Kem UPSR untuk Ashraff

Lagi sebulan je nak UPSR. MAsih tengok AShraff relax je… Minggu ni busy dengan PSRA trial. Pening gak jadi budak sekolah…every week ada exam. Apa nak buat. Zaman mama dia dulu relax je. BAlik sekolah, makan, tukar baju, buat homework siap pergi kebun, pastu main sungai or main bola…. Sekarang, balik sekolah buat homework berlambak, siap homework, kena sambung study belum kira lagi tusyen .

Last week, Ashraff pergi kem UPSR anjuran KK5 UM. Saja je hantar Ashraff pergi kem, jauh dari environment sekolah. At least bila keluar dari bangunan sekolah, Insya Allah fikiran nya terbuka untuk idea idea baru. Bagus jugak perkongsian semasa kem. Buat plak kat UM. Masuk je UM, I cakap kat Ashraff n Afriena, Mama dulu nak belajar sini, mintak belajar sini tapi tak dapat. Ambik course Ekonomi tapi dapat masuk ITM buat course statistik.  Dorang tanya kenapa tak dapat masuk UM, jawapan I was… mungkin Allah dah tetapkan belajar kat ITM dan jumpa papa kat sana? Steady tak jawapan…

upsr

betul tak I cakap dia relax… relax je while orang lain struggle jawab soalan

Kem AShraff was 3 hari 2 malam. Masa  pagi sebelum ke sekolah dia tanya… mama sampai hati ke nak tinggal Ashraff  kat kem tu mama? hahahaha ayat poyo kan? Anak laki kena kuat.. kena belajar berdikari. Tengah hari lepas jumaat I pergi amik dia kat sekolah then terus ke UM. Dalam kereta senyap je… masuk dalam UM terus cakap… hebat lah tempat ni.. macam best je… Mama nanti hostel dia macam hotel tak? adehhhh

71b65102-a47c-49a7-ade3-efdb98b5345a

baru check in bilik

Bila sampai buat pembayaran terus dapat bilik. Dia dapat bilik hujung sekali… berkongsi dengan budak sekolah lain. Bagus buat macam ni, dapat jumpa kawan baru. Budak sekolah SK Sungai Ramal..sekali ada sorang kawan sekolah dia yang join kem. Dok selang 2 bilik. apa lagi melekat lah dorang berdua plus kawan baru. Dengar citer siap kenduri makan biskut dalam bilik sebelum tido. Ok lepas check bilik… first tempat dia pi check…adalah toilet. Dia cakap boleh lah toilet dia. bilik mandi ada lapan. Biasalah…jenis cerewet, toilet kotor mesti komplen. Tapi masa ahad tu balik terus masuk toilet rumah… Dia cakap 2 hari tak berak toilet kotor… hahahaha adehhh.. macam mana nak masuk hostel next year… kena cari sekolah yang toilet bersih lah agaknya

Last day kem, parents kena join motivasi bersa Hj Hushim. Bagus motivator ni. Banyak info yang dikongsi. antaranya, jangan bandingkan anak, jangan marah anak, kalau tak cermelang dalam akademik , asah bakat dia dalam kemahiran. sentiasa peluk anak, luangkan masa, kalau anak malas belajar belajar bersama, kalau malas baca buku baca buku untuk dia.

13882152_1766331970309691_307559457064556732_n

Tuan Haji tengah bagi motivasi

Insya Allah, dengan kem ni harap Ashraff dapatlah membuka mata untuk berjaya…dan tahun depan Afriena dah cakap siang-siang, Afriena nak pergi kem ni jugak

13895227_1766336370309251_4101808152916231964_n

UPSR makin hampir

UPSR makin hampir… tapi bila tengok Ashraff dia relax je. TAkde pun menunjukkan tanda-tanda takut nak UPSR. haih…. LAgi sebulan nak UPSR, kelas tusyen start bulan depan , kami akan stopkan…suruh dia study kat rumah. Kasi study tenang sikit, KAt kelas tusyen, dia kata ramai and bising…plak dah… Maybe dia biasa belajar dala  kelas yang tak ramai budak. So dia dah cakap gitu, kenalah mama nya kasi extra effort.

LEpas sekolah…chill kejap, swimming ke apa, ke… makan, solat maghrib then start buat revision sampai pukul 10. Pastu solat then tidur. MAcam tulah hari-hari sampai sebulan. HArap-harap adalah sinar harapan dan kejayaan.

Sekarang pun I dah start buat survey untuk sekolah Tingkatan 1. Form 1 dah tak lama lagi. TEngah survey sekolah lah..sebab kiterang memang plan nak dia sambung tahfiz. Rugi lah kalau masuk sekolah biasa. Surah hafazan Ashraff pun dah banyak. Banyak jugak sekolah -sekolah tahfiz kat Malaysia  ni, Ada English medium, ada yang macam biasa, ada yang ajar bahasa cina, tapi dalam mencari sekolah menengah tahfiz, kena jugak tengok prestasi sekolah, fasiliti sekolah, kedudukan sekolah… Semoga urusan mencari sekolah Ashraff di permudahkan.

Tahun depan Ashraff Form1, Afriena plak amik UPSR and Rayyan darjah 1. 3 sekolah yang berlainan. MEmang tragislah kalau time nak amik result ni.  TAhun ni selain UPSR, Ashraff kena amik UPSRA, Afriena plak UPKK dan Rayyan masih lagi menghabiskan sisa zaman budak kecik yang belum bersekolah.

Insya Allah…

Juadah sepanjang berbuka di masjid

Asslamualaikum….

Kami nak ucapkan terima kasih pada yang menyumbang untuk majlis berbuka di masjid sepanjang berpuasa. Sebabnya kiterang banyak berbuka dimasjid. Setiap hari memang akan berbuka di Masjid UNITEN kecuali time I uzur dan bila kena berbuka ngan inlaws. Selain kat UNITEN, pernah berbuka kat Masjid Kota Damansara dan Masjid Bangsar. Berbuka ala akadr..lauk biasa-biasa je.

Berbuka kat masjid ni senang… tak payah nak rushing makan, pastu kena start keter pi masjid berebut parking. Kalau berbuka kat masjid, masa yang ada  utk berbuka , untuk ke terawikh semua boleh dilakuakn ngan tenang. Parking pun tak berebut. Tak kelam kambut masak. Selalu kalau berbuka kat masjid, lauk dia sejenis, satu sayur, pastu buah.

Alhamdulillah…anak-anak tak pernah komplen pasal makan. Dorang makan apa yang ada. Tak merungut lauk sama setiap hari. Tapi mama dia tak sampai hari, so bawak lah telur mata dengan kicap ke, ikan goreng ke, kadang beli murtabak..tak pun buat sambili bilis kacang. Yang tu fav Afriena. Lepas berbuka solat maghrib pun sempat dengan imam.. Lepas maghrib, waktu senggang tu, Ashraff, Rayyan dan Afriena akan amik quran pastu keliling mama. Mama nya ajar mengaji while papanya mengaji sendiri. kiran satu hari dorang mengaji 2-3 sesi lah. Pagi , petang malam..itu bulan puasa kalau hari biasa 2 sesi je kat sekolah. Lepas mengaji, kiterang buat tasmik hafazan. Sessi mengaji ngam ngam habis masa azan isyak..masa tu orang start ramai dan anak-anak kecil pun dah start buat marathon dalam masjid.

heheheh biasalah bebudak, kalau tak bising tak normal lah…cuma parents tu kena lah tegur anak-anak, taklehlah mengharapkan jemaah lain untuk faham. Ni bukan nak kutuk ni tapi sekadar teguran. Ada anak-anak yang berlari -lari atas sejadah langkah kepala masa sujud, parents diam je, ada yang I tengok anak-anak main slide kat tangga, parents tak tau kat ner…seriau je tengok…Takut jatuh nangis tak berlagu.  Tapi ada gak esp young parents yang bawak toys, bawak colouring book nak kasi anak-anak dok diam. Memang dorang duduk diam. cute je…tak kacau orang lain. Siap dapat kawan-kawan join mewarna. Selalu my anak-anak… masa menunggu  nak terawikh dorang siapkan homework. Ashraff selalu dah siapkan kat rumah, Afriena slow sikit bab menulis so selalu dia bawak. Rayyan more to show off ada homework. Tapi dia pi masjid dia solat gak tapi kadang tertido…

Cuma hari-hari last puasa je tak pi masjid..ada lah dua tiga kali solat terawih kat rumah sbb ada jemputan berbuka kat luar and ada satu hari tu semua request nak mama masak ketam…memang lambatlah nak ke masjid kan…

IMG_0244 IMG_0238 IMG_0232 IMG_0289 IMG_0288 IMG_0286 IMG_0260 IMG_0258 IMG_0256 IMG_0255 IMG_0254 IMG_0233

inilah hidangan berbuka di masjid. simple tapi menyelerakan. Alhamdulillah. TQ pada yang menyumbang semoga Allah permudahkan rezeki anda