RSS
 

Posts Tagged ‘Ramadhan’

Nasi Ayam terbaik- Ramadhan 10


12 Aug 2011

Agaknya…inilah yang dikatakan sehati sejiwa kot. I memang dah pikir nak buat nasi aya, je berbuka karang. Tapi still as usual akan tanya husband nak makan apa petang karang. Dia pun cakap, apa kata buat nasi ayam? aiikk macam mana tau ni??? So sukalah hati buat nasi ayam, kena lah masak lebih nasi takut tak cukup. almaklum, nasi berperisa ni bebudak suka.

Ni rupa ayam bakar madu.Kulit ayam yang berkaramel dan isi ayam yang juicy.tabur dengan daun ketumbar siram dengan kicap istimewa.

Ni rupa dia… nasi mesti pakai beras wangi, masak kena ada daun pandan baru wangi. Sorrylah, yang nak kena puji, since dah pandai masak nasi ayam, dah jarang dah kiterang beli nasi ayam kat luar.

untuk resepi nasi ayam, boleh lah click di sini

Untuk resepi ayam bakar madu, click di sini

Nasi ayam,  simple dan sedap. Insya’ Allah kalau ada rezeki untuk buka kedai makan, nasi ayam ni akan jadi satu menu. Tapi mana nak cari modal???

 
5 Comments

Posted by Yatie in Makan Time

 

Tags: ,

Ramadhan 8 :Asam pedas terubuk


10 Aug 2011

Ni juadah berbuka untuk hari Isnin hari tuh. Since Kheirul cuti untuk settlekan sekolah Afriena, so sesambil tuh singgah la pergi pasar untuk cari ikan terubuk. Hari tu dia pergi, ikan tak berapa segar. Alhamdulillah ada gak ikan terubuk . Oklah segar lah jugak. Kiterang ke Pasar Borong Seri Kembangan. First time gak lah Rayyan masuk pasar and as for me dah berzaman tak pergi pasar. Selalu Kheirul yang pergi, kang dia balik siapkan semua and me tunggu masak je. :) Rayyan plak masuk pasar macam blurr je sebab banyak ikan kot. Senyap je. Lepas pi pasar pi amik Ashraff kat Sekolah Agama then bawak balik rumah kasi mandi, rest kejap then ke Sekolah Cina plak.

Petang lepas settlekan urusan daftar haji, balik tidur sat pastu bangun masak asam pedas. I suka asam pedas esp ikan terubuk sebab rasa lemak ikan tu masuk dalam kuah. memang superb. sedap kuah tu hirup-hirup je.Ni kalau MIL tengok ni, mesti dia suruh masak. :) Resepi asam pedas boleh lah tekan kat sini. Yang ni I buat ikan pari, so you all tukarlah ikan kegemaran memasing. Nanti nak try ikan parang plak lah…

Selain ikan terubuk, kiterang beli sotong gak. Perghh sotong mahal gak..nak cari yang fresh tu susah betul. Kiterang buat sotong goreng tepung. Yang ni Kheirul lah yang buat sebab I takut meletup. Tapi tak meletup pun. Sotong banyak ni, Ashraff jelah makan.Sotong ni goreng pakai tepung kentucky.

Pastu I buat puding sagoo. Kheirul favorite.  Terlembik sikit, tapi sedap plak bila lembik. Sagu makan dengan santan dan gula melaka. Kalau nak tau, Rayyan habis semangkuk kecil sagu ni. Dia suka rupanya. Memagnlah sikecik ni kuat makan. Sekarang pun dah macam tembam sikit. Nak dokong pun ada penat sikit. Resepi Puding sagu ada kat sini. You all nak buat kaler apa-apa pun boleh. Kali ni buat kaler hijau and putih plak.

Oh semalam tak amik gambar pun for makan-makan. Semalam masak Sambal Udang dengan Petai, Petola masak air dan keli goreng. Pastu I buat agar-agar gula melaka. Hari ni plan nak masak nasi ayam jer. tetiba suami cakap, Hari nasi ayam boleh tak? Sehati sejiwa betul..

 
6 Comments

Posted by Yatie in Makan Time

 

Tags: , ,

6 Ramadhan dan 7 Ramadhan


09 Aug 2011

Malas nak citer, tengok gambar je. 6 Ramadhan, masak tomyam, telur dadar and ulaman. Pastu for kids plak nasi goreng. We went to PARAM kat Wangsa Melawati sebab nak cari Puding Raja.Alhamdulillah ada, all the way from Pekan.

7 Ramadhan plak masak sup daging. Pelengkap dia ulam jugak n telur masin and daging masak merah sikit. Alhamdulillah habis semua. Sat lagi menyusul resepi ye

 
4 Comments

Posted by Yatie in Makan Time

 

Tags: , ,

Juadah 5 Ramadhan


06 Aug 2011


Takde apa nak  citer tengok gambar je la ek….ayam golek (orang mengidam beli) kuih kaler hijau (oklah, tu yang malas nak beli kuih tu) Murtabak sedap giler beli kat PARAM serdang jaya and nasi goreng ketam sempoi

KUih ok lah…tapi orang buat kuih ni tak pandai sangatla…I rasa kalau nak meniaga biarlah masak bebetul

Ayam bakar ni sedap. no wonder Kheirul dah baper hari cakap nak beli. Hari ni nak masak apa ek

 
2 Comments

Posted by Yatie in Makan Time

 

Tags: , ,

Ikan Pari Bakar Portugis untuk 4 Ramadhan


05 Aug 2011

Salam pagi Jumaat… hari ni tak nak iter banyak, just nak share apa yang saya masak semalam. Gambar di atas tu ialah Ikan Pari Bakar Purtugis.Pedas, manis dan masa,

I cuma masak ikan bakar, sup sayur dan buat bubur pulut hitam. Buat seperiuk besar and now tinggal semangkuk. Bebudak makan ulang-ulang. Banyak betul dorang makan. favourite dorang. Yang lain tuh, murtabak 3 keping, sedap murtabak dia semua cukup. I makan sampai sekeping tuh. Pastu ada pedal and telur bungkus yang dimasak khas oleh suami tercinta. Semua makanan habis. Alhamdulillah tak membazir.

Oh ya nak resepi ikan pari bakar portugis tak? ok sila lihat dibawah

Resepi Ikan Bakar Portugis

INGREDIENT

  • 2 keping ikan pari
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 biji buah keras – kisar
  • 8 ulas bawang merah, dikupas
  • 2 ulas bawang putih di bakar
  • 1 batang serai, dihiris halus-halus
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau kasturi – ambil jus nya
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • garam dan gula

 

METHOD

  • Kisar bawang, cili, buah keras dan belacan
  • tumiskan bahan kisar bersama serai sampai pecah minyak
  • masukkan kicap, jus limau, daun limau dan kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • curahkan kuah ke atas ikan yang diletak atas daun kunyit
  • Bakar dalam oven selama 30 minit atau sampai ikan masak
  • Nanti nak makan boleh pecah limau kasturi lagi
  • boleh juga digunakan untuk bbq sayur bendi, terung,kacang botol atau petai
 

Tags: , , ,