Assalamualaikum… Terlalu lama rasernya saya tak buat posting pasal photografi ni.. sebab tu gatal tangan ni nak buat satu posting pasal photografi kali ni. Dah kecoh satu dunia pasal Nikon baru jer release beberapa product baru terutama bodi baru D7000, dan 2 prime lens berkualiti tinggi iaitu 200mm F2 dan 35mm F1.4 serta satu flash terbaru SB700…….
Ok.. lets go ke bodi yang begitu seksi D7000……

Sekarang ni model-model DSLR memang bersaing hebat diantara pengeluar seperti Canon, Sony dan yang lain. Bagi pendapat peribadi saya Nikon telah mengambil satu langkah yang tepat dimana ia mengeluarkan satu model amatur atau yang baru berjinak dengan dunia DSLR yang mementingkan functionality dan kualiti. Selain drp tu, permintaan untuk fungsi merekod video telah menjadi satu kemestian dan D7000 berupaya untuk merekod video dalam definasi tinggi (HD) dan berkualiti.
Satu lagi saya suka… Body dia dibuat drp magnesium alloy dan tahan cuaca persekitaran seperti debu dan hujan…Body kamera ni agak kompak bagi saya dan saya rasa ianya kecil molek gaks… sesuai juga untuk pengguna wanita. Dari segi luaran D7000 ni nampak begitu tegap dan dipenuhi dengan segala fungsi-fungsi kamera professional. <- nampak pro ler kalu pakai kamera nih…. hehehe
D7000 ni datang dengan 23.1 x 15.4 mm CMOS sensor dalam format Nikon DX meberikan 16.2 mega pixel. Lagi power drp kamera D300 saya sekarang nih… uwwwaaaaa… raser nak nangis ler wehhh… Pas tu plak apa yang saya nak tekankan kat sini.. D7000 nih datang ngan 39 focus points… peerrhhhh jauh ketinggalan untuk model setaraf dengannye untuk kamera kanon…..
Satu lagi apa yang saya suka dalah D7000 ni dibekalkan dengan 2 slot memori (SD-Card) yang boleh masuk 2 jenis teknology simpanan iaitu SDHC dan SDXC… so takde masalah untuk merakan semua gambar dalam RAW mode… muakakakkakkakaka
Kepada yang suka skodeng burung.. ada mode silent shutter gaks.. so bila click tu takde punye.. so burung tak de ler lari.. selain drp tu macam-macam function lagi yang ada untuk D7000 nih seperti.. button easy live view, virtual horizon display, dan macam-macam lagi ler
Pasal harga D7000 ni.. saya malas nak citer kat sini… so korang pi ler tengok sendiri kat kedai…. kalau nak saya rekomenkan kedai pon boleh gaks…. just call saya jer.. pas tu sediakan pengerasnye.. muahahahhahahah
Meh kita tengok lens plak…

AF-S NIKKOR 200mm f/2G ED VR II
Saya malas nak ulas pepanjang lens ni.. Ni lens adalah keluaran Nikon untuk lens skodeng…. Memang direka khas untuk telephoto lens yang pantas bagi kemera FX (full frame) dengan teknologi vibration reduction function, VR II, yang canggih. Lens dia plak diselaputi oleh Nano Crystal Coat yang bertujuan untuk mengurangkan ghost dan flare effect.
Selain drp tu, lens ni datang ngan Silent Wave Motor yang sangat pantas semasa memfocus dan yang lebih penting lagi lens ni takde masalah untuk dipadankan dengan semua jenis bodi kamera Nikon.. so penggunak D40 pon boleh cucuk lens nih.. takde masalah.
Tapi kan…. reger dia mencecah RM19,000 dan lepas discount pun dah RM16,900 menjadi beban bagi kebanyakkan photographer.. so luperkan ajer ler kalu orang perseorangan cam saya ni nak beli lens 200mm F2 nih….. tak tahu ler kalu orang tu banyak sangat duit kan…

AF-S NIKKOR 35mm f/1.4G
Hah ni plak lens yang saya tunggu-tunggu dah sekian lama… Prime lens pada focal length 35mm memberi satu sudut gambaran yang terlerover sangat cantik bagi saya.. sesuai sangat kalu nak amik gambor kawin.. memang cun abis ler… lebih-lebih lagi kalau dapat aperture 1.4.. so sendiri mau ingat ler sesuai digunakan untuk amik gambor pada keadaan kurang cahaya.. hehehehe
Ia diselaputi dengan Nano Crystal Coat gaks.. so image quality dia korang toksah nak ungkit lagi ler kan.. kalu amik gambor ngan lens ni tak cantik lagi.. aku raser bukan silap lens dah. tu silap orang kat belakang lens tu ler…
Satu lagi dia datang ngan Silent Wave motor gaks.. so takde masalah untuk dipadankan dengan mana mana bodi kamera DSLR Nikon… Oh yer.. terlupa plak.. lens ni dari model G.. yakni tarak aperture ring.. so sendiri mau ingat ler.. body kamera memain peranan untuk control aperture lens nih.. bagi saya lens nih kalu dipadankan dengan kamera FX memang lagi cun berbanding dipadankan dengan kamera DX.. sebabnya………eeemmm…. tak terkata kat sini.. pi cuba sendiri.. nanti kata saya racun untuk amik kamera FX plak…heheh… nanti saya tunjukkan perbezaan lens ni pada D300 (DX) saya dengan D3s (FX) yer.. kalu ada rezeki…

SB-700
Alhamdulillllllaaaaaaaahhhhhh.. syukurrr…. nasib baik saya tak sambar lagi SB600.. sbb saya ada merancang untuk membeli satu backup flash satu lagi… Nasib baik SB-700 dah keluar.. so lupakan SB-600.. terus sambar SB-700 ler gamak gayernye…
Mengikut cerita tukang gebang (tokey kedai ler) dia cakap Nikon memang cut n paste abis segala function dari flash SB-900 dan telah buat user friendly lagi untuk SB700 nih.. so SB-700 nih amat mudah digunakan untuk pengguna yang baru berjinak dengan dunia photografi nih…
Apa yang saya kata WOW!!! adalag SB-700 nih datang ngan commander unit.. so takde masalah untuk buat CLS ler… ahhahahahha
So apa tunggu lagi guyss….. pi kekedai cepat.. dan pastikan ianya NIKON………




















