BBQ Town, Mid Valley

Dah lama tak pi Mid Valley. Ada lah dekat 2 tahun. sepatutnya hari Sabtu hari tu nak ke Pekan, Pahang, tapi tak jadi so melencong ke Mid Valley. Kononnya nak ke Maybak Treats fair. So, sampai Mid Valley, 30 minit gak lah cari parking. Alhamdulillah, finally dapat parking depan entrance lagi.  Actually dari rumah lagi dok fikir nak makan apa. Bebudak ni memang lah susah sikit kalau ajak makan nasi. Dorang ni prefer makan Western atau Japanese food, preferably steamboat. Tau dah dorang nak makan apa… SukiYa.. tapi mana ada kat Mid Valley kan. So masuklah dalam website midvalley search for Japanese Food. Sekali nampak BBQ Town.  Pastu click details , info cakap steambot and bbq. Ini sudah menakjubkan sbb dh lama kami mencari konsep yang macam Seoul Garden ni. Cuma yang kat Seoul Garden too crowded. Budak-budak tak suka.

I tried cari review kat Internet pasal BBQ Town, takde lah pulak. Nak lah tau halal ke tak ke? Makan sedap ke? service bagus ke…tak jumpa. So Kheirul cakap takpe kita pi dulu tengok macam mana. Kalau nampak tak best, kita pi tempat  lain. BBQ Town ni satu level ngan FOS outlet, so senang lah nak mencari. Sampai je, terus dapat seat. Dapat meja bulat. Besar sikit, tak payah nak bersempit. Wow menarik. Konsep buffet spead dia macam kat SukiYa, tapi yang ni ada BBQ. Food pun almost the same.  Since semua tak makan makn pagi so, memanglah lapar. Sampai je, bebudak pi makan ais krim dulu. Aiskrim? yang dorang terjah dulu. Tapi I pi amik sushi dulu sementara nak tunggu dapur  panas. Sambil-sambil tu amik bahan nak masak. My fav kat situ ialah mushroom. Lepas tu yam, pumpkin, baby choy and salad.  Banyak salad. saya suka!!!

image

Menarik… Afriena suka lah ni. Nasi tak nak makan, sushi nak plak makan

image

Ni Kheirul punya… saja lah…Tengok gambar ni rasa macam nak pi makan lagi. Ok ok lepas raya ni kita pi ye.

image

Buffet Spread dia…. Semua sedap. Sapa yang tak suka makan sayur rugi. Sebab sedap sayurnya, masak dalam sup tu. Macam Yam aka ubi keladi, labu, cendawans and sawi kecik tu. kalau I, I suka masak dalam sup tu. Bila dah masak cedok letak dalam mangkuk, letak tofu lembut tu. Biar sekejap kasi dia suam, baru makan… sedap. Rayyan suka buat macam tu sebab dia kata, badan dia jadi panas. Sebab aircond dalam tu sejuk, so bila buat macam tu dia rasa selesa lah.

image

Baru nak start masak.. Rayyan cakap cepat lah mama, lapar.  Orang suruh makan sushi dulu taknak. Ashraff n Afriena dah kenduri aiskrim

image

Mama nak hug…sejukkk

image

nampak tak daging-daging dalam kotak hitam tu? Itu free flow, habis je mintak. Daging lembu, ayam dan kambing. Bakar atas yang bulat tu, lepas dah masak, cicah dipping sauce lepas tu bungkus dalam daun salad. Memang sedap.  Daging -daging ni sedap. Letak atas dapur je, nak amik dah hilang. Ashraff lah. Afriena  dia vegie girl so makan makan sayur banyak. Segala fish ball and tofu dia makan. Buat macam tu, budak-budak yang tak makan sayur pun suka. Oh ya… lemon tea and green tea drinks free flow. Kitaerang mintak4  japanese tea, 1 lemon tea dia kasi terbalik. Takperrr lemon tea pun sedap. Berapa kali refill dorang ni.

image

Makan macam ni sangat interesting untuk family sebab masa nilah bebudak boleh masak. Masa nilah nak tunjuk skill guna chopstick. Fishball dia sedap. Budak-budak paling suka tofu cheese tu. mak budak pun suka.. dah katanya hantu cheese semua kan.

image

Masa ni I makan cicah ngan Thai Sweet sauce. Lepas tu ada sorang waitress tu yang comel chubby, bawakkan dipping sauce yang lagi sedap. Dia tolong buatkan. Sauce yang kaler brown macam BBQ sauce, campur dengan minced garlic dan cili padi. haaaa yang ni baru kena. Baguslah service dia. I like.  Periuk masak macam kecik je kan tapi senang nak masak.

image

Buat dipping sauce sendiri. Sebab dah tau macam mana nak buat kan…Lama jugak makan kat situ. Sampai rasa macam tak larat. Ashraff nak pi toilet tu baru lah keluar. Lagi 20 minit nak cukup 2 jam lah makan.

Oh ya masa makan tu.. Restaurant Manager kot, datang cakap nak amik gambar. Dia kata Orang melayu tak ramai nak makan kat sini. FYI, sini Pork Free, No alcohol dan sekarang ni dorang dalam proses untuk dapat Halal JAKIM. Katanya Cik Manager Restaurant tu. Betul lah I tengok masa kiterang masuk takde melayu pun, Bila I dah settle duduk baru masuk 2 meja.

11401226_821433747970855_8613674665114475655_n

Rayyan sekarang tak suka amik gambar…tengok muka dia tu… geget kang baru tau. Seronok makan hari sbb meja kiri kanan kiterang ada macam satu group laki satu group perempuan tak tau dorang ni geng ke tak, tapi dorang makan macam berlumba-lumba. Memang banyak lah makan. Memang enjoylah kalau makan dengan kengkawan.Bila dah kenyang makan, marilah kita amik aiskrim plak. My all time fav..Green Tea Ice Cream. Sedap. not so sweet , creamy and soft. Letak kacang… yum yum. I wish BBQ Town sediakan red Bean topping at situ. Baru ngam sedap. Green Tea Ais Krim/ Cake/ Bun and Read Bean are best friend. Dia macam Chocolate and Stawberry atau Strawberry and Mint leave. I makan dua mangkuk green tea Ice Cream. Ice Cream chocolate pun ada, tapi green tea ice cream lagi memikat kalbu

So apa lagi you all… boleh lah pi makan sana. Bawak mak ayah ke, anak-anak ke pi makan sana.  Harga pun kira mampulah. Kalau tak mampu mungkin setahun sekali boleh reward diri sendiri makan kat sini.Insya Allah, dipermudahkan rezeki kalian semua. Oh ya, detail harga dan alamat seperti di bawah

image

2 dewasa, 3 kanak-kanak = RM 122.45

BBQ Town

Restaurant specialising in Thai BBQ and Japanese shabu shabu. Dine on free flow of Australian beef and lamb, homemade sauces, and konbu chicken soup Wi-Fi available.

Boleh like page FB BBQ 

Dan bila dah lepas makan, masuk FB dia, kiterang baru tau, yang restaurant baru buka tak sampai sebulan you. Bukak Jun2, 2015 kalau tak salah tengok kat FB dia. Not bad lah restaurant dia bila tengok crowd dia. Kalau tanya kiterang sedap ke tak? Sedappppp… memang akan repeat lagi bak kata Rayyan, Makan Besar. Dah macam CNY plak makan besar dah lah hari-hari Rayyan nyanyi lagu cina dalam toilet.

Makan Seafood di Jeram

Dah lama tak datang sini. 2  tahun mungkin? NI bukan plan ni..ni kira mengejut lah jugak. Memula keluar rumah nak ke pasar malam, tapi  tukar destinasi, ke Jeram makan seafood. Mula-mula macam berat hati lah nak ke situ, sbb masing-masing tak sihat. Ngan Ashraff yang tak habis lagi ngan muntah n berak dia, Afriena yang still sakit perut… ni muingkin dari masa camping kot and me yang period pain. Abuden, Papanya nak makan seafood  sesangat… ok lah ikut je lah..Makan seafood sapa tak nak kan….

Pergi tempat biasa kat Jeram… bukan Aroma Seafood tapi Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Aroma Seafood, pernah makan kat situ but we prefer Medan Ikan Bakar Jeram.  Sebab selalunya makan dia cepat sampai. Masa kat Aroma lambat, tak sesuai untuk kami yang ada anak yang jenis, kalau boleh dia letak buntut je.. mana makan ni, lambat nya tak samapi lagi…balik lah… hahahah Rayyan lah tu. Kiterang order tak banyak mana pun. Sekor ikan kerapa kecik , kerang sikit, ketam dua ekor,sotong 2 ekor dan sayur.

Dah lama tak datang sini,  rupanya lain dah service dia. lambat sikit.  Kena pergi follow up. Bila follow up, muka masam je… Kalau ikut hati yang tengah period pain ni memang orang tu akan nampak muka I yang #don’tmesswithme tapi I sabar. 20 minit selepas follow up akhirnya sampai jugak makanan dia tu pun sampai ikan, telur dan sayur.. diikuti kerang yang dah sejuk. Kan … kan … Sepatutnya kerang tu sampai dulu buat appetizer, sambil-sambil tunggu makanan lain, kalau kerang sampai dulu takdelah mata juling tgk dapur. Ok since makan dah sampai… kena suap Rayyan makan dulu. Rayyan semulut, mama semulut. Dia tak nak suap sendiri..malas tuh dia ni, dah lah tahun depan sekolah full day. Rasakan.

image

Ikan masak sweet sour. Rasa dia boleh tahan. Yang penting ikan dia fresh. Rayyan sukalah

image

Sayur dia so so je… Tak berapa sedap lah for me. Normally makan kat kedai siam Singgah D’ Klasik lagi sedap rasa dia.

image

Telur dia macam biasa je… nothing special tapi kena order telur sbb bebudak suka makan

image

Sotong goreng tepung. Memang sedap. perfect! Puas hati lah kalau makan. Berebut-rebut..Cicah plak dengan sos dia yang manis-manis

image

Kerang dia sedap. sedang elok je masak. Cuma yang suka, bila sampai ke meja dah sejuk. Tapi boleh lah. Cicah ngan sambal kicap dia.

image

Finally hero came last…Kalau orang kelate dia cakap ” Hero tok gadoh” maksudnya hero tak terburu-buru …  Ketam ni kuah dia boleh tahan tapi isi ketam tu yang sedap. Manis segar. Ambik 2 ekor yang besar. Ingatkan bebudak tak suka sekali sekecik  ni setengah ekor dia sorang. Mula-mula dia kata nak rasa… bila dah rasa dia cakap sedapnya… nak lagi mama… ni tak nak dah sambil tunjuk ikan… haih budak ni.  Afriena pun makan ketam gak…Tapi tak sebanyak Rayyan lah. Ashraff je senyap je makan. Dia tak sihat lagi kan… Ketam ni kiterang suruh masak Black Pepper. Not bad but I prefer yang masak cili. Kalau yang masak black pepper I suka my own version. Tapi apa-apa pun pinggan ketam tu licin. Alhamdulillah

Lepas makan, tunggu dorang solat dan terus pi klinik lagi sekali. Dah 2 kali ke klinik dah Ashraff ni. Kalau tak ok jugak kena masuk wad doktor kata. Oh ya jumlah makan hari tu adalah Rm129. Dah naik harga makan tu. Harga dia adalah termasuk GST.

Sekian

Nasi Kukus Ayam Goreng Rempah

assalamualaikum awak semua

Apa khabar semua? Susahnya nak update blog time-time cuti cam gini. Komputer ni jadi benda rebutan antara Rayyan n everybody. Komputer satu . Biasalah lah. Gadjet lain taknak, notebook pun tak nak pakai.

Ok lah… Nak share pasal makan nasi kukus ayam rempah. Kat area rumah ni ada jual. Sedap tp malam je lah. Sebungkus rm8 ayam besar , kuah gulai sedap tapi kena sabar lah sikit beratur panjang nak beli. Tapi yg nak citer ni yang makan kat sri serdang depan pasaraya BIG. Haaa yang ni pun sedap. Ni time tgh hari je. Dia ada jual nasi kerabu jugak. Tp since we had nasi kukus ayam rempah let me share it here. Sedap dan murah. 2 orang makan cuma rm10 je. Boleh try lagi ni. Simple menu for lunch

Bila nak bayar tu jangan terperanjat kalau tokey tu cakap RM16 ke RM20 ke, dia gurau selalu.. Orang kelate memang mesro sokmo.

image

Simple jekan… I share ngan Rayyan. Dia makan half, I makan half. Boleh repeat lagi ni makan nasi ni. Bungkus pun sedap

image

Pekena plak ngan ABC simple, pastu makan bawah pokok

brppp Alhamdulillah