Feeling betul dapat pergi Jepun. One of country yang I nak pijak tanah dia adalah Jepun.So untuk mendapatkan feeling pergi ke Jepun, kita feeling dulu makan Japanese Food.
Last Weekend, kiterang pergi makan kat Sakura Fuji . Restoran dia kat Plaza Masalam. Satu level dengan Chicken Rice shop.And Kat level jugak ada gerai jual Takoyaki. Hish ni kena pergi lagi makan Takoyaki plak.
Ha dah sampai. AShraff dok belek-belek chopstick. Our makan-makan this time was joined by my SILs, Kak Ta, Kak Ma and her daughter, Ellix.
The appetiser, snow peas steam… entahlah snow peas ker. kurang tau. sampai jer kiterang ngap. Bebudak mmg suka.
Sukiyaki set. Harga dia dalam RM70 plus untuk 2 orang makan. ada udon, beef and rich of vegie. Yang ni mmg DIE DIE MUST TRY sedap sedap gilosss
Yang ni bahasa jepun apa dah lupa. Tapi bahasa melayu dia oyster goreng dengan bread crumb. maveles
Ni plak beef tepanyaki. Beef dia sedap sebab very tender . Yang ni Kheirul order tapi makan ramai-ramai…
Yang ni unagi set, my anak sedara punya tapi makanye sikit jer. So kiterang lah perabihkan. Unagi set dia murah kalau nak compare dengan Perpper Express hari tuh. Unagi set dia siap dengan vegie, soup, and beaded prawn. Besar set dia.Unagi aka belut dia sedap sangat … sedaplah tak tahu macam mana nak cerita….
Ni Makan baru sampai sikit jer. Ashraff tak berenggang dengan cousin dia. Ingat lagi dulu masa Ashraff masih baby, cousin dia yang ni selalulah “jaga” dia, kiss lah ,kasi minum susu. Beza umur 3 tahun.Masa tu my SIL’s maid yang jaga sementara menunggu our maid sampai. Apa khabarlah maid dia sekarang. dia dah balik Indon. She was so nice lady. And dia jugaklah yang train my maid.
Ha ni muka versi terkejut sebab banyak sangat. Selain tu ada sashimi (I tak makan sebab breastfeeding baby), tempura. Semua order 5 set. And setiap set comes with dessert.Yang makan adalah 4 adults and 3 kids. Bebudak suka sangat dengan seaweed. Suka tengok dorang makan berebut and pastu main lari-lari kat dalam bilik. Nasib baik kiterang amik bilik so takdelah kacau orang lain.
Ha.. ni bebudak buat picnic kat bawah meja. Dorang makan peas yang ke berapa bekas. Suka hati doranglah asalkan bahagia. Happy betul dorang hari tuh sbb ada get together.And Tak lupa to Kak Ma, terima kasih sebab belanja kiterang makan ye. Hehehehe…. So sesapa nak makan Japanese food yang sedap kat sinilah tempat dia. Staff dia pun very friendly.
and lastly,…. SawaScore dari kami
Anyway Nice..Visit mine if u free friend.. Bloody Day!
nak repeat balik…..
I slalu je lalu kat restoran tuh. Tak sangka plak sedap. Mesti try nih. Thanks to ur post :)
nampak macam best….
Hmmm… dah lama tak makan Japanese food ever since balik holiday from there last year. Huhuhu
salam.. sy ni salah seorang dari penggemar japanese fuds. gile sangat dengan sushi, especially unagi, tapi recently sy ada terbaca blog seseorang yang telah konfem bahawa semua unagi dah dimarinade dengan bahan yang ada campuran alkohol, T-T
so sy nk tnylah, kalau2 restoran ni halal, sebab kalau halal memang saya nk g serang restoran ni.. heh..
Memang benar kebanyakkan restoran jepun tidak mempunyai sijil halal yang dikerluarkan oleh Jakim.
Apa yang perlu kita buat adalah bertanya dengan pekerja yang beragama Islam tentang cara masakan dan bahan-bahan yang digunakan.
Apabila kita yakin restoran itu halal, saya percaya tidak salah untuk makan direstora itu… dan sekiranya ditakdirkan tidak halal, maka dosa itu sudah terlepas bagi kita sebab kita sudah bertanya kepada pekerja Islam tadi… itu pendapat saya.
Jika was-was…. baik dielakkan…..