa jagung..memang sedap.

image

So apa lagi kawan-kawan..terjah jangan tak terjah. Time lunch hour memang beratur panjang. Pastu bila dah beli air jagung, jangan lupa pekena nasi kukus ayam rempah…sedap wa cakap lu… Selain tu ada nasi kerabu jugak. Tak tau taste macam mana tak pernah rasa. So far baru dua kali makan nasi kukus dia. ORang kelantan yang sangat peramah.

3 hari berkampung di Stadium

image

Masih lagi terasa penat badan ni. Dari hari Jumaat pagi sampai lewat petang ahad, kiterang satu family berkampung di Stadium Panasonic Shah Alam sempena Stanicc 2015. Kira acara tahunan Taekwondo lah. Pagi jumaat kiterang berlima dah ada kat sana. Thank youto our kids sbb veru understanding dan rajin menolong . Dorang pun involved dalam organising . Tolong masukkan kad nama untuk buat tag, tolong seniors pasang mat. Dan yang paling penting tolong behave well sepanjang masa. Tak kacau orang lain buat kerja. I belikan lego dan kasi dorang duduk diam, Kadang tu dorang pergi main kat luar  dengan kawan kawan, tak pun main game…ha gitu lah gayanya. Bak kata orang satu family involved stanicc.

image

baru nak start bekerja… bebudak dah keluar kat dewan tolong pasang mat

Stanicc 2015 kali ni, Afriena join event untuk pertama kali nya. Dia kata dia nak masuk tournament. Risau rasanya dia masuk sparring sebab dia kan kurus kering. Takut orang sepak dia ke…kang meraung kat situ takde pasal plak.Tapi semangat dia tinggi. Dia masuk untuk pertama kali…first round dia menang. Second round kalah. ok lah tu. dapatlah merasa…Sempatlah I amik video dia…

Ashraff masuk jugak, untuk first round kalah dah… Dia sedih,  dah lah dia kata lama tunggu. Serious lama tunggu. Kena komplen  kat organiser lah. Budak cepat bosan kalau tunggu lama. Masa Ashraff sparring, I tak amik gambar sebab , I masuk duduk tepi ring jadi coach (konon) lah kasi semangat perhati dia sparring. Ashraff sparring dah banyak improvement. Dulu sparring malu-malu, sekarang nampak berani. Cuma skill kurang. Kena praktis lagi. I knew…dia sedih kalah sebab Afriena menang sekali. Oh ya Afriena dapat gangsa…Tapi dia tak naik pentas, sbb dia masuk main-main dalam bilik urus setia..pastu TIDUR

Sabtu sangatlah penat. Pergi sana..pergi sini sebab tengok anak-anak dan teman seperjuangan masuk event. Takde gear lah… Dorang tu semua training sekali ngan I. Kejap-kejap…auntie lambat lagi ke start? Auntie, Irfan hilang, Auntie helmet takde…Event habis kat pukul 12 kot, but we stayed  till pukul 1am lebih sbb uruskan benda-benda urus setia. Giler penat. Walaupun rasa malas nak balik rumah, nak check in hotel je, tapi toilet rumah dan katil memanggil ku…

image

participant dari Aussie pun ada… Dapat masuk final laki bini ni.. Bini dia dapat mas rasanya, while husband dia dapat perak. Both lawan ngan Malaysia

2 malam balik lambat…

first night balik pukul 2.30..sampai rumah 3pagi, pastu tidur, pukul 5.30 dah bangun, lepas subuh terus ke stadium. Rasa macam blurr, sakit kepala, mata pedih gitu

second night balik pukul 1.30 sampai pukul 2 lebih, mandi-manda, solat isyak terus tido. Esoknya bangun pukul 5.30 marah-marah kat alarm sebab bising, last pukul 5.45 bangun, lepas subuh terus ke stadium tapi singgah beli kopi dulu. Next time, masa tournament, nak suruh sesapa bawak coffee maker, letak dalam bilik urus setia…biar senang minum kopi untuk semua orang sebab ngantuk sangat masa mula-mula nak start

third night…. pukul 7.30 sampai rumah… makan pun mals dah nak makan. Makan je apa yang ada kat rumah. hahahah..

tapi ada lagi yang lagi awal datang dan lagi lambat sampai…. Bayangkan kepenatan itu

Memang turun berat badan kalau buat gitu selalu. Tapi I love it..

 

Tahniah Afriena dan Ashraff sebab wakil sekolah dan Selangor… bolehlah untuk build confident. Anak-anak didik Fuqaha, tak masuk kali ni sebab nampak dorang belum bersedia. Insya Allah tahun depan.