Belajar beli sayur

Jerebu datang lagi. HAri ni tak sekolah lagi sekali. Semua tak pi sekolah. Tambah lagi semua demam kat rumah. Yang teruk I lah . Mungkin sbb badan  penat buat kerja non stop since last few days ada buat kenduri kahwin , travel , kena hujan and balik KL kena jerebu plak. Dah lama tak kena demam…haaa ni baru kena demam sikit pun dah lembik je.

image

Ni cerita masa cuti Hari Malaysia. Bawak bebudak pi pasar. Masuk pasar mulut dok mengomel, busuknya pasar, dirty nya… hahahah dah nama pasar. Tapi rasanya pasar borong je kot yang busuk kotor macam ni. Pasar Taman Tun tak plak. kalau poi psar tani or pasar malam takde plak bau busuk yang melampau. Pi pasar pi cari siput sedut untuk masak cili padi. Pastu rezeki my siblings sbb dorang datang singgah, merasalah makan lemak cili padi siput sedut yang pedas. Beli 2 kg, RM16. Kalau makan kat luar, semangkuk kecil dah RM12… tak cukup makan. Sempat jadi tukang sedut untuk Rayyan je. Anak-anak plak suka makan siput sedut. Selain beli siput sedut, beli jugak ikan sikit. Ikan dah jadi macam lauk orang kaya. Semua ikan mahal. Melampau-lampau mahal ikan kat pasar.

image

Sebab pasar tu bau busuk, lepas tu kiterang nampak tikus mati dalam longkang, so bebudak tak nak jalan kawasan ikan, maka I bawak dorang pi kawasana sayur. I suruh dorang pilih sayur kat situ. Suruh amik sayur yang dorang suka. Ada satu gerai melayu yang jual sayur, kalau gerai yang orang myanmar jaga mmg taknak pi sebab kotor. I perasan kalau penduduk tempatan tak kira melayu, India atau cina yang jagha kedai sendiri mesti kedai dorang bersih. Kalau kasi myanmar/ indon/ vietnam jaga… memang kotor… BEbudak amik sayur fav dorang. Ashraff amik kangkung 2 ikat, Afriena plak amik sayur brokoli, carrot and baby corn. Pastu suruh dorang amik serai dan kunyit. Bising lah dok tanya kunyit mana satu… apada kunyit pun takde kenal ke??? Deyyy!!

LEpas ke pasar balik rumah setlle kan siput then terus masak. Siput masak lemak cili padi, daging goreng kunyit, kangkung belacan pastu ada tambahan lauk rendang ayam yang my sis bawak. Best sekali sekala lepak adik beradik. YAng sepupu-sepupu pun suka lah lepak sama-sama lepas tu gaduh… biasalah tu

PLAY-DOH: Membina Komuniti Ceria

Jerebu kuat plak hari ni…. Hari selasa hari tu kan sekolah tutup, Jadi budak-budak spent time dalam rumah. Boring muka dorang. Nak pergi swimming tak boleh , nak main badminton pun tak boleh. Suruh main board game  semua tak nak sebab kalau main tak pernah menang asyik Rayyan je menang. MAin lah game apa pun Rayyan yang menang. Kalau kita di ambang kemenangan, Dia cakap…main tipu… aiyoooo

image

Since tak boleh main kat luar maka, main PLAY-DOH lah dalam rumah. Bagus PLAY-DOH ni sebab anak-anak berimaginasi . Berkarya dengan PLAY-DOH. Setiap yang di hasilkan adalah dari hati masing- masing.

image

Main PLAY-DOH dengan masih berbaju tidur. Takpe asalkan jangan gaduh je. OK mari kita tengok kreaviti masing-masing.

image

Hasil seni Rayyan… Katanya ini adalah burger. Kaler purple tu daging, kuning tu cheese. Jangan gelak tapi… mostly apa yang dia buat dengan PLAY-DOH adalah makanan.

image

Makan burger….

UNTUK MAKLUMAN

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.   

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.  

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!  

Takde Idea? Boleh tengok hasil rekaan Ashraff yang  patriotik. Ashraff ni lebih kepada straight forward. See ! Setiap hasil PLAY_DOH, boleh tau apa karakter setiap anak-anak.. betul tak?

image

Satu Malaysia dengan sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan.

Afriena plak dia suka bermain warna. Mari tengok apa yang dia buat.

image

Buah-buahan tempatan. Dia kata nak buat durian tapi katanyasusah nak buat duri. Pandai dia buat kan. Actually Afriena ni daya imaginasi dia lain sikit. Dia suka dengan warna. Kalau kat rumah takde kerja, dia duduk diam, dia ambil kertas kosong dan pensil warna, maka akan terjadilah sesuatu. Macam lukisan rumah ke, gambar princess ke… Thats her. I suka tengok buah tembikai dia dengan buah pisang.

image

Yang ni pun , Afriena yang buat….Haihhh bila tengok pelangi rasa nak makan kek pelangi plak hehehehe

image

Dan akhir sekali …ini adalah hasil rekaan Rayyan… It’s all about food. Dari yang warna hijau, katanya itu pizza,  yang kecik kuning tu pun pizza,  pastu burger, donut, yang warna hitam tu dia buat oreo. Dan yang lain tak dapat nak tafsir.Yang Oreo tu, dia campur warna, tu yang jadi macam kelabu. Itu yang best pasal PLAY-DOH, warna boleh campur-campur untuk hasilkan warna baru dengan guna tangan je.

Ok lah… pada sesapa yang berminat dan ingin tahu  maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.

#playdohmonth2015

Senang bila anak dah pandai masak

imagehehehehe…. Amik kesempatan betul lah mama nya… On Saturday morning, kadang-kadang ada rasa malas nak masak brekie So Ashraff offer himself to make scramble egg for him. me and Rayyan. Masak lah dia… So far yang dibenarkan masak Ashraff jelah itu pun kena guna kuali non stick. Pastu setakat nak tolong kacau goreng nasi goreng or me goreng boleh lah… Syarat dia tak guna minyak banyak atau air yag banyak. Buat toast pun dah pandai. Rayyan pun dah pandai buat french toast. Afriena tak suka telus so dia tak amik tau. Tapi Ashraff dan Afriena dah boleh harap untuk buat roti jala.

You all macam mana? apa apa kalau anak masak kenalah sentiasa dok perati dorang. Jangan kasi dorang buat sendiri.